Tuesday, August 24, 2010

status?

i read this on my facebook..wrote by one of my friend and i think he quote this from iluvislam....

"Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status ‘single' kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!"




then i create a new one..a complementary to the above phrase..

"Wanita yang pintar takkan risau dan gusar dengan status 'single' kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dahinya akan dikucup oleh seorang lelaki yang bergelar suami yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!"



P/S:Tapi kenapa pintar?

Sunday, August 22, 2010

Budak darjah satu

Semua syok berborak-borak.Ada yang borak pasal cite Dragon Ball, pasal cite Sailormoon, segala macam cite kartun yang ade kat tv tuh.Cite korea, cina jepun takde plak budak ni borak.Yerlaa ni kan masa darjah satu.Time tu reti tengok Dragon ball ngan sailormoon je. "Sebenarnya....dragon ball ada 7 semuanya" "Dengan kuasa bulan akan menghukummu".Dialog2 femes zaman tu. Kalau korang tak tau sah-sah kecik-kecik dah layan hindustan takpun kejenya bace buku ngan highlight buku jer.Sambung cerita.Tiba-tiba ketua kelas masuk."Cikgu Normah tak datang ari ni.Ada cikgu lain ganti.Tapi dia suh siapkan kerja yang cikgu Normah bagi kita semalam sebab dia nak semak.Sekian saya selaku ketua kelas.Selamat beramal." Semua orang yang bising tadi diam. Semua bawak keluar buku tulis kotak-kotak besar untuk buat latihan matematik yang cikgu Normah bagi semalam. Aku pulak tengok jer diorang dengan tekun menulis. "Kene buat ke? Cam tak perlu je.Malas.Malas.Lalala." Budak ni kecik-kecik lagi dah malas.Patut laa sekarang keje tido dalam kelas je.(Oppss)

"Ko tak nak buat ke?Buat jer laa.Nah tiru aku ni."
"Alaa malas la.Dia tak marah kot.Dia bukan cikgu kita.Dia cikgu ganti jer pun.Tak yah laa buat gak.
"Suka hati ko laa."

Tegar sungguh kemalasan aku. Tiba-tiba cikgu masuk.Cikgu Aznita. Macam tak garang. Tapi, tiba -tiba dia tanya pasal homework tu. Semua cakap dah siap. Aku sorang yang tak siap.Bukan tak siap. Tapi malas nak buat.

"Nape kamu tak buat?Kawan-kawan lain buat je"
"Hmm sebab..sebab.."

.........................................

Merah telinga aku.Sakit woo.Aku kene tarik telinga hari tu.Panas satu badan. Kesalahan kecik jer pun.Ishh.First time kene marah kat cikgu ni.Yerlaa sebab baru darjah satu.Kalau dah darjah 6 mesti dah kene segala macam denda.Baling kapur, cubit perut, lari keliling padang, jalan bawah meja,berdiri atas kerusi,jalan itik,jalan ayam ahh macam-macam denda ade kat Malaysia ni.Cikgu-cikgu kat Malaysia memang kreatif.Tahniah guru Malaysia.Hehehe.

Balik report kat mak.Report kat abah. Kata cikgu jahat.Tarik telinga tanpa usul periksa.Abah kan penolong kanan.Confirm la terus call cikgu tu.Yess!

Lepas 10minit, tiba-tiba perbualan tu jadi lain.Rupa-rupanya cikgu tu kawan abah.

"Memang patut laa kene tarik telinga kalau tak buat keje.Buat malu abah je.Konon kene denda tanpa usul periksa. Abah siap bagitahu cikgu tu lagi suruh bagi homework banyak-banyak lagi pastu siap bagi permission suh bagi denda yang lagi maha hebat." Abah tersenyum.Pastu siap kene tarik telinga untuk kali kedua.

Berasap aku.Salah taktik dah!

P/s: Siapakah aku?

Saturday, August 7, 2010

You jump, i jump

Good afternoon everyone.Have u had lunch?

Yes mam.

Okay good. Today's class is about 'Chronic Tonsillitis'.

Bla..bla..bla....

What is the clinical features for chronic tonsillitis?

I want to answer. There are fever, odinaphagia, myalgia etc...

Good. Okay lets continue with treatment for chronic tonsillitis.

Bla..bla..bla..

"Senyap dah Husna tiba-tiba ni.Tadi bising sangat menjawab," tiba-tiba Liyana bersuara.Matanya tetap tekun dengan lecture ENT itu.

"Memang laa senyap. Dah syahid dah pun.Siap tersengguk-sengguk.Cuba ko tengok ni haa," balas Syalin.

Tiba-tiba menyampuk pula Atiah dari belakang.

"Eh jom record Husna tido.Jom2.Shalin coverkan untuk aku ek!" Atiah memulakan niat jahatnya itu.

Lalu diambilnya camera phonenya yang tidaklah berapa canggih kalau ingin dicomparekan dengan iphone Husna itu.

Sambil tengah syok Atiah merecordkan aksi-aksi tersengguk ke kiri dan ke kanan Husna itu tiba-tiba disambut gelak tawa manja pabila saja Husna hampir terjatuh kerana tersengguk.

Tiba-tiba,

"You, wearing blue scarf.What are you doing with the phone?.If u dont want to listen to my lecture you can go out.Please be serious in my class!"

Semua pelajar terdiam. Suara bengis Dr Renol mengejutkan semua yang hampir terlena tadi. Husna turus terjaga.Masih mamai sambil menggosokkan matanya.

Atiah terkejut. Mukanya merah. Dia tidak tahu apa yang patut dilakukan.

"Hmm..hmm..i'm sorry sir. My intention is good.I just want to wake her up.She's sleeping in your class.That is so bad!" balas Atiah.

"Yes, i noticed you being sleeping since 20 minutes. You, wearing red scarf also get out of my class!"

Tanpa segan silu, Atiah menarik tangan Husna untuk keluar dari lecture hall itu.Kawan-kawan lain hanya mampu tersenyum.

Husna tanpa mengetahu hal sebenar hanya mengikut saja.

Kelas disambung semula.

"Adeihh, attendance tak dapat, tidur pun tak dapat," keluh Husna.

Sunday, August 1, 2010

kisah darjah enam

kali ini bukan cerpen biasa-biasa,
bukan juga cerpen cinta,
tapi sekadar berkongsi cerita,
kisah dahulu kala,
tika diri baru mula mengenal dunia,
pakai tudung senget segala,
baju pulak comot takyah nak kata.

ini kisah 10 tahun dahulu,
ketika masih dibangku sekolah itu,
tapi ini bukan kisah kaki bangku,
tapi ini kisah aku,
aku yang tidak matang ketika itu.

kami berkawan baik,
dari darjah 4 hingga darjah 6,
dia presiden sayalah penolongnya,
dia pengawas saya pun pengawas juga,
pergi sekolah berbasikal sama-sama,
basikal dia cantik tapi basikal saya buruk saja,
tapi kami tetap berkawan baik juga,
saya suka singgah rumahnya,
sebab dapat minum air sirap juga biskut marie,
oohh bahagianya,
tapi yang indah hanya seketika,
harapkan hujan sampai ke petang rupanya terus banjir ditengahari.


ketika darjah 6 sesuatu terjadi,
tak ingat exactly apa yg terjadi,
tapi,
sejak hari itu lagi,
kami tidak bercakap lagi,
walaupun dia deskmate saya,
duduk sebelah menyebelah saja,
tapi kami tidak bertegur sapa,
memang salah saya,
tapi tidak tahu kenapa,
semua kawan-kawan tertanya-tanya,
kenapa saya tidak bercakap dengan dia,
saya sendiri tiada jawapannya.

pada hari jadi saya,
dia bagi hadiah kat saya,
dengan tidak tahu malunya,
saya tetap terima hadiahnya,
kalau tak silap saya,
dia bagi saya tempat letak pensil yang kayu,
dan hadiah itu masih saya simpan dengan selamatnya,
dan sehinggalah tamat sekolah rendah kami masih begitu,
tidak bercakap tidak bertegur sapa.

sehinggalah bertahun-tahun lamanya,
lalu saya beranikan diri saya,
untuk menghubunngi dirinya semula,
masa itu time tunggu result spm rasanya,
dub dab dub dab jantung saya berbunyi,
sambil tangan menekan nombor telefonnya,
dub dab dub dab,
saya memohon maaf,
dia juga memohon maaf,
tapi tanpa mengetahui punca segalanya,
selesai sudah semuanya,
tapi itulah kali terakhir saya menghubunginya,
walaupun tiada dendam dan tiada benci,
kami masih tidak bercakap,
tidak menghubungi sesama sendiri,
kalau jumpa kat kampung nanti,
saya pun tak pasti saya boleh bertegur dengannya ataupun saya lari...
hahahaha...

kepada yang berkenaan,saya mintak maaf atas kesilapan yang tidak matang itu dari saya.....peace!!!