Wednesday, April 27, 2011

Tinta emas Abah.

Aku adalah seorang anak kepada Abah. Aku masih menuntut ilmu di menara gading demi segulung ijazah.

Abah adalah seorang ayah kepada Aku. Abah sudah lewat usianya.Rambut putih tampak lebih jelas berbanding rambut hitamnya.

Dengan Abah, Aku sekadar berSMS. Begitulah selalunya. Jarang sekali untuk bercakap telefon.

...................................................................................

Aku: Dah selamat sampai hostel ni abah.
Abah: Alhamdulillah. Kat sana tu jaga solat. Jaga aurat.

....................................................................................

Aku: Esok dah start kelas. Saje nk bagitahu abah. Malasnya!
Abah: Belajar rajin-rajin. Jaga solat tu. Jaga aurat.

....................................................................................

Aku: Esok start final exam. Takut ni. Tolong doakan ek abah.
Abah: Insyaallah abah doakan semoga berjaya. Jangan lupa bangun sembahyang hajat.

.....................................................................................

Aku: Yeay dah abis exam. Esok nak pegi holiday dengan kawan-kawan ni.
Abah: Alhamdulillah. Jaga diri,jaga solat,jaga aurat. Jangan berseronok sangat.

.....................................................................................

Aku: Abah! Alhamdulillah lulus exam final hari tu. Yessss!!!
Abah: Alhamdulillah. Pandai anak abah. Jaga diri kat sana tu. Jangan tinggal solat.

.....................................................................................

5 tahun berlalu. Aku kini sudah berjaya. Segulung ijazah berjaya dibawa pulang sebagai hadiah buat Abah. SMS abah lah kekuatan Aku untuk berjaya. Tinta-tinta emas dari lubuk hati Abah, Aku jadikan pegangan sepanjang hidup. Itu sebab Aku suka berSMS. Ia lebih konkrit. Ia kekal. Ia ada selamanya. Sebagai rujukan ketika Aku terlupa.



-Tammat-

p/s: SMS abah aku lebih kurang laa camtu selalunya. Tapi ada tambahan sikit.

"Tahniah. Kurangkan tido. Tingkatkan usaha anda demi kecemerlangan."

Dah macam motto sekolah dah.

3 comments:

  1. sdey la bca msg abah dia.
    kdang2 sedih gop bca msg drpada seorg abah.. abah saya bagi agak ekstrem " anak ni, kalau buat pahala, ibu bapa po dapat pahala, tp anak2 ni kalau buat dosa, ibu bapa pon kna tanggung skali.. semua bnda ni kna fikir molep sblum buat'
    sobsss... asa bnyak dosa benar.

    ReplyDelete
  2. sungguh bermakna nasihat abah hanani. mendalam. tp tu laa kebenarannya. dah jgn sobbss2 ye. ni sbg renungan bersama shj.

    ReplyDelete
  3. kurangkan tdo ye cik denin. tkot vid mu tdo dale kls sapa ko abah mu kang. hahahah

    ReplyDelete