Monday, September 26, 2011

Aku dan Dia

Matanya jelas tertumpu pada Aku. Kelihatan begitu tekun. Tidak berkelip walau sesaat. Wajahnya serius. Tiada ukiran senyuman yang terpancar walau sedikit. Hanya kerutan didahi dapat Aku lihat.Sekali sekala bibirnya bergerak-gerak mengukir kata yang tidak jelas kedengaran. Aku berasa bangga. Walaupun kelihatan serius Aku tidak kisah. Walaupun tiada senyuman Aku tidak kisah. Yang penting mata dan fokusnya hanya pada Aku. Fikiranya juga pada Aku. Tapi adakah hatinya juga tertumpu pada Aku? Itu aku tidak pasti. Tapi malangnya ia tidak lama.

Lebih kurang 15 minit, matanya fokus tertumpu pada Aku. Kemudian tidak lagi.Hanya 15 minit. Kini tidak lagi. Matanya berpaling dari Aku. Fokusnya bukan pada Aku lagi. Aku terkilan. Sedih bukan kepalang. Hati Aku terguris. Sampainya hati mu!

Saat ini Dia pula menjadi pilihan. Matanya fokus pada Dia. Lebih fokus Aku rasa. Kali ini dengan senyuman. Sekali sekala kedengaran gelak tawanya. Aku hanya mampu menjeling dengan perasaan dengki. Matanya sungguh tekun meneliti Dia dari atas ke bawah. Aku hanya mampu menghitung waktu. Oh sudah hampir setengah jam. Nampaknya Dia lebih mendapat perhatian dari Aku. Nampaknya Dia lebih mampu membahagiakan. Ketika bersama Aku tiada gelak tawa. Hanya sunyi sepi. Tapi bila dengan Dia sebaliknya pula. Pedih hati Aku hanya mampu dipendamkan.

Setelah hampir 45 minit, barulah Aku ditatap kembali. Aku tersenyum dalam duka. Setiap baris pada Aku ditatap semula. Dengan bantuan highlighter kuning, isi-isi penting pada Aku di garis. Aku lega tuan Aku telah kembali padaku. Tidak lagi pada laptop disebelah mengadap Dia si Facebook. Walaupun tuan Aku kelihatan lebih gembira ketika bersama Dia tapi Aku akan pastikan Aku akan menjadi pilihan hatinya. Dan Aku tahu bila exam datang nanti, yang pasti Aku lah menjadi pilihan hatinya 24 jam.




p/s: Good Luck to my beloved seniors for the Final MBBS Professional Exam which start today. Do your best and make us proud.

Dan aku juga kene start study nih. Second IA pun dah tak sampai sebulan. Oh rajin kembalilah padaku! Study weiii!







Thursday, September 22, 2011

Curi curi masa..

Hoho busynya dua tiga hari ni. Blog pun senyap. Cerpen lagi lah. Tak pernah nak siap. Oh no kena rajin ni. Tapi penat nak mencari dan mencuri masa. Memang tak jumpa dah. Nak update pasal raya? Macam dah lama sangat. Orang yang puasa 6 pun dah lama habis. Aku? Puasa tak? Heeeee....Syawal ada lagi kan??

Raya macam biasa ah. Sembahyang raya. Salam raya. Bergambar raya. Tapi bergambar raya paling best. Macam-macam pose dapat. Alhamdulillah tahun ni cukup semua ahli. Siap bertambah lagi sorang. Budak kecik. Tsaqeef. Welkam to the family bebeh! Make sure kene suka camwhore mcm kitorg jugak ye nanti. Tapi konfom punye. Tengok mak dia pun lebih kurang je.

Oh balik raya tahun ni pun best. Banyak dapat pergi kenduri. Terima kasih untuk driver sejati iaitu Lipi aka Kak Jah's BF. Hehehe. Jasamu dikenang wei. Dapat gak makan macam-macam. Dapat ambik gambar lagi. Ambik berkat gak. Ehhhhh.. Memang banyak berkat aku ambik kali ini. Satu hari pergi 1 majlis bertunang dengan 1 majlis kahwin. Esoknya 1 lagi majlis kahwin. Tu pun terpaksa mengorbankan 3 'berkat' sebab banyak sangat kenduri tarikh yang sama. Rugi rugi. Lagi banyak berkat lagi menjadi kan? Hehehhe....Tahniah kawan-kawan yang selamat bertunang dan kahwin pada Syawal yang lepas. Semoga berkekalan dan berbahagia.

Itu saja laporan curi-curi masa. Buku memanggil-manggil. Tapi bantal pun panggil-panggil gak. Lagi merdu dan seksi. Ahhhh tahannnnn! Buku memang tak pandai menggoda. Langsung tak tertarik. Cuba tengok si bantal. Pandai saja menggoda dengan lengok-lengok dan suara yang seksi. Ehhh dah lain macam dah. Okey laa sekian. Selamat hari raya. Selamat hari Malaysia.

Sunday, September 11, 2011

Ramadhan yang lalu.

"Tarikh Hari Raya puasa 1432 Hijrah jatuh pada 30 Ogos 2011." Pengumuman keramat yang ditunngu-tunggu untuk menandakan kedatangan Syawal yang mulia dan pemergian Ramadhan yang penuh berkat. Aku juga seperti orang lain. Gembira. Bahagia. Kerana kedatangan Syawal yang pastinya meriah dan bermakna.

Seperti orang lain, Hari Raya pastinya disambut dengan menziarahi sanak saudara dan keluarga. Aku juga begitu. Sungguh seronok dapat bertemu saudara-mara dan jiran tetangga yang sudah lama tidak bertemu. Makanan apatah lagi. Terbaik. Macam-macam ada. Apatah lagi setelah sebulan berpuasa.

Aku nampak sekumpulan anak muda. Lebih kurang sebaya dengan aku. Aku ambil sepinggan satay berserta kuah kacang. Lalu terus duduk bersama mereka. Filem baru,kereta, Iphone, kahwin, sambutan raya dan pelbagai lagi menjadi topik perbualan mereka. Aku turut serta. Topik itu kena dengan jiwa aku. Sambil satu persatu satay menjamah bibirku, pelbagai lagi dibincangkan bersama. Sampai tidak sedar habis sudah satay dipingganku. Sungguh bahagia hari raya kali ini.

Aku bingkas bangun. Membawa pinggan kosong ke dapur. Tiba-tiba terlihat makcik-pakcik yang sudah senja umurnya. Kedutan kulit di tangan serta uban putih jelas kelihatan. Selesai membasuh pinggan, aku menuju ke arah mereka. Sambil mengucapkan salam aku duduk bersama mereka.

"Tahun ini dah tak larat macam tahun lepas. Bangun malam pun sempat 10 malam terakhir je. Harap-harap dapat Lailatulqadar."

"Samalah. Qiamullail dah tak penuh tahun ni. Ada yang tak terbangun sebab sakit-sakit badan. Sedih sangat. Kalaulah ini Ramadhan terakhir."

"Terawikh pun mampu buat 8 rakaat saja tahun ni."

"Aku pulak demam seminggu.Puasa pun tak larat. Biasalah ada kencing manis. Tak larat berpuasa. Seminggu tak dapat bangun malam dan qiamullail."

"Bagus betul imam kat masjid kita. Buat 20 rakaat pun tak terasa. Bacaan sedap didengar dan tidak terlalu panjang. Sesuailah dengan umur kita yang tua ni."

"Marilah doakan kita berjumpa dengan Lailatulqadar. Insyaallah. Hanya Dia yang tahu."

Darah menyirap hingga ke kepala. Aku tertunduk diam mendengar perbualan mereka.

Berapa kali sangat aku pergi teraweh? Tu pun 8 rakaat. Tak pernah 20 rakaat. Berapa kali aku bangun sembahyang malam sepanjang Ramadhan lepas? Atau tiada langsung? Ada aku berusaha mencari Lailatulqadar?

Mereka ini sudah lanjut usianya. Kesihatan tidak seberapa. Tenaga pun lemah. Tapi mampu untuk semua itu. Aku? Umur masih muda. Badan masih sihat. Tenaga masih kuat. Tapi Ramadhan aku hanyalah menahan diri dari lapar dan dahaga. Ramadhan aku hanya untuk menunggu sambutan hari raya.

Astaghfirullahalazim. Aku malu dengan diri sendiri. Kalaulah tahun ini Ramadhan terakhir aku? Tanpa kusedari, air mata mula menuruni kelopak mataku.

p/s: Apa ertinya Ramadhan kali ini untuk kita? Semakin baik, sama saja atau semakin teruk dari Ramadhan yang lalu?