Showing posts with label cerpen meruntun jiwa. Show all posts
Showing posts with label cerpen meruntun jiwa. Show all posts

Saturday, February 4, 2012

Tahajjud cinta 4



3 bulan berlalu. Aku masih stabil. Alhamdulillah. Exam final baru saja berakhir. Terus plan dengan kawan-kawan untuk bercuti. Bercuti panjang sebelum graduate. Sebelum masuk dunia pekerjaan.

"Tak nak dah ingat episod-episod severe depression aku. Buat malu je menangis. Rasa nak tergelak pun ada. Yang dah lepas biar lepas," panjang aku explain kat Dila sambil sibuk packing barang untuk balik. "Takpe. Aku paham. Tu tanda ko betul-betul sayang dia. Okay forget the past. Enjoy the future!" balas Dila.


"Oh by the way. Dila! selamat menjadi tunang orang bulan depan. Bestnya. Ko langkah bendul, tahu tak!" Aku memulakan bicara sambil kami sibuk-sibuk mengemas bilik. "Ala malu la camni. Tak sangka aku dah nak bertunang. Dah rezeki aku dapat pakai cincin tunang lagi awal dari kau. Hahaha!" Ketawa besar Dila menjawab pertanyaan aku. "Takpa. Nanti aku paksa Fahrin Ahmad masuk meminang. Lagi hensem!" Balas aku taknak mengalah.

Tengah syok bergurau dengan Dila, tiba-tiba handphone berdering. Dari abah. "Salam angah. Tengah buat apa tu? Ni ada berita gembira. Fahrin Ahmad sekeluarga datang tadi. Merisik untuk anak abah ni. Macam mana ni? Setuju tak? Kalau tak dia nak masuk meminang minggu depan." Panjang ayat abah. Terbeliak mata aku. Biar betul. Baru je berangan dengan Dila sekali jadi betul. "Abah ni biar betul. Fahrin Ahmad pening ke apa ni datang merisik angah ni? Jawab aku hairan. Fahrin Ahmad kot. Memang la boleh pengsan. "Perasan la tu. Takdenya Fahrin Ahmad. Ni Fahri la. Tadi datang satu keluarga merisik. Dia nak tahu jawapan secepat mungkin. Nanti mereka akan masuk meminang angah. Lagi terbeliak mata aku. Aku lagi mahu percaya Fahrin Ahmad masuk merisik dari Fahri. Aku tak salah dengar ke ni?

Selesai bercakap dengan abah terus aku call nombor India Fahri. Tak berangkat. Call nombor Malaysia dia.

Mustika: Assalamualaikum. Awak balik Malaysia?
Fahri: W'salam. Aah. Baru balik 2 hari lepas. Cuti semester. Tiba-tiba terdetik hati nak balik.
Mustika: Masuk merisik saya? Kenapa?
Fahri: Saya minta maaf atas apa yang berlaku. Kehilangan buat kita lebih menghargai. Buat saya lebih menghargai kisah kita. Buat saya lebih mencintai awak. Saya mohon petunjuk dari Allah. Saya sembahyang istikharah agar saya pilih jalan yang betul. Agar saya tidak ragu-ragu lagi. Kini saya sudah menemui jawapannya.

Ya, aku setuju dengan Fahri. Kami tamatkan seketika kisah cinta kami. Untuk kami menilai dan berfikir. Ya, aku sedih. Aku kecewa dengan apa yang berlaku. Tapi itu menjadikan aku lebih menghargai dia. Mengukuhkan perasaan aku. Cuma aku hanya pendamkan. Tak sangka dia juga begitu. Betullah orang kata, perihal jodoh ni adalah misteri dari-Nya.

Fahri: Sebab itu, saya ingin membawa hubungan kita ke tempat yang lebih tinggi. Saya ingin menghalalkan hubungan ini. Itu pun kalau hati awak masih pada saya.

Terus senyum lebar aku. Terkejut dengan berita ini. Tanpa berlengah, terus SMS abah. "Abah. Mustika setuju. Nak baju tunang warna purple. Akad nikah warna putih. Bersanding nak warna merah. Sayang abah."

Lagi sekali SMS abah sampai.

"Ish angah ni. Sembahyang istikharah dulu pastu baru decide baju kaler apa!"

Makin lebar senyuman aku.

-TAMAT-

Saturday, January 28, 2012

Tahajjud cinta 3

"Cik Mustika! Nak dengar gosip best tak?" Tiba-tiba saja Dila membuka mulutnya. Dari suasana tenang khusyuk study, kini aku mula berpaling ke arahnya. "Gosip apa Dila? Ada orang masuk meminang ko ke?" Terus saja aku menyambung pertanyaan Dila. Terbatuk Dila mendengar kata-kata aku. Matanya menjadi bulat. "Camna ko tahu ni? Ahhh tak suprise dah gosip aku ni." Balas Dila. "Eh betul ke? Serius? Bestnya. Tiba-tiba orang masuk meminang. Macam dalam tv je. Tipulaa!" Cepat aku menjawab. "Serius la nih. Mak aku call semalam. Tapi takde la meminang. Merisik-risik je. Macho tak aku?" Panjang Dila bercerita sambil tersengih-sengih. Dari sibuk study kini aku sibuk mendengar cerita merisik Dila. Diselangi pula dengan gelak tawa kami berdua. Memang riuh malam tu.

Bahagia betul Dila. Dila pernah bagitau aku yang dia taknak bercinta. Taknak couple. Bagus betul kawan aku sorang ni. Pada Dila, yang penting banyakkan berdoa. Jodoh pasti ada untuk semua. Allah jadikan manusia berpasang-pasangan. Pastu lagi satu, Dila ni berangan nak kahwin dengan ustaz. "Jangan impikan lelaki semulia Saidina Ali jikalau akhlak tidak sehebat Saidatina Fatimah." Kata-kata agung ini terpampang besar kat meja study Dila. Sampai aku pun dah hafal. Akhirnya doa Dila makbul. Tapi mengikut cerita Dila, lelaki yang merisiknya bukanlah seorang ustaz. Tapi jurutera sepertinya. Tapi alim katanya. Anak imam. Kawan baik ayahnya. Lagi untung. Ustaz profesional. Ustaz berhelmet putih!

"Habis ko setuju dah ke ni? Bila diorang nak masuk meminang?" Macam-macam soalan aku tanya kat Dila. "Eh tak bagi jawapan lagi. Kena sembahyang istikharah dulu. Mintak petunjuk betul ke dia jodoh aku. Nikah kahwin ni menda penting. Abah aku suh buat istikharah dulu."

.....................................................................................

Perihal aku dengan Fahri cuba aku lupakan. Nasib baik kesibukan dengan final exam membantu aku untuk cuba melupakan segala kekusutan kisah cinta kami. Tapi tipulah kalau aku katakan ia tidak mengganngu aku. Aku gagal untuk fokus dalam 2-3 hari yang pertama. Buka saja buku untuk belajar, tak pasal-pasal air mata ini jatuh tanpa dipinta. Segala kiraan dan formula dalam buku seakan kabur tapi hanya kisah cinta bahagia kami yang terpampang jelas di setiap helaian buku teks. Siapa yang tak merana kan? Semuanya akan berakhir. Stress kalau fikir. Mungkin kalau 'break' lagi baik? Mungkin dia bukan jodoh aku? Dia bukan yang terbaik untuk aku?

Tiba-tiba.
Panggggg!!
Gelas di meja jatuh ke lantai. Habis pecah. Air kopi tumpah menyaluti kaca-kaca yang berderai. Dek kerana tinggi ke langit lamunan aku, lengan aku terlanggar cawan kaca lalu jatuh. Tersentak aku.

"Salam awak. Sihat? Awak ada fikir tak pasal kita?" Fahri memulakan bicara. "Saya rasa yang terbaik buat masa kini adalah kita tutup dulu kisah kita. Kita fokus apa yang sedang kita lakukan. Tak bermakna saya tidak sayangkan awak. Awak tetap dalam hati saya hingga kini. We just need a break, I guess." Fahri meneruskan kata-katanya. Panggg!! Bagaikan sekali lagi gelas kaca jatuh ke lantai. Tersentak aku. Tapi aku dapat rasakan sukar juga bagi Fahri memulakan bicara. Ada getar pada suaranya. Mungkin ini yang terbaik untuk kami buat masa ini.

Hampir setengah jam juga. Habis saja perbualan kami, terus aku meluru ke arah Dila dan memeluknya. Aku menangis.

BERSAMBUNG...

Sunday, January 22, 2012

Tahajjud cinta 2

"Awak, ibu kena heart attack hari tu. Risau sangat. Sekarang dah sedar dah. Tapi still kat hospital. Hari ini nak keluar hospital dah. Doakan tau semua selamat. Awak kat sana jaga diri. Duk jauh kat oversea tu lagi la. Take care tau!" Aku mematikan perbualan telefon aku dengan Fahri. Kekadang risau jugak dengan dia kat sana. Yelah long distance relationship ni banyak dugaan. Sorang kat Malaysia. Sorang kat India. Kang dia jumpa dengan Kareena Kapoor habislaa aku. Tapi Dila selalu pesan, "Kita kalau in relationship kena trust each other. But the most important, you can love him to the fullest but don't forget to keep an empty space in our heart. Sebab jodoh semua ditangan tuhan." Memang aku ingat sangat kata-kata Dila sampai sekarang.

Alhamdulillah ibu pun dah beransur pulih. Aku masih di kampung. Terpaksa ponteng kelas 3 hari. Tapi malam ni dah nak naik bas balik UKM. Sedih sangat nak tinggalkan ibu. "Ibu jaga diri tau. Jaga makan tu. Jangan buat kerja lebih-lebih sangat. Jantung ibu tu dah tak sihat sangat tau." Panjang lebar aku bagi nasihat kat ibu. "Alaa takpa. Bakal menantu ibu kan doktor. Nanti Fahri boleh rawat ibu. Konfirm ibu sembuh." Balas ibu. Terus merah pipi aku. Malu. Memang pantang kalau ibu aku sentuh pasal relationship aku dengan Fahri. Malu sangat! "Bilanya Fahri nak abis belajar kat India tu? Cepat-cepat masuk meminang Angah. Tak sabar nak bermenantukan doktor nih. Ke dia dah ada Kajol kat sana?" Ibu tak habis-habis mengusik aku. Aku terus nak tergelak. Banyak betul awek Fahri kat sana. Kejap Kareena Kapoor, kejap Kajol, esok-esok Aishwarya Rai. Stress aku!

.....................................................................................

Tiga bulan dah berlalu. Kerja makin bertambah. Susah betul jadi budak final year. Macam-macam assignment ada. Hidup aku dah tak terurus. Pagi stress. Siang stress. Malam pun stress. Tapi makin stress hidup aku sejak dua menjak ni. Encik boyfriend dah lama senyap dan menyepi.

"Mus, are you okay with Fahri? Hari tu aku terdengar ko on the phone dengan dia macam ada gaduh-gaduh. And this is not the first time okay ko gaduh-gaduh. Sounds serious. Something happen ke?" tanya Dila. Aku memang selalu bercerita je anything about aku dengan Fahri. Kalau gaduh-gaduh manja pun aku cerita je. Gaduh yang sampai nak clash pun aku cerita je. Dila is a good listener. Aku suka nasihat-nasihat dia. Dulu-dulu aku pernah cerita kat Dila yang aku takut nak kahwin dengan Fahri. Sebab dia doctor-to-be. Aku rasa nak clash. Aku takut bila fikir pasal future aku dengan dia. Macam mana kalau dah kahwin nanti tetiba cerai sebab busy and masing-masing tak faham antara satu sama lain. Takut kot! Pernah gak aku cerita kat Dila yang aku pernah rasa tawar hati kat Fahri. Aku rasakan cinta aku padanya sudah berkurang. Tidak seperti dulu. Terkejut beruk Dila. Dia kata sayang kalau 4 tahun relationship habis macam tu saja. Dia pujuk aku. Dia suruh aku buat istikharah dan mintak doa banyak-banyak supaya aku ditetapkan hati dan dipanjangkan jodoh dengan encik boyfriend.

Tapi kali ini lain. Aku dapat rasakan encik boyfriend pula yang tawar hati dengan aku? Atau dia ada yang lain? Berkerut muka aku memikirkan perkara ini. "Awak yakin ke dengan relationship kita ni?" tanya Fahri memulakan bicara. Aku terkedu. Mahu saja air mata wanita aku ini gugur tapi aku cuba tabah. Cuba mengawal perasaan agar suara aku tidak berubah. "Awak ada orang lain?" tanya aku ringkas. Lama Fahri diam. "Ini antara kita. Antara saya dengan awak. Perasaan kita berdua." balas Fahri. Aku tak mampu berkata-kata. Terus aku mematikan panggilan telefon.

"Kesetiaan cinta hanya akan teruji apabila kita mempunyai pilihan." Teringat kata-kata Dila pada aku. Mungkin cinta Fahri pada aku goyah kerana dia mempunyai pilihan lain? Sakit hati bila aku cuba merungkai persoalan yang aku sendiri tiada jawapan. Atau percintaan kami yang lama menyebabkan perasaan semakin pudar? Bolehkah macam tu? Makin berkerut aku berfikir. Masih juga tanpa jawapan. Dari baring mengiring, kini aku berpusing ke tengah, mata tegak memandang siling.

"Aku nak jadi doktor. Aku anak sulung. Aku harapan keluarga." Tersengih aku kerana hari ini dapat membaca buku diari jejaka idaman. Sapa suruh dia letak merata. Leka aku menyelidiki buku diari itu. Hampir sepuluh minit aku menyelidiki setiap helaian buku diari jejaka pujaan aku. Beginilah aktiviti tetap aku. Balik saja kuliah, pantang kalau melepasi kelas Fahri, pasti aku singgah untuk memeriksa mejanya. Setiap bukunya pasti aku tengok sambil tersengih-sengih. Tapi hari ini lain pula jadinya. "Eh awak buat apa tengok-tengok kat buku saya ni. Dahlaa ni diari saya. Tak baik tau!" Tinggi suara Fahri sambil mengambil buku diarinya dari tangan aku. Terkejut beruk saya. Terus merah padam. Tak tahu nak jawab apa. Kantoi! Terus minta maaf dan berlari pergi. Itulah kali pertama aku bercakap dengannya. Dan begitulah bermulanya persahabatan kami ketika di MRSM.

Tersenyum bila terkenangkan kenangan lama. Indahnya perjalanan kisah cinta kami. Dan kini sudahpun 4 tahun. 2 tahun Fahri sebagai sahabat baik dan 4 tahun sebagai Encik boyfriend. "Masih samakah perasaan aku padanya sekarang? Atau aku juga ragu-ragu?" Aku bingung. Terus saja air mata aku gugur.

BERSAMBUNG...

Sunday, December 11, 2011

Tahajjud cinta 1

Cerpen ini tiada kaitan dengan Ustaz Shauki dan isteri-isterinya. Layan....




"Rasanya Sungai Nil dan Mesir itu jodoh. Kalau enggak ada Sungai Nil pasti enggak ada Mesir, enggak ada peradaban."
"Sungguh indah kalau kita bisa bertemu jodoh yang diberi tuhan dari langit."

Terngiang-ngiang ayat dari filem "Ketika cinta bertasbih." Apa lagi, tak sah kalau tak berangan bila lepas tengok filem-filem jiwang nih. Mulalah berangan dapat boyfriend camtula, camnila. Ah bahagia saja kalau dalam filem nih. Realiti takdenya macam ni. Terus aku tersedar dari terus tinggi ke awan sebab berangan. Memang parah penangan filem romantik ni. Memang pantang aku. Senyum sendiri tak pasal-pasal.

"Ni pehal senyum macam kerang busuk ni?" tanya Dila tiba-tiba buat aku terkejut dari lamunan. "Biasala. Berangan kahwin dengan hero cite ni la." Selamba aku menjawab. "Dah agak dah ko. Pantang tengok citer jiwang, ko yang lebih-lebih feeling. Wajib kawen dah ko ni Mustika." Terus tergelak aku mendengar ayat selamba Faradila, rakan sebilik sejati aku sejak dari tahun pertama lagi. Memang kawan memasak, kawan tidur, kawan study, kawan menangis dan macam-macam lagi.

Tiba-tiba tengah syok bergelak ketawa, ringtone Super Junior Sorry-sorry tiba-tiba berdering.

"Hello wak. Takde buat apa pun. Baru lepas tengok Ketika Cinta Bertasbih ni. Seronoknya dapat Khairul Azzam. Hehehe. Jangan jeles tau." "Amboi minat Azzam pulak. Saya ni nak letak mana? Saya pun hensem gak." "Awak hensem tapi Azzam ni comel. Janggut ciput dia comellll sangat." "Kalau camtu nanti saya pun nak simpan janggut la. Biar panjang macam Ustaz Azhar Idrus, nak?" "Eh tu panjang sangat tu wak.Takuuut!!" Terus perbualan kami diakhiri dengan gelak ketawa. "Ok laa awak. Take care. Saja call takut la dah sampai langit tak turun-turun syok berangan." "Hahah. Bye wak. Take care gak."

Dah habis borak dengan encik boyfrien, terus aku ajak Dila keluar makan. Lapar. Malam nanti nak kena sambung buat assignment. Bertimbun ni. Final year project tak start pikir lagi. Ahhh kacau mood bahagia betul laa .Okay. Malas fikir. "Jom Dila makan!"

.....................................................................................

Baru habis kelas. Dila tak ikut aku balik. Dia kata nak melepak minum kopi dengan kawan-kawan sekuliah. Aktiviti wajib kami bila habis kelas hari Jumaat. Tapi hari ini aku rasa malas. Malas nak melencong. Malas nak melepak. "Melepak ni budaya yang tak elok. Korang tak pernah buat karangan ke pasal keburukan budaya melepak zaman PMR dulu? Ada 6 perenggan dulu aku buat. Hahaha." Panjang aku bagi tazkirah kat mereka. Saja bagi alasan. "Eh ustazah. Bukan melepak tu aktiviti wajib ko ke?" Balas Dila. Aku tak ikut. Tak tahu kenapa. Tapi dari kat kelas tadi hati aku rasa tak sedap. Dalam kelas pun apa yang lecturer ajar pun tak berapa nak masuk. Perut terasa semacam. Hati pula berdegup luar biasa. Tanpa berlengah, terus saja aku membawa diri untuk pulang dan berehat dibilik.

Sampai kat bilik. Terus letak beg. Bukak tudung. Malas nak salin baju kurung, terus aku humban badan ke katil. Cuba melelapkan mata. Pusing kiri, pusing kanan. 15 minit berlalu. Tapi mata aku seakan sukar untuk lena. Mata aku terus segar. Kupandang siling. Melihat laju kipas berpusing. Pada masa yang sama, degupan jantung aku tetap sama. Kuat dan deras. Cuba menutup mata buat kali kedua. Namun masih hampa. Mataku tetap degil. Puas sudah aku menukar posisi tidur. Tapi masih sama. Aku masih gagal untuk tidur. Aku tetap tidak tenang. Masih berdebar. Tak sedap hati.

Tiba-tiba azan berkumandang. Azan asar. Terus aku bingkas bangun. "Mungkin lepas berwudhuk dan bersolat,jiwaku pasti lebih tenang." Pujuk diriku lantas berjalan untuk berwuduk dan menunaikan solat Asar.

Usai berdoa dan menekup tangan ke muka, tiba-tiba handphone aku berdering.

"Hello angah. Abah ni. Tadi ibu tiba-tiba jatuh dan pengsan. Sekarang kat hospital. Doktor kata heart attack." Laju sahaja bait-bait kata abah keluar dari corong telefon bimbitku. Aku terkejut bukan kepalang. Patutlah hati aku dari tadi rasa semacam. Allahuakbar. Aku terkejut dengan berita dari abah. "Camna boleh jatuh ni? Jadi sekarang ibu camna? Okay tak? Kat hospital mana?" Bertubi-tubi soalan aku tanyakan tanpa sedar. "Ibu okay. Tapi masih dalam ICU. Nanti balik dengan abang long. Abah dah suruh Abang long pegi amek angah kat UKM tu pastu terus direct balik kampung.

Bersambung.....

Wednesday, November 24, 2010

Kau doktor jiwaku 2




Dua bulan kemudian.

Kehidupan mereka berdua berjalan seperti biasa. Amin sibuk dengan kerjanya manakala Azura sibuk dengan urusan pelajarannya. Maklumlah sudah pelajar tahun akhir. Azura begitu sibuk di hospital. Setiap pesakit cuba didekati dan diselami sebaik mungkin.

"Sebagai seorang pelajar perubatan, ilmu kamu bukan dari kami dan bukan juga dari buku-buku teks. Tapi sumber terbaik adalah para pesakit. Belajarlah dari mereka dan hormatilah mereka."

Kata-kata Doktor Harlina begitu segar dalam ingatannya dan menjadi pegangannya kini. Setiap pesakit yang diberikan padanya oleh doktor akan cuba dipelajari sebaik mungkin. Patient history diambil dengan tekun dan teliti. Fail pesakit juga dijadikan sumber Azura.

.....................................................................................

"Saya akan ke Brunei selama seminggu atas urusan kerja. Jaga diri." Tiba-tiba SMS diterima dari Amin. Walaupun hubungan istimewa mereka sudah terputus namun Amin masih tetap menghubungi Azura.
"Ya Allah perlukah lagi dia menghubungi aku?.Aku tidak mahu menyimpan harapan lagi.Kuatkan hati aku!" Bisik hati kecil Azura. Azura seakan-akan ingin cuba melupakan Amin. Dia tidak sanggup kecewa lagi. Hatinya pedih. Setiap kali SMS Amin diterima, perasaannya terus menjadi sebak.Cinta hatinya tidak kesampaian tanpa diketahui sebabnya. Amin tidak pernah memberitahu hal yang sebenar. Setiap kali ditanya dulu jawapan Amin ringkas, "Tidak mendapat restu ibu." "Apalah salah aku? Apa kurangnya aku?"keluh Azura setiap kali mengenangkan perkara ini. Tapi dia hanya mampu berserah pada yang lebih berkuasa.

Bukan tiada yang cuba menghampirinya.Cuma hatinya yang menghalang. Hatinya seakan-akan tertutup rapat. Ibunya pernah menelefon bertanyakan status dirinya. Katanya anak kawan baiknya, Imran ada bertanyakan perihalnya. Ingin merisik dan masuk meminang.

"Kalau Azu masih tiada siapa-siapa bolehlah mak bagitahu Mak cik Lina suruh masuk meminang. Mak berkenan je dengan si Imran tu."
"Janganlah diam macam ni. Habis belajar bulan 6 ni kalau Azu masih solo emak akan terima je peminangan Makcik Lina tau."

Tapi Azura hanya berdiam diri. Sepatah jawapan tidak diberikan pada ibunya setiap kali perihal perkahwinan dibangkitkan. Azura tidak mampu memberi jawapan. Biarlah ia masih menjadi tanda tanya. Seperti dia menjadi tanda tanya akan cintanya pada Amin.


....................................................................................

Dua hari setelah Amin ke Brunei, ibunya jatuh sakit. Stroke. Ibunya dihantar ke hospital. Ibunya mengalami hemiparesis. Lumpuh separa badan. Terkejut Amin mendengar berita ini dari kakaknya. Hendak balik tapi kerja belum selesai di Brunei. Lega sedikit bila mendengarkan keadaan ibunya stabil. Setiap hari dia pasti menghubungi ibunya itu untuk bertanya khabar.

"Ibu okay dah sikit. Doktor kat sini bagus-bagus. Muda-muda lagi tapi pandai layan orang tua. Ada seorang doktor ni baik sangat.Dia banyak tolong ibu. Dia banyak menjaga ibu sepanjang ibu kat sini. Diajarnya ibu cara-cara sembahyang dengan keadaan ibu yang macam ni.Ibu berasa senang berbual dengannya."

Panjang cerita ibunya. Setiap kali dihubungi pasti cerita doktornya itulah yang paling banyak diceritakan. Sudah 4 hari ibunya di hospital. Dan macam-macamlah perihal doktornya itu diceritakan.

"Kirim salam Min kat doktor tu ek.Min tak sabar nak balik nak jumpa mak."

....................................................................................

Setelah 7 hari di Brunei, Amin tiba di KLIA. Cepat-cepat dia terus ke Hospital Bangi untuk menemui ibunya. Perasaan rindu dan risau bercampur-baur. Tibanya di kawasan hospital, langkahannya semakin laju menuju ke arah wad ibunya.

"Terima kasih doktor. Doktor ni sangat baik.Muda-muda tapi dah jadi doktor."
"Eh makcik ni. Saya sebenarnya bukan doktor pun lagi. Saya masih belajar. Ni tahun akhir saya."
"Ohh begitu. Tapi awak ni rajin.Pastu pandai layan orang tua."
"Hmm makcik ni puji saya lebih-lebih ni."

Tiba-tiba.
"Assalamualaikum mak!!"
Amin terus meluru ke arah maknya dan terus memeluk maknya.
"Waalakummussalam. Amin dah sampai?Ni mari mak kenalkan dengan doktor mak ni."
"Kenalkan doktor, anak saya Amin.

Amin berpaling ke arah doktor yang diceritakan maknya. Amin terkejut.
"Azu!"
"Amin? Ni emak awak?"
"Aah". Amin tersenyum. Amin menyambung lagi, "Emak, ni lah Azura yang Amin ceritakan dulu. Yang menjadi cinta hati Amin."

Emaknya mengalirkan air mata. Tidak sangka pilihan hati anak lelaki tunggalnya adalah pilihan yang terbaik.Ya,dia seorang doktor.Tapi bukan doktor biasa. Beliau tidak sedar selama ini. Tidak cuba mengenali permaisuri hati anaknya. Hanya karier Azura yang dijadikan ukuran. Hanya kerana sebuah stetoskop emaknya menghakimi hati Azura. Emaknya terus menarik tangan Azura dan memeluk Azura. Azura juga menitiskan air mata. Emaknya sedar akan kesilapan dirinya.

"Mungkin kesibukan Azura dan Amin nanti akan menjadikan cinta dan rindu kami lebih kuat dan teguh mak. Insyaallah." Bisik Amin pada ibunya. Ibunya hanya tersenyum gembira.

"Alhamdulillah ya Allah kerna kau permudahkan jalan bagi ku." Bisik hati kecil Azura tanda syukur.

"Kan saya dah kata awak doktor jiwa saya!" Bisik Amin lembut ke telinga Azura. Azura tersipu-sipu malu dihadapan bakal ibu mertuanya.

TAMMAT.

Sunday, November 21, 2010

Kau doktor jiwaku...



"Mak tak berapa berkenan laa ngan pilihan ko ni Min. Dia doktor. Dah laa perempuan. Nanti sebok. Oncall sane oncall sini.Sape nak jaga makan minum ko nanti?Sape nak jaga anak-anak ko nanti?Mak tak nak jadi macam pak usu ko tu. Dah bercerai-berai sebab dua-dua busy."

"Orang laki kalau jadi doktor saham tinggi. Tapi kalau orang perempuan jadi doktor ni saham jatuh sikit. Dia kena kahwin sama-sama doktor je. Baru sama-sama faham."

"Ko sekarang keje balik petang.Kadang-kadang sampai malam. Dia pulak kadang-kadang kene oncall keje malam. Camne laa keluarga ko nanti? Dua hari tak jumpa tu macam boleh jadi je.Mak risau tau!"

Tiba-tiba berdengung telinga Amin teringatkan leteran maknya bila saja nama Azura, pilihan hatinya sejak dari sekolah disebut di hadapan maknya.Pantang nama Azura, pantang pasal kahwin mesti benda sama yang dibebelkan maknya. Silapnya hanya satu. Azura pelajar perubatan. Bakal doktor.Itulah yang diungkitkan maknya.Silapnya lagi satu adalah pak usunya baru sahaja bercerai. Pak usu dan mak usunya dua-dua doktor. Sudah 4 tahun berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata. Aku pun tidak tahu mana silapnya. Mungkin tiada jodoh. Sudah ketentuan Illahi. Kenapa karier doktor yang dipersalahkan? Entah apa salahnya kalau orang perempuan jadi doktor. Situasi Pak Usunya dijadikan ukuran tentang kehidupan masa depannya. Kehidupan rumah tangganya. Amin bingung. Terasa pedih hatinya. Oleh sebab itulah niat hatinya untuk menyunting Azura sebagai permaisuri hati belum kesampaian. Restu ibu masih terbuai-buai di awanan. "Ahhh aku bingung! Jodoh pertemuan kan ketentuan tuhan. Napa sukarnya untuk mak aku mengerti?" bisik hati kecil Amin.

.....................................................................................

Amin baru sahaja graduate dari Universiti Teknologi Petronas jurusan Kejuruteraan Mekanikal. Alhamdullilah dia telah pun diterima bekerja di salah sebuah syarikat swasta di ibu negara. Manakala Azura pula adalah pelajar perubatan tahun akhir di Universiti Kebangsaan Malaysia. Sekarang Azura sedang menjalani latihan perubatan di Hospital UKM Bangi. Amin dan Azura adalah teman sejak dari sekolah menengah. Mereka sama-sama ke MRSM. Bibit-bibit percintaan bermula ketika masing-masing melangkah ke menara gading.

..................................................................................

"Awak saya tak mampu berbuat apa-apa.Hubungan kita yang kita bina terpaksa kita henti buat seketika.Kita tak mendapat restu ibu saya. Saya harap awak sudi maafkan saya."
"Hmm pedih hati saya mendengarkan ini.Kalau awak jodoh saya, akan saya terus berdoa agar awak kekal milik saya. Kalau awak bukan jodoh saya, doakan saya tabah dan redha dengan ketentuan ini."
"Marilah kita berserah. Doakan semoga dilembutkan hati ibu saya."
"Insyaallah."

Dari jauh kulihat air mata Azura gugur satu persatu menyentuh pipinya yang putih. Sesekali cuba diselindung kesedihan hati dengan secebis senyuman menampakkan lesung pipit. Amin hanya memandang. Dia tidak mampu berbuat apa-apa. Dia sayangkan Azura. Tapi dia lebih sayangkan ibunya. Hanya yang termampu adalah sekalung doa agar dilembutkan hati ibunya. "Ya Allah bantulah aku. Kalaulah Azura itu terbaik bagiku maka kau tunjukkanlah jalan bagiku." Doaku sayu.Tanpa kusedar, air mata lelaki ku gugur jua.

.....................................................................................

Bersambung...

Sunday, July 25, 2010

Kekasih gelapku 3

Esok adalah hari lahir Lisa. Lisa mula terpikir-pikir apakah surprise yang bakal Adlina dan kawan-kawannya buat untuk dirinya. "Mesti ada surprise party malam ni.Konfom laa.Dahlaa Lynn ni dari tadi takde kat bilik.Nampak sangat laa Lynn.Hahaa.."Lisa tersenyum seorang diri. Hatinya seronok menanti tibanya malam nanti.Tiap-tiap tahun suprise party bagaikan satu amalan wajib bagi menyambut sambutan harilahir kawan-kawan mereka.Tahun lepas habis basah kuyup Lisa dibuat Adlina dan kawan-kawan yang lain apabila tiba-tiba disuruh Lisa ke bilik air untuk menghulurkan tuala tapi rupa-rupanya disimbah air oleh kawan-kawannya yang lain.

"Assalamualaikum Lisa.Apsal ko tersengih-sengih ni?"Adlina tiba-tiba muncul dipintu rumahnya.Kelihatan begitu penat.
"Waalaikumussalam.Takde pape just seronok je.Ko dari mana ni?tanya Lisa.
"Aku dari kedai tadi.Teman Amani shopping barang rumah dia sikit.Penatnya aku hari ini.Aku nak mandi then nak tido jap ek"jawab Adlina lalu menuju ke biliknya.

Lisa hanya melihat dari jauh Adlina berjalan menuju ke biliknya. "Tentu penat Lynn ni nak buat suprise party untuk aku.Sayang ko Lynn!!"Balas Lisa sendirian.

Tiba-tiba deringan lagu Bad Romance Lady Gaga berkumandang dari telefon bimbit Lisa. "Hello Lisa.Happy Birthday Lisa. Awal sangat ke saya wish?.Hehee...Nak ajak awak keluar makan malam ni tapi Lynn tak kasi.So saya call awal-awal laa nak wish kat awak ni."Suara Hisya, menyebabkan Lisa sedikit segan dan malu.Lebih-lebih lagi mengingatkan screen saver di laptopnya yang dibuat Hisyam."Ohh okay.Thanks Hisyam.Entahlaa Lynn tu apa laa dia nak buat malam ni kat saya ni.Anyway thanks! Nanti saya tuntut hadiah ek,"balas Lisa sopan. Masa terus berlalu dan berlalu."Okaylaa Hisyam got to go. Lynn dah panggil.Kitorang nak keluar.Bye!"

"Lama nye cakap ngan HIsyam tu. Dah jom siap. Kita gi makan. Laparlaa." Adlina yang dari tadi tidur sudah cantik bersiap untuk makan.
"Okay.Mana kawan-kawan lain?.Suprise ek?tanya Lisa manja.
"Apa suprise-suprise.Ni nak gi makan je laa.Dinner sayang oi.Lapar ni.Cepat siap."balas Adlina.
"Yelaa. Ingat ada special occasion untuk aku.Kalau camtu aku pakai sweater suda.Jom!" balas Lisa.

Mereka tiba di satu restoran yang agak selalu mereka kunjungi. Tanpa berlengah mereka terus memesan makanan pilihan masing-masing.

Tiba-tiba....

Happy Birthday to you! Happy Birthday to Lisa!
"Suara yang cukup dikenali tiba-tiba kedengaran menuju kearah mereka. Adlina menunjuk ke belakang.Lisa terus menoleh. Lisa terkejut. Matanya digosok-gosok takut-takut ini hanyalah mimpi dan ilusi nya. "Ko tak mimpi laa.Meh aku cubit."Adlina terus mencubit tangan Lisa yang kelihatan dalam kebingunan."Aduii.Aku tak mimpi ke ni?" Dilihatnya Faisal berjalan menuju ke arah mereka sambil membawa kek.Faisal semakin menghampiri mereka. Lisa semakin berdebar.

"Suprise!!" Adlina menjerit perlahan ke telinga Lisa.Lisa hanya membalas dengan senyuman. "Selamat hari jadi Lisa. Terkejut tak saya datang dari Rusia ni?"tegur Faisal sambil duduk disebelah Lisa.Lisa hanya tersenyum.Adlina terus menyambut Faisal dengan senyuman. Mereka berborak mesra."Bila awak sampai sini ni?"tanya Lisa."Pagi tadi.Lynn yang ambik saya pagi tadi.Semua ni pun rancangan Lynn. Dia yang menyedarkan saya.Dia yang menyuntik keberanian saya untuk berjumpa awak.Untuk menyatakan apa yang terpendam dalam hati saya ni."balas Faisal panjang lebar.Lisa hanya mendengar.Begitu juga Adlina.Lalu Faisal menghulurkan hadiah special untuk Lisa.Begitu juga Adlina.Mereka terus berborak mesra sambil ditemani gelak tawa masing-masing.

"Suka tak suprise aku ni Lisa?"tanya Adlina.
"The best birthday ever!"jawab Lisa ringkas.

TAMAT

Tuesday, June 15, 2010

Cerpen: Kekasih gelapku 2

“Can I sit here?,”tiba-tiba suara yang tidak dikenalinya menyapa dari belakang. Lisa terus memandang. “Ish ingat mat saleh mane tadi. Duduk je laa. Sopan semacam je,” balas Lisa kepada Hisyam.Hisyam duduk. Mereka mula berbual mesra diselang seli dengan hilai tawa mereka. Hisyam adalah kawan sekuliahnya. Dulu mereka jarang bertegur sapa tapi sejak mereka pulang dari bercuti beramai-ramai di Paris mereka menjadi semakin rapat. Mereka mula berkenalan disana.Hisyam lah yang selalu menyakatnya ketika di sana. Hisyam juga yang menjadi cameramannya. Sebut sahaja angle mana yang nak masuk, posing macam mana pun, Hisyam memang jurugambar terbaik. Sejak itu mereka rapat. Hisyam selalu menyapanya. Dalam dewan kuliah pula pantang ada tempat kosong disebelah Lisa disitulah Hisyam akan duduk. Kadang-kadang sehingga berebut dengan Adlina sahabat baik Lisa.

“Hisyam tu baik kan. Dulu tak kenal sangat.”
“Baik ke? Tempat aku kat sebelah ko pun die nak berebut. Tau laa nak duk dekat dengan ko.Geram ah aku,”
“Ala ko ni, ari tu dia ingat ko tak datang. Ko yang masuk lambat.”
“Tapi tu kan tempat aku. Paham-paham je la.”
“Dia baik laa. I think I kind of like him.”
“Aik habis kekasih gelap ko tu nak letak mane?Tapi bagi aku, aku lagi suka Faisal la.”
“Entahlah Lynn. Faisal tu dah 3 tahun aku berkawan dengan dia. Macam tu je dia. Macam kawan biasa. Aku je lebih-lebih nak. Aku pun tak faham. Kadang-kadang macam dia suka aku. Kadang-kadang aku rasa tak pulak. Tak paham laa.”
“Hmm tu laa Faisal ni. Geram aku. Kalau nak bagitahu la. Kalau tak nak pun bagitahu.Senang cerita.”
“Tapi jangan laa tak nak. Kesian aku. Hahhaa.”
“Hahahaa!”
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

“Lisa laptop ko yang Hisyam baiki tu dah okay ke?Nak pinjam jap,”Adlina mengejutkan Lisa yang sedang tekun menyiapkan assignmentnya. “Aah.Amiklaa.Baru tadi siap,”balas Lisa ringkas. Adlina terus menuju ke meja Lisa dan mengambil laptop dan dibawanya ke katilnya. Ditekan power ‘on’ dan seterusnya. Selepas setengah jam, Adlina tiba-tiba bangun dan menuju ke toilet. Laptop dibiarkan begitu sahaja. Setelah beberapa saat, entah kenapa tiba-tiba Lisa seperti mendapat aura untuk melihat ke papan skrin laptopnya. Matanya bersinar. Mulutnya ternganga pada awalnya tapi kemudian senyuman manis terukir dibibirnya. “Lynn, cepat laa keluar. Tengok screen saver laptop aku ni,” jerit Lisa sambil bergerak menuju ke katil Lynn. “Ape die? Mane terbakarnya? tiba-tiba Adlina keluar dari toilet. “Mana ada aku cakap terbakarnya. Ni tengok screen saver laptop aku ni,”jawab Lisa sambil menunjukkan papan skrin laptopnya kea rah Lynn. “Tapi jangan sentuh mouse tau!”tambah Lisa.

Ku pernah punya cinta namun kini ku sedang suka kamu
Cintaku dulu tlah kubuang jauh kini ku ingin kamu
Ku pernah menyendiri di sini ku akan terasa sepi
Walaupun bibir penuh gelak tawa namun hatiku sepi
Jangan bilang tidak bila kita belum mencoba
Siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku
Banyak yang bercinta bertahun-tahun putus juga
Kuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan
Cinta kita kan abadi


“Ni cam lirik lagu ni tapi lagu ape ek?” tanya Adlina
“Kalau tak silap aku ni lagu Raffi Ahmad tu. Jangan bilang tidak. Kan?Yang ko download tu,”jawab Lisa.
“Patutlaa macam penah dengar. Ish Hisyam ni, die nk mintak dengan ko ke ni?.Memang serius laa dia ni.Sweet!!” balas Adlina sambil mencuit bahu Lisa. Tiba-tiba tangannya tersentuh mouse lalu terpadamlah screen saver itu.
“Laa dah padam dah!”kata Lisa.
“Eleh gatal!”balas Adlina.
“So camne ni?Apa jawapan ko?”tanya Adlina serius.
“Entahlah Lynn. Mende ni tiba-tiba sangat. Aku still terkejut. Hisyam ni sweet plak tiba-tiba ni. Buat aku jatuh cinta,” balas Lisa serius.
“Tapi Faisal camna?Aku nak sangat korang berdua menjadi.Kata hati aku kata korang berdua ni berjodoh tau.Amin!”kata Adlina. Nadanya serius. Tangannya diangkat seakan-akan berdoa.
“Entah.Entah.Lalala…tak nak fikirla.Baik fikir aku nak balik Malaysia lagi 2 weeks ni. Lagi senang hati.Yeay!” balas Lisa sambil bingkas bangun dari katil Adlina dan menuju ke katilnya.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
“Terima kasih Lynn sebab menyedarkan aku. Aku akan cuba buat yang terbaik.”
“Takde pape pun. Aku just nak tengok korang bahagia. Aku tahu kau memang terbaik untuk dia.Dia kan sahabat baik aku.Aku kenal sangat dia.”

BERSAMBUNG....

Saturday, May 29, 2010

Kekasih gelapku 1

Apa yang harus aku lakukan

untuk membuat kau mencintaiku
segala upaya tlah kulakukan untukmu

Apa yang harus aku temukan
untuk membuat kau menyayangiku
inilah aku yang memilih kau untukku

Karna aku mencintaimu
dan hatiku hanya untukmu
tak akan menyerah
dan takkan berhenti mencintaimu

Ku berjuang dalam hidupku
untuk selalu memilikimu
seumur hidupku, setulus hatiku
hanya untukmu

Seumur hidupku, setulus hatiku
ooohhhh

Lirik-lirik lagu ‘Untuk Mencintaimu’ dendangan Seventeen begitu menusuk jiwa Lisa. Kalau tadi semua lagu-lagu yang keluar dari corong laptopnya didengar endah tak endah sambil menghadap buku Ophtalmology tapi pabila tiba-tiba lagu ini berkumandang, Lisa menjadi begitu asyik. Highlighter ditangan dilepaskannya. Belakangnya tersandar pada kerusi. Fokusnya pada tajuk Glaucoma hilang begitu sahaja. Senyuman diukir. Bibirnya bergerak-gerak mengikut sama alunan lagu ini.

“Ahh rindu laa plak pada Faisal ni. Napa laa Faisal ni macam tak bagi respon je kat aku,” getus hati Lisa. Bibirnya yang tadi terukir sanyuman manis tiba-tiba terpadam. “Hmm nak stalk fb die ahh jap.” Buku opthalmologynya ditutup. Hightlighter ditutup rapat dan disimpan. Lalu facebook website dibuka dan nama Mohd Faisal ditaip dan click!. “Ish..asyik-asyik pompuan ni yang ‘like’ status Faisal ni. Tension betul tengok minah ni.” Marah Lisa sendirian. Mana tidaknya lelaki idamannya sedang dalam zon bahaya. Setiap hari dibuka page Faisal mesti ada minah ini seakan-akan menjadi pesaing hebat Lisa. Tapi sayang. Lisa hanya menjadi pesaing dalam diam. Faisal hanyalah kekasih gelapnya.

Lisa termenung. Diingat-ingat semula semua kenangannya bersama Faisal. Lisa mengenali Faisal di MRSM Jasin. Tapi mereka berlainan kelas. Cumanya Faisal ini pelajar terbaik di maktab dulu. Namanya sering menjadi sebutan kerana kecemerlangan akademiknya. Selalu memenangi anugerah pengetua pada setiap peperiksaan semester. Dari situlah timbulnya minat Lisa terhadap Faisal. Dia kagum dengan Faisal. Dia teruja dengan Faisal. Dia jatuh cinta dengan Faisal. Dan Faisal lah yang menjadi idolanya untuk belajar bersungguh-sungguh supaya namnaya turut tercalon untuk anugerah pengetua.

“Rajin belajar Nampak. Rileklaa exam sem 3 lagi 2 bulan kot. Jom turun main volleyball petang ni,”ajak Adlina, rakan sekelas Lisa.

“Eh takpelaa. Nak study sket ni. Takde mood ah nak main volley. Sori tau Lynn,” balas Lisa lembut.

“Ko study nak dapat anugerah pengetua ke ni?. Nak suruh Faisal jatuh cinta ek,” gurau Adlina.

“Mestilaa…baru dia kenal aku sape.Hahaha,” balas Lisa. Diikuti gelak tawa mereka berdua.

Azan Maghrib mengejutkan Lisa dari lamunan cerita-cerita lamanya di zaman sekolah. Lisa kini berada jauh di Ireland dalam bidang perubatan. Faisal pula sedang menuntut dalam bidang kejuruteraan di Rusia. Walau jauh mereka terpisah namun Lisa sering menghubungi Faisal menerusi Yahoo Messenger.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

“Chat dengan sapa tu Lisa oii?”

“Dengan Faisal tau. Hahaha.Tiba-tiba dia buzz aku. Tak penah tau. Biasa-biasa aku je laa yang tak tahu malu duk buzz dia.”

“ Oo chat ngan kekasih gelap rupanya. Dia buzz ko ek?..Hahaha..taktik ko taknak buzz die seminggu menjadi. Tengok dia pulak yang rindu ni.”

“Hahaha. Tu laa. Tapi takdelaa rindu pun. Dia buzz aku pun sebab nak tanya pasal university kita ni. Adik dia pun dapat offer kat sini. Tu je.Hampa aku tau!!!”

“Takpe-takpe. Kalau ada jodoh ade laa tu ko ngn dia. Aku doakan hari-hari tau untuk ko.”

“Yelaa. Amin. Terima kasih banyak-banyak Lynn.”

15 minit kemudian

“Tiba-tiba teringat pulak masa kita pergi BTN tu kan. Yerlaa dah lama kita tak jumpa Faisal tup tup satu BTN plak. Sama-sama nak gi oversea pulak tu,”ujar Adlina memulakan perbualan. Lisa baru sahaja selesai chatting dengan Faisal. “Aah tak sangka aku. Tapi kat BTN laa aku paling bahagia!”jawab Lisa dengan riang. Kenangan di BTN 3 tahun lalu tiba-tiba terlukis difikiran Lisa.

Tanpa disangka-sangka kekasih gelapnya itu sama kumpulan dengannya. Hati Lisa berbunga-bunga. Seminggu program BTN yang bagi orang lain adalah satu penyeksaan tapi bagi Lisa ianya menjadi satu kenangan terindah buat Lisa. Mulai saat itu mereka mula menjadi rapat dan akrab. Apatah lagi selepas aktiviti ‘Jungle Trekking’.

“Saya harap kumpulan kita akan jadi yang terpantas sekali sampai ek. Semua pun fit kan. Jangan ada yang jatuh longkang ke pancit ke ape ek,” tegas ayat Faisal kepada ahli kumpulannya sebelum mereka memulakan perjalanan ‘jungle trekking’ itu. Sudah hamper satu jam berjalan, kelihatan Lisa sudah mula tercungap-cungap kepenatan. “Korang kita rehat ah jap. Aku tak larat laa,”jerit Lisa pada kawan-kawannya. Lisa pada ketika itu sudah agak terkebelakang ditinggalkan ahli kumpulan mereka. “Lisa kuat laa sikit. Takkan baru sejam dah pancit. Takyah rehat ek semua. Kita jalan je,” balas Faisal selaku ketua kumpulan. “Ei tak gentlemen langsung Faisal ni. Penat kott,”keluh Lisa. Tak semena-mena datang Lukman ke arah Lisa. “Meh saya tolong bawakkan beg ni. Beg ni cam berat.Tu yang awak cepat pancit.”Lukman menghulurkan tangannya untuk mengambil beg galas Lisa. Mereka berjalan beriringan. Pada masa yang sama kelihatan Faisal yang berada dihadapan seperti menjeling-jeling kearah Lisa. Mukanya berubah. Tanda iri hati sedikit terpapar pada iras wajahnya. “Uwekk! Sombong!,” jerit Lisa kea rah Faisal setiap kali Faisal memandang ke arahnya. Dijelirnya lidah sengaja untuk menyakitkan hati Faisal.

Hampir 2 jam berlalu. Selesai berehat beberapa minit, Faisal mula memberi arahan untuk memulakan perjalanan semula. Semua mula berdiri dan mengambil beg masing-masing untuk mula bergerak. Tiba-tiba sahaja Faisal datang ke arah Lisa dan mengambil beg galas yang berada disebelah Lisa lalu bergerak pergi mengetuai pergerakan kumpulan. “Woi Faisal! Apsal ko ambik beg galas aku. Aku lelaki laa. Larat kot nak bawak beg sendirik. Salah orang da!,” jeritan Lukman kearah Faisal disambut gelak tawa semua. “Ni laa beg saya. Lain kali tanya kalau nak tolong pun,” ucap Lisa lembut kea rah Faisal sambil menghulurkan beg galasnya.Tanpa dapat ditahan, Lisa turut tergelak. Faisal hanya mampu tersenyum. “Adeih, malu siot!,” keluh Faisal dalam hati.

Bersambung......

Monday, May 10, 2010

Cerpen: Ketika cinta berdegup 2


Linda: Intan, Hilmi hantar email. Dia kata dia nak balik minggu depan. Dia nak jumpa aku dulu sebelum balik Johor. Yeay!!
Intan: Wow dia nak balik dah. Dah setahun dah tak jumpa dia. Tapi apsal ko hepi semacam je?
Linda: Ye laa. Dah lama tak jumpa. Pastu nanti nak claim hadiah dari dia la. Nanti ko teman aku jumpa dia kat KLIA ek nanti.
Intan: Okay!

....................................................................................................................

Mata Linda khusyuk menonton filem Valentine's day di laptopnya. Aktiviti wajib pada hujung minggu. Apatah lagi kalau hujung-hujung bulan. Nak keluar shopping tapi duit sudah kering. Hampir satu jam lebih Linda menonton. Matanya bagaikan dipaksa mendengar ceramah, hampir-hampir tertutup. Tapi ingin dihabiskan juga filem ini.

"How do you know she's the right one?"
"Because she is my best friend!"

Linda terkesima. Mata Linda menjadi bulat. Kata-kata itu seperti menusuk jiwanya. Terus semangat Linda menonton filem itu sehinggalah ke penghujungnya. Sang hero yang putus cinta dengan kekasihnya di hari Valentine akhirnya menyedari bahawa yang terbaik baginya adalah kawan baiknya sendiri, sang heroin yang juga putus cinta pada hari yang sama.

Dialog dalam filem itu bermain-main di fikirannya. Pada masa yang sama wajah Hilmi turut terselit bersama kata-kata itu. "Mesti ke kawan baik jadi kekasih ?" tanya Linda sendirian.

....................................................................................................................................

Hari ini hari kepulangan Hilmi. Sudah setahun lamanya mereka tidak berjumpa. Linda sambil ditemani Intan tiba di KLIA.

Intan: Linda, kalau Hilmi dah kurus pastu hensem lagi, ko nak tak kat dia?
Linda: Ko ni tak habis-habis laa. Aku nak jadi kawan baik dia je. Kawan baik dunia akhirat!.Hehehee
Intan: Eleh kalau ko tak nak aku amik ek. Jangan nyesal plak.
Linda: Tu pun kalau dia nak kat ko. Hahaha...
Intan: Cesss.....

Pengumuman ketibaan penumpang tiba-tiba memenuhi ruang lapangan terbang.Ya, ketibaan flight dari United Kingdom. Selang beberapa minit, kelihatan sekumpulan manusia satu persatu mula keluar dari balai ketibaan. Mata Linda begitu liar mencari sahabat baiknya yang sudah lama tidak berjumpa. Jauh di sudut hatinya terselit perasaan rindu yang amat sangat. Tapi pada masa yang sama, Linda berdebar. Jantung Linda berdegup kencang.Sangat kencang. Linda terasa panas menyelubungi seluruh tubuhnya.

Tiba-tiba, "Linda, tu Hilmi kot.Kat belakang sekali tu," jerit Intan pada Linda. Mata Linda terus mencari-cari sehinggalah matanya hinggap pada satu susuk tubuh yang cukup dikenalinya. Degupan jantungnya semakin kuat. Tidak pernah dia merasakan seperti ini sebelum ini. Semakin dekat Hilmi ke arahnya, semakin kuat pula degupan jantungnya. "Adakah aku sudah jatuh cinta padanya?," Linda cuba bertanya pada hatinya. Dia buntu. Degupan jantungnya seakan-akan memberinya jawapan. Jawapan pada persoalan Hilmi selama ini. Jawapan untuk dirinya juga. Pada waktu yang sama dialog dalam filem Valentine's Day terus menghinggap fikirannya.

"Tak kurus pun Hilmi. Sama je. Hahaha," pantas ayat itu keluar dari mulut Intan setelah Hilmi semakin hampir. " Mana ada. Dah kurus sikit laa," jawab Linda sambil tersenyum. Matanya tidak lepas memandang Hilmi. "Hahaha...sikit jer pun," balas Intan. Kami terus bergelak ketawa.

Hilmi: Hi korang!!. Ape senyum-senyum ni?
Linda: Er takde pape laa. Jom pegi minum-minum. Awak mesti penat kan.
Intan: (Sambil tersenyum) Takde pape. Jom!
Hilmi: Linda kenapa awak gelak-gelak tadi? Ke sebab saya dah kurus dan hensem?
Intan: Tak kurus pun Hilmi. Tipu. Camnelaa nak ngorat Linda camni.
Hilmi: Dah kurus dah sikit ni. Kan Linda kan?
Linda: Hmmm, bole laa.

.....................................................................................................................................................

Intan: Weh ko kenapa tadi? Tak cakap banyak pun.Pelik. Tak macam selalu. Senyap je.
Linda: Hmm entahlah Intan. Aku pun pelik. Masa nak tunggu dia tadi, aku jadi berdebar. Tak keruan. Dup dap dup dap jer aku tadi. Nak borak macam biasa pun dah tak boleh. Dia perasan tak ek?
Intan: Entahla. Aku macam perasan gak laa ko macam berdebar je borak dengan dia. Kenapa ni?
Linda: Hmm...aku rasa aku dah jatuh cinta kat Hilmi laa. Malu!!!
Intan: What????????????Hahaha, terkejut laa jugak. But I'm happy for you. He's a good guy.Penantian dia akhirnya terjawab.Dah bagitahu dia belum?.
Linda: Belum laa. Malu lagi ni.Tiba-tiba jer hati aku terbuka untuk Hilmi.
Intan: Hahaha..itulah cinta namanya. Datang tanpa diundang. Hadir tanpa perlu dicari. Tapi pelik gak tiba-tiba ko jatuh cinta kat dia. Bukan dia dah kurus pun. Hahaha.
Linda:Hahahaa, ngek betul laa ko.
Intan: Kalau camni memang semangat la dia nak joging hari-hari. Demi kau Linda! Hahaha...
Linda: Aku terima dia seadanya.
Intan: Hahaha..aku main-main je.

....................................................................................................................................

Sebulan kemudian.

"Nanti saya balik lagi tahun depan saya janji saya jadi lagi kurus dan hensem. Jaga diri baik-baik tau. Jangan rindu-rindu!Terima kasih cinta!" bisik Hilmi pada Linda sebelum dia berlepas ke United Kingdom.

Linda tersenyum. Senyuman penuh makna.



....................tamat......................................................................................




Saturday, May 8, 2010

Cerpen: Ketika cinta berdegup

"Linda nak beli buku ape ni?Cepatlaa dah lapar ni," keluh Intan pada Linda. Tanpa menghiraukan Intan, Linda terus sibuk membelek-belek buku-buku yang rapi tersusun di rak. Sepertinya Linda buntu untuk memilih buku untuk dibeli. "Kau nak beli buku ape ni?.Untuk sapa?" tanya Intan. "Hilmi yang pesan ni. Dia nak buku untuk pengajian dia tu la. Tapi penat dah aku cari. Macam takde je." Jawab Linda sambil matanya terus sibuk mencari buku yang di pesan Hilmi. "Cari buku untuk boyfriend. Patutla semangat," balas Intan ringkas tapi penuh sindiran.

Hilmi dan Linda sudah lama berkawan. Mereka kenal sejak dari sekolah rendah lagi. Teman dari zaman hingusan sehinggalah sekarang.Masing-masing sudah dewasa.

Hilmi yang dulunya agak gempal sering menjadi ejekan Linda. "Hilmi gemuk. Hilmi gemuk." "Awak ni gemuk la Hilmi. Nanti takde orang pun nak kawin dengan awak. Hahahaha." Itulah antara ejekan-ejekan Linda pada Hilmi.

Tidak kurang juga Linda pada zaman sekolah. "Eleh saya gemuk pun tapi saya kemas. Takde laa pakai tudung macam penyu." "Linda hingus awak tu tolong laa lap. Eeeii." Hilmi tidak kurang juga sering mengejek Linda.

Tapi itu cerita lama. Itu cerita ketika zaman sekolah. Sekarang masing-masing sudah dewasa. Intan sedang menuntut di Universiti Malaya dalam bidang farmasi. Manakala Hilmi berada jauh di bumi salji di United Kingdom mengambil jurusan perubatan.

"Ko dah bagi jawapan belum kat Hilmi tu? Kesian dia dah setahun duk tunggu jawapan dari ko," tanya Intan memulakan perbualan sambil mulutnya sibuk mengunyah french fries McD setelah penat menunggu Linda membeli buku untuk Hilmi.
"Belum. Aku buntu la. Tiba-tiba je cakap pasal cinta. Geli laa jugak. Dah lama kawan tiba-tiba nak bercinta. Pelik tau tak! " Linda membalas dengan nada tinggi. "Memang laa pelik tapi lama-lama okay la tu," ringkas jawapan Intan. "Entahla dulu masa awal-awal dia bagitahu aku pasal cinta-cinta ni, sebulan kot aku tak bercakap dengan dia.Dia call je aku reject. Sebab aku rasa lain sangat. Rasa tak selesa macam dulu," cerita Linda panjang.
"Aku tahu tu. Tapi sekarang korang dah okay kan. Tu yang sanggup cari buku-buku tebal kat Pustaka Kamal tu pastu siap pos lagi untuk dia. Dah ada rasa sayang ke?" gurau Intan sambil mencuit tangan Linda.
"Takde sayang-sayang. Dah dia mintak tolong. Lagipun kat sana kan buku mahal. Kesian la dia. Nanti dia balik dia kene belanje aku.Bukan free tau!" balas Linda.
"Aku dengar sekarang dia dah kurus laa. Dah hensem kot Linda. Ko tak nak gak ke?" usik Intan.
"Hahaha...Hilmi nak kurus macam tak je. Entah laa Intan. Ak tak nak dia bukan sebab die gemuk.Tapi perasaan tu takde.Geli tau!!"
"Rindu pun takde?"
"Rindu tu adelaa.Sikit-sikit.Hehehe"
"Hahaha.Mungkin sebab ko dah lama tak jumpa dia kot. Nanti bila die balik tup tup ko jatuh cinta kat dia. Hahahaha"
"Hahaha. Mengarut jer. Dah laa. Jom balik. Aku nak pegi pejabat pos pulak nanti nak pos buku ni. Jom."
"Nak pos buku untuk buah hati."

Lalu mereka terus ketawa sambil melangkah keluar.

..........to be continued..........