Kakteh: Hello Umi! Exam tadi susah! Uwaaa.. Umi: Sabarla. Banyakkan doa. Umi doakan agar berjaya. Jangan risau!
Ido: Hello Umi! Homesick laa. Nak balik. Nak makan laksa! Umi: Macam tu laa dok oversea. Sabarla. Blaja rajin-rajin.
Adik Ami: Semua orang telefon hari ni. Penat laa ami angkat phone hari ni. Umi: Senyummm. .....................................................................................
Bayangkan mak kita dapat phone call dari anak-anak dia yang jauh. On the same day. Mengadu menda yang sama. Telinga dia kena tahan anak-anak dia mengadu, mengeluh, membebel, bercerita and blablablaaaa. And yet dia still layan. Kalau lah ada 12 orang anak, and 12 calls on the same day. Bayangkan! And tanpa kita sedar,sebenarnya nasihat dia sama ja. And dia ulang banyak kali. But still, kita yang dengar feel relieved. Rasa lega. How amazing is that? Stress kerja boleh hilang dengan hanya call mak kita. Stress belajar boleh hilang dengan hanya suara mak kita. Stress exam boleh hilang dengan hanya dengar sepatah kata dari mak kita. So amazing!
Tapi pernahkah kita spend time untuk dengar keluhan mak kita? Pernahkah kita spend time untuk dengar masalah kesihatan dia? Pernahkah kita spend time untuk mendengar cerita rutin harian dia? Pernahkah?????
p/s: Selamat menyambut hari ibu buat semua ibu-ibu di Malaysia. Ehh hari ni hari ibu ke?? Heehehee...
5 tahun berlalu. Aku kini sudah berjaya. Segulung ijazah berjaya dibawa pulang sebagai hadiah buat Abah. SMS abah lah kekuatan Aku untuk berjaya. Tinta-tinta emas dari lubuk hati Abah, Aku jadikan pegangan sepanjang hidup. Itu sebab Aku suka berSMS. Ia lebih konkrit. Ia kekal. Ia ada selamanya. Sebagai rujukan ketika Aku terlupa.
-Tammat-
p/s: SMS abah aku lebih kurang laa camtu selalunya. Tapi ada tambahan sikit.
"Tahniah. Kurangkan tido. Tingkatkan usaha anda demi kecemerlangan."
Pintu bilik dikuak. Beg yang digalas dilepaskan begitu sahaja. Terbiar di tepi meja tulisnya. Badan yang kepenatan terus dilemparkan ke katil yang empuk.
"Ahh sedapnya katil!.Penat betul hari ni," keluh Nadia mengenangkan semalam dia tidur agak lambat kerana mengulangkaji pelajaran untuk examnya hari ini yang baru sahaja berakhir.
Badan dipusing ke kiri. Pusing pula ke kanan. Posisi badan berubah lagi. Kini badannya terbaring lurus. Mata cuba dilelapkan. Tapi gagal. Dibuka matanya lalu singgah tepat ke siling biliknya. Hatinya tidak tenang. Seperti berkecamuk. Fikirannya juga seakan berat. Hampir setengah jam juga Nadia berkeadaan sedemikian. Namun, matanya tetap degil untuk beralih ke alam mimpi.
"Apsal aku ni? Tadi macam penat. Sekarang nak tido plak tak boleh. Rasa tak sedap hati plak." Hati Nadia berbisik sendiri. "Takkan pikir pasal exam kot. Insyaallah final exam nanti aku buat lagi baik." Nadia cuba sedapkan hatinya. Dianggapnya keresahan hatinya adalah kerana memikirkan paper exam tadi.
Dicuba sekali lagi untuk melelapkan mata. Keadaan tidak berubah. Matanya tetap degil. Hatinya pula bukanlah semakin tenang malah gelojaknya semakin ketara. Nadia bingkas bangun. Ada sesuatu yang tidak kena. "Ish tak pernah aku macam ni. Risau plak." Nadia berbicara dengan hatinya.
"Allahuakbar Allahuakbar.." Azan dari luar tingkap berkumandang sayup-sayup. Nadia lantas mengorak langkah menuju ke tandas untuk mengambil wuduk. Mungkin selepas solat hatinya akan lebih tenang.
Usai salam, mulutnya terkumat-kamit berzikir. Kemudian diangkat tangannya memohon doa agar diberi ketenangan hati serta dilindungi keluarganya di tanah air dari sebarang malapetaka. "Aminnnn," syahdu suara Nadia di pengakhiran doanya.
Tiba-tiba. Sms diterima. Dari adik bongsunya di Malaysia.
"Kak ya. Mak dengan ayah kemalangan tadi. Tapi tak teruk pun. Mak dengan ayah tak ada apa-apa pun."
Astaghfirullahalazim. Diusap-usap dadanya kerana terkejut. Patutlah dari tadi hatinya berkecamuk. Ada sesuatu yang buruk berlaku rupanya. Sambil cuba menenangkan dirinya, dibalas semula SMS adiknya.
"So sekarang camne dengan diorang? Kat hospital ke?"
2 minit kemudian.
"Takpun. Mak dengan ayah okay. Just terkejut.Tapi kereta agak teruk."
Alhamdulillah. Lantas Nadia sujud sebagai tanda syukur yang tidak terhingga pada Yang Maha Esa.
Setelah itu, dibukanya telekung sembahyang. Lalu terus mendial nombor telefon ibunya.
"Assalamualaikum mak. Mak macam mana? Okay? Camne boleh jadi camni?" tanya Nadia bertalu-talu.
"Waalaikumussalam. Mak ngn ayah tak ada apa-apa pun. Nak wat camne. Benda nak jadi. Bukan kerja kita. Takyah risau pun." Balas ibunya.
"Macam ni laa sayang anak dekat mak dia. Mestilah risau. Duduk 9 bulan dalam perut mak kot.Apa-apa menda mesti Nadia dapat rasa tau. Macam mana mak risaukan Nadia sebab sakit gigi je pun, macam tu lah Nadia risaukan mak. Hehehe." Terang Nadia panjang.
"Amboi, dah terbalik dari ayat mak selalu guna tu." Lalu disambut dengan ketawa dua beranak.
Dalam hatinya Nadia tidak putus-putus melafazkan kesyukuran pada Allah.
-Tammat-
P/s: Ayat mak aku selalu pakai, "Macam ni la sayang mak ayah dengan anak-anak dia. Nanti korang ada anak korang tahu laa camna risau nye kami bila anak berjauhan."
Nanti nak reply balik la kat dia camni, "Takyah tunggu ada anak laa mak. Sekarang pun dah tahu camna risaunya bila duk berjauhan dengan umi abah ni."
Selalulah mendoakan keselamatan dan kesihatan ibu dan ayah kita walau dimana pun kita berada.
"Acik turn off the tv now and finish your homework!," jerit umi. "Jap laa umi. Nak tengok popeye jap ni," balasku selamba. Mataku tetap fokus pada skrin tv. Aku tekun menonton rancangan kartun kegemaranku, The Popeye Show: Popeye the sailorman.
Paaapppp!!! "Aduiiiiiiii.Uwaaaa...sakit laa umi," aku menangis. Menangis sungguh-sungguh. Belakangku terasa pedih.Pedih yang amat sangat. Aku terus menangis. "Umi panggil suruh baca buku. Kalau tengok tv macam mana nak jadi pandai?Dah jangan nangis.Pegi duk kat meja tu.Mari umi ajar," balas umi.Belakangku yang dihinggapi rotan digosok-gosok umi. Pedih yang kurasa pada awal-awal tadi semakin hilang. Hebatnya kuasa umi. Tangannya juga yang memberiku pedih dan tangannya juga yang menyembuhnya. Aku berjalan ke meja belajarku. Diiringi umi disebelah.Buku matematik dibuka. "Cuba jawab soalan 5 ni. Semalam umi dah ajar kan?" arah umi. Nadanya semakin lembut tapi masih tegas. Sedang aku cuba menyiapkan soalan-soalan matematik bersama umi, tiba-tiba aku hilang fokus. Aku hilang tumpuan. Dari ruang tamu, aku dapat dengar bisikan-bisikan merdu suara Popeye. "Tak tahannya.Nak tengok!" bisik hatiku. Kupandang umi. Kupandang juga rotan disebelahnya. Terus terpadam niatku. "Arghh tensionnya!"getusku dalam hati.
"Umi, kambing herbivor ke karnivor?" "Kambing makan rumput.Herbivor laa." "Umi, harimau belang herbivor ke karnivor?" "Karnivor la. Dalam kelas tido ke ni?" "Umi, batu dengan kapas mana lagi tumpat?" "Batu" "Umi batu dengan kayu plak mana lagi tumpat?" "Batu" "Yes dah siap pun kerja rumah. Nak tengok popeye!""Eh eh amboi-amboi. Semua soalan pun tanya umi. Patutlaa cepat siap. Paham ke tidak apa yang acik tulis ni?" "Paham laa.Okay orang nak gi tengok popeye!" "Eh jap. Umi nak tanya ni. Tumpat tu ape?" "Err..ketupat kot. Alaa...orang tak tau. Sebab tu tanya jawapan dari umi je. Umi kan pandai." "Bertuah anak umi. Umi jelaa yang pandai.Duduk dulu.Umi nak terangkan ni." "Aaaaaaa!"
"Umi camna nak jawab soalan sains ni?"tanyaku sambil menguhulurkan buku tulisku."Senang je ni. Kan ada je jawapan dalam buku teks tu," balas umi. "Tapi tak paham laa. Berbelit-belit," balasku ringkas. "Bagi umi buku teks tu. Meh sini umi terangkan," jawab umi lalu diterangnya satu persatu hingga aku faham. "Pandai laa umi ni!" Kucium pipinya. Buku teks disimpan dan aku terus berlari untuk menonton televisyen.
"Umi susah laa soalan kimia ni. Tak paham." "Meh umi tengok. Hmmm susah jugak ni. Dah lama dah umi tinggal ni. Umi pun dah tak ingat. Takpe-takpe. Jawapan mesti ada dalam buku pelangi tu. Cuba cek""Okay"
"Assalamualaikum acik. Acik apa khabar? "Waalaikumussalam umi. Acik sihat je. Just penat ni baru balik kelas. Dah laa tadi kena marah doktor sebab acik tertido masa dia mengajar. Hehehe..Eh..eh..kenapa umi call petang-petang ni?" "Tak habis-habis tido dalam kelas anak umi ni. Hmmm umi nak tanya ni. Semenjak dua menjak ni umi dok sakit kepala. Pastu malam-malam selalu berpeluh. Tidur pun terganggu. Berat badan pun macam dah senang naik. Umi takde darah tinggi rasanya. Ari tu dah cek. "Hmmm umi ada hot flushes x? Pastu cepat letih tak? " Aah ade-ade. Pastu naik tangga sikit dah cungap-cungap." "Period dah datang belum?" "Macam dah lambat 2 minggu dah. Pelik gak umi ni. Risau laa." "Ooo..takde pape tu umi. Umi nak menopause dah. Dun worry!Just jaga makan. Banyakkan minum susu." "Alahai pandainya anak umi ni.Tak yah jumpa doktor dah." "Mesti laa pandai. Anak umi kan. Umi kan pandai!"
p/s : Cerpen diatas special dedicated to my lovely mum. Thanks for everythings!!!Sayang umi sokmo-sokmo. Selamat hari ibu untuk umi! Selamat hari jadi untuk umi!
"Abah i think this holiday i need you to come and take me. The warden asked us to clear the hostel for the coming end year holidays. So, it will be a lot of things for me to bring back home. Its impossible for me to go back by bus this time. Plus all my friends also will going back with their family." "Ohh cannot. So sorry.I have seminar this weekend. You should be independent. Just go back by bus as usual or maybe u can asked for your friend's help. Tumpang Farah laa. Dia kan satu jalan." "Alaa datang amek anak sendiri pun tak bole ke?"
"I'm going now. Nak duit?" "Laa nak duit apa lagi. I don't have money. Isn't Mara give you monthly allowance?.Still not enough?You should learn how to save money. I don't want to give you extra money. No!" "Mara bagi RM30 jer pun. Abah ni tak sayang anak sendiri ke?"
"Abah tomorrow is my graduation day. Can you come for me?" "Hmm..abah quite busy nowadays.Maybe I cant attend. Plus it is just your graduation day.Not convo yet.The journey is yet so far." "Ala this graduation day is important for me. Ni pun tak bole berkorban ke?"
"Ya Allah aku mohon pada Mu
Berilah keampunan kepada anak-anakku. Berilah mereka kesihatan yang baik. Berilah mereka kemurahan rezeki. Berilah mereka kebahagiaan di dunia dan akhirat. Berilah mereka kejayaan di dunia dan akhirat.
Jagalah iman anak-anakku. Jadikanlah mereka anak-anak yang soleh. Masukkanlah mereka ke dalam golongan yang mulia.
Kerana merekalah hartaku.. Kerana merekalah kebahagiaanku..
AMIN."
Aku sebak. Niatku terjaga untuk ke tandas tergendala.Kulihat jam didinding.Pukul 4 pagi. Abahku sudah bangun untuk sembahyang sunat.Untuk mendoakan kebahagiaan aku. Tanpa tidakku sedari air mata membasahi pipiku.Maafkan aku abah.Aku bukan anak yang baik.
Kasih sayang seorang ibu pada kucupannya. kasih sayang seorang ayah pada doanya.