Thursday, September 30, 2010

incredible hulk

Sept 23 pagi

Maka dengan ini kita akan isytiharkan pengumuman keputusan mahkamah esok. Oleh itu tolong inform pihak media tentang perihal ini dan juga kita akan bagi cuti untuk semua sekolah dan kolej serta any outdoor function kerana saya risau akan perihal rakyat jelata. Kemungkinan mogok dan pergaduhan besar-besaran mungkin berlaku akibat dari keputusan mahkamah ini.Untuk itu saya dengan ini memberi cuti kepada seluruh rakyat.Tolong publish kat akhbar juga facebook saya yer tuan setiausaha.

Keluar paper keluar facebook pasal isu mahkamah, mogok and cuti.

Budak-budak sekolah seronok bagai.Yang nak buat homework terus tak jadi tapi turun main basketball and kriket.Tak pun main game saja.Esok cuti laa mak! Tak yah buat homework.

Pelajar yang ada exam dibatalkan. Maka boleh bersenang lenang. Tak yah study lagi.Exam postpone nextweek.Maka ada laa yang tutup buku dan buat aktiviti sendiri seperti tido, tengok movie baca subjek lain juga pergi beli sari.Yang on the way pegi library pun sanggup suruh pakcik auto patah balik.Sebab esok cuti xde exam kan?.

Sept 23 petang

Hmm saya rasa pihak mahkamah tak perlu laa bagi keputusan hari ini. Sebab hari ini ada majlis kahwin menteri. Nanti kecoh pulak kat majlis nanti. Kita postpone laa keputusan mahkamah ni. Hmmm bila ek nak buat keputusan ni?.Takpe-takpe nanti kita pikir.Encik setiausaha sila bagitahu kat pihak media suh kanselkan cuti2 budak sekolah dan kedai2 sume kene bukak esok yer.

Keluar paper and tidak dilupakan facebook juga.Twiter pun masuk gak.Esok tak jadi cuti.

Bebudak sekolah yang tengah syok main kriket and basketball kene panggil naik suh siapkan homework.Sebab esok takde cuti. "Prakash, naik siapkan homework cikgu ramesh ni.Esok sekolah buka.Tak jadi cuti.Biasalakan negara kita camni." "Pulak dah.Kate cuti pastu tak jadi cuti.Oh negaraku."

Student yang ada exam esok lak kene bukak buku semula.Yang dok beli sari cepat2 balik nak study. Yang tengah tido terkejut bace berita trus bukak buku lupe nak mandi. Yang takjadi pegi library trus pegi library tapi time tu library dah tutup.Nasi dah menjadi bubur.

"Habeslah paper aku esok," riuh rendah suara-suara berkumandang di udara juga di facebook.

INCREDIBLE INDIA

Sunday, September 5, 2010

aku dan talipon tangan

Budak-budak zaman sekarang senang je nak pakai handphone aka talipon tangan kan.zaman mak-mak dulu takdenye macam sekarang ni.sekarang darjah satu dah pkai talipon tangan yang sentuh-sentuh skrin gituh.aduhh jeles betul mak dengar.

kalau aku dulu nak mintak phone je mesti abah bagitahu "Baru form 3 mane boleh pakai talipon tangan nanti bila besar tangan cepat kedut-kedut." Ambik tu siap bole tangan jadi kedut-kedut lagi.Syarat kitorang nak dapat phone mesti lepas spm tau.So kat asrama dulu terpakse laa gune khidmat telepon pondok kaler biru tuh.Homesick je cpt2 korek2 duit syiling nak kol rumah.duit syiling carik dengan hati yang tabah, bawah katil, bawah meja, seluk sume poket seluar even yg kat dalam baldi sekalipun.Sedih betul hidup zaman dulu-dulu ni.Dah penuh duit syiling kat tangan turun2 jer panjang plak beraturnye.Kadang2 siap senior pun nak tumpang guna telepon kat blok kitorang.Nak marah kan diorang senior.Pedih pedih.Lagi pedih tengok member bahagia je gune handphone nokia 3310 kol boypren.Padahal boypren kat blok laki tu je.baik bagi aku pnjam handphone tu untuk aku nangis-nangis kol mak sbb homesick.huhu.

Lama-lama sket dah moden dah.Dah tak pyh korek duit syiling dah.Dah tak payah beratur dah.hehehe.Rumet kesayangan ku dah ade phone.Phone nokia 3310 wa cakap lu.kaler putih siap.hahaha.Apa lagi kan.Kate rumet.Hanger ku hanger mu jua maka telefon mu telefon ku jua.Hehehe.So bile nk kol rumah je misscall je phone mak.Tunggu dlm 5 minit trus dpat kol dr umi.Senang cite.Thanks tu my beloved rumet mcsya aka nursyazwani.Jasamu dikenang tau sya!!

Pastu lps spm dah.Janji abahku dituntut.Dapat laa bli phone.Nokia.Phone disco aku panggil sbb ade lampu kat tepi-tepi.Cun wey phone tu.Ade lampu macam disco.Hahaha.Dan phone ni still berfungsi till now.Sangat syg phone ni.Cume keadaan fizikalnye sangat uzur.batin je still kuat lagi.khasiat tongkat ali nih.

Walaupun phone disco itu still kuat,oleh kerana nafsu jiwa muda aku pun bli phone baru.Tu pun mase second year kt india.So gune phone disco tu almost 3 years kot.Oleh sebab buruk bebenor aku bli phone baru.Kali ni nk try sony ericsson.Tapi riwayat phone ni tak panjang.Banyak dugaan.Dugaan pertama kene curik dek monyet.Tahulaa bapak monyet tu tak nak bli kan monyet tu phone.Ada ke phone aku diambiknye.Bukan ambik aje siap gigit2 lagi.Dah laa bikin malu saje.Mane ade orang kene curik phone ngn monyet.MOnyet oh monyet.Berkat usaha sama org2 india juga kwan2 sekelas, setelah habis beberapa plastik makanan ala twisties itu barulah die bagi phone tu kat kitorang.Dah dpt twisties tu bukan nk bagi elok2 pastu say thanks ke or at least senyum n mintak maaf ke.Ni tak, dilemparnye phone aku tuh.Jatuh berdebuk ke tanah. Berlari-lari anak aku pegi ambik.Lap2 sket air liur si monyet gedik tu.Pastu tengok ade kesan gigitan die.Sapu sterilizer sket.Pastu dah bole pakai macam biasa.

Tapi lagi skali phone itu diuji.Panas kusangkakan hingga ke petang rupanya hujan ditengahari.Tiba-tiba plak satu hari tu pi letak phone dalam pencil box.Pastu tibe2 plak syok makan mcd sampai lupakan pencik box tu.Macam kacang lupakan kulit.Dah dpt mcd pencil box dilupakan.Lps 3 jam br perasan hilang pencil box, pegi balik kat mcd dah hilang dah.Ni mesti kene tulah monyet tu.Tu yang hilang tu.

Sedih bukan kepalang.Nak bli phone baru cam malas.So pi godek laci almari pi ambik phone disco aku semula.Terpaksa guna yang lame.Sbb burok bebenor aku tukar laa housing ngn keypad die jadi kaler merah.Tapi oleh kerana housing tu hargenye hnye 10 hinggit saje maka dalam seminggu dah abes tanggal kaler2 die.Jadi buruk semula.Tapi layan jer la.Dihina dan dikutuk tapi beliau tetap setia dengan ku.Oh talipon disco ku.

Pastu lame2 rasa dah kaya sket.campur gak ngn gedik2 nak phone mahal.smart phone.phone bijak pandai.Tuptuptup..Pi laa bli phone baru.Phone ni memang pintar. Takde dah butang2 nak tekan tu. Hanya sentuh2 kat skrin je.Cecece.Tapi xde lampu kat tepi ahh.hehehe.Alhamdulillah.Murah rezeki.Nak tau phone ape??..Tuuuuu gambar die dehh...



Phone disco aku mase mula2 bli.Taun 2005 kalau tak silap.



Beberapa tahun kemudian...



antara mimpi dan realiti...

tutup lampu...
tarik selimut...
krooohh...kroooh...kroooh...
Non rapid eye movement sleep(NREM)...
Rapid eye movement sleep(REM)...

dan bermimpi...

lagi indah kalau mimpi itu indah dan manis..ala-ala2 sweet dream gitu..mimpi tgk wayang ngn gewe ke, takpun mimpi tgh detim kt bora-bora island ke, takpun mimpi orang bagi hadiah kete ferrari sebijik..hoho..seronok wehh mimpi gitew..seryes korang rase tak nak bangun...kalau bulan2 pose plak lagi indah mimpi makan pizza hut ke..makan nasi kerabu ke...murtabak ke...lagi laa korang rase tak nak bangun kan...aku ni lagi laa..sejak puasa2 ni...kalau terlelap dalam kelas tu mesti mimpi makan nasi bagai..hambek ko..dalam mimpi rase kenyang je...tp bile doc ckap thank u..aku tersedar...br rase lapar balik..hahaha..nikmat betul derrr!!!...

this happen last week kot..lps subuh tu tido laa jap..then mimpi..mimpi plak aduhaiiii indah dan manis betul...naik basikal, naik kereta, bertepuk bertampar, mesra-mesra gitew,pastu balik kampung jumpa mak mertua....

pastu tibe-tibe...

kring..kring..kring....

adeihhh..alarm clock pun bunyik..tangan raba-raba2 tutup alarm clock yg gegey itu..pstu tarik selimut nak sambung tido...tp bila tido balik dah mimpi lain...adeihhh...ingat bole sambung mimpi tadi...tak sempat pn nak ingat ngan sape laa tadi...hahaha...gedik jap...pstu bukak mate..nk lupe kan mimpi yg xbest tu...pastu try nk tido balik...demm..mimpi tu tak mau datang dah....

bukak mata..tengok jam kul 7.15 pagi dah ...hari ni posting clinical..malasnye...cubaan nak tido lagi sekali.kroohh..kroohhh...sekali terbayang-bayang pakcik2 auto yg jahat serta meter2 mereka yg mencekik darah..yg gerak laju mengalahkan kete ferrari..hoho..mimpi ngeri plak dah...terus bangun siap peluh2 ngn tachycardia lagi..hahaha...mandi cepat2..struggle weiii..taknak kene tinggal ngan bas...nnt kene naik auto...naik auto sekarang bagaikan mimpi ngeri bagi kami...huuuuuuuu..pakcik auto jahat!!..ombak lagi baik kot...

itu aje laa pasal mimpi yer...




auto yg kusangka kuning itu menawan rupanya kuning itu lah yg menjadi mimpi buruk ku kalau terbangun lambat...hoho...

Tuesday, August 24, 2010

status?

i read this on my facebook..wrote by one of my friend and i think he quote this from iluvislam....

"Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status ‘single' kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!"




then i create a new one..a complementary to the above phrase..

"Wanita yang pintar takkan risau dan gusar dengan status 'single' kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dahinya akan dikucup oleh seorang lelaki yang bergelar suami yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!"



P/S:Tapi kenapa pintar?

Sunday, August 22, 2010

Budak darjah satu

Semua syok berborak-borak.Ada yang borak pasal cite Dragon Ball, pasal cite Sailormoon, segala macam cite kartun yang ade kat tv tuh.Cite korea, cina jepun takde plak budak ni borak.Yerlaa ni kan masa darjah satu.Time tu reti tengok Dragon ball ngan sailormoon je. "Sebenarnya....dragon ball ada 7 semuanya" "Dengan kuasa bulan akan menghukummu".Dialog2 femes zaman tu. Kalau korang tak tau sah-sah kecik-kecik dah layan hindustan takpun kejenya bace buku ngan highlight buku jer.Sambung cerita.Tiba-tiba ketua kelas masuk."Cikgu Normah tak datang ari ni.Ada cikgu lain ganti.Tapi dia suh siapkan kerja yang cikgu Normah bagi kita semalam sebab dia nak semak.Sekian saya selaku ketua kelas.Selamat beramal." Semua orang yang bising tadi diam. Semua bawak keluar buku tulis kotak-kotak besar untuk buat latihan matematik yang cikgu Normah bagi semalam. Aku pulak tengok jer diorang dengan tekun menulis. "Kene buat ke? Cam tak perlu je.Malas.Malas.Lalala." Budak ni kecik-kecik lagi dah malas.Patut laa sekarang keje tido dalam kelas je.(Oppss)

"Ko tak nak buat ke?Buat jer laa.Nah tiru aku ni."
"Alaa malas la.Dia tak marah kot.Dia bukan cikgu kita.Dia cikgu ganti jer pun.Tak yah laa buat gak.
"Suka hati ko laa."

Tegar sungguh kemalasan aku. Tiba-tiba cikgu masuk.Cikgu Aznita. Macam tak garang. Tapi, tiba -tiba dia tanya pasal homework tu. Semua cakap dah siap. Aku sorang yang tak siap.Bukan tak siap. Tapi malas nak buat.

"Nape kamu tak buat?Kawan-kawan lain buat je"
"Hmm sebab..sebab.."

.........................................

Merah telinga aku.Sakit woo.Aku kene tarik telinga hari tu.Panas satu badan. Kesalahan kecik jer pun.Ishh.First time kene marah kat cikgu ni.Yerlaa sebab baru darjah satu.Kalau dah darjah 6 mesti dah kene segala macam denda.Baling kapur, cubit perut, lari keliling padang, jalan bawah meja,berdiri atas kerusi,jalan itik,jalan ayam ahh macam-macam denda ade kat Malaysia ni.Cikgu-cikgu kat Malaysia memang kreatif.Tahniah guru Malaysia.Hehehe.

Balik report kat mak.Report kat abah. Kata cikgu jahat.Tarik telinga tanpa usul periksa.Abah kan penolong kanan.Confirm la terus call cikgu tu.Yess!

Lepas 10minit, tiba-tiba perbualan tu jadi lain.Rupa-rupanya cikgu tu kawan abah.

"Memang patut laa kene tarik telinga kalau tak buat keje.Buat malu abah je.Konon kene denda tanpa usul periksa. Abah siap bagitahu cikgu tu lagi suruh bagi homework banyak-banyak lagi pastu siap bagi permission suh bagi denda yang lagi maha hebat." Abah tersenyum.Pastu siap kene tarik telinga untuk kali kedua.

Berasap aku.Salah taktik dah!

P/s: Siapakah aku?

Saturday, August 7, 2010

You jump, i jump

Good afternoon everyone.Have u had lunch?

Yes mam.

Okay good. Today's class is about 'Chronic Tonsillitis'.

Bla..bla..bla....

What is the clinical features for chronic tonsillitis?

I want to answer. There are fever, odinaphagia, myalgia etc...

Good. Okay lets continue with treatment for chronic tonsillitis.

Bla..bla..bla..

"Senyap dah Husna tiba-tiba ni.Tadi bising sangat menjawab," tiba-tiba Liyana bersuara.Matanya tetap tekun dengan lecture ENT itu.

"Memang laa senyap. Dah syahid dah pun.Siap tersengguk-sengguk.Cuba ko tengok ni haa," balas Syalin.

Tiba-tiba menyampuk pula Atiah dari belakang.

"Eh jom record Husna tido.Jom2.Shalin coverkan untuk aku ek!" Atiah memulakan niat jahatnya itu.

Lalu diambilnya camera phonenya yang tidaklah berapa canggih kalau ingin dicomparekan dengan iphone Husna itu.

Sambil tengah syok Atiah merecordkan aksi-aksi tersengguk ke kiri dan ke kanan Husna itu tiba-tiba disambut gelak tawa manja pabila saja Husna hampir terjatuh kerana tersengguk.

Tiba-tiba,

"You, wearing blue scarf.What are you doing with the phone?.If u dont want to listen to my lecture you can go out.Please be serious in my class!"

Semua pelajar terdiam. Suara bengis Dr Renol mengejutkan semua yang hampir terlena tadi. Husna turus terjaga.Masih mamai sambil menggosokkan matanya.

Atiah terkejut. Mukanya merah. Dia tidak tahu apa yang patut dilakukan.

"Hmm..hmm..i'm sorry sir. My intention is good.I just want to wake her up.She's sleeping in your class.That is so bad!" balas Atiah.

"Yes, i noticed you being sleeping since 20 minutes. You, wearing red scarf also get out of my class!"

Tanpa segan silu, Atiah menarik tangan Husna untuk keluar dari lecture hall itu.Kawan-kawan lain hanya mampu tersenyum.

Husna tanpa mengetahu hal sebenar hanya mengikut saja.

Kelas disambung semula.

"Adeihh, attendance tak dapat, tidur pun tak dapat," keluh Husna.

Sunday, August 1, 2010

kisah darjah enam

kali ini bukan cerpen biasa-biasa,
bukan juga cerpen cinta,
tapi sekadar berkongsi cerita,
kisah dahulu kala,
tika diri baru mula mengenal dunia,
pakai tudung senget segala,
baju pulak comot takyah nak kata.

ini kisah 10 tahun dahulu,
ketika masih dibangku sekolah itu,
tapi ini bukan kisah kaki bangku,
tapi ini kisah aku,
aku yang tidak matang ketika itu.

kami berkawan baik,
dari darjah 4 hingga darjah 6,
dia presiden sayalah penolongnya,
dia pengawas saya pun pengawas juga,
pergi sekolah berbasikal sama-sama,
basikal dia cantik tapi basikal saya buruk saja,
tapi kami tetap berkawan baik juga,
saya suka singgah rumahnya,
sebab dapat minum air sirap juga biskut marie,
oohh bahagianya,
tapi yang indah hanya seketika,
harapkan hujan sampai ke petang rupanya terus banjir ditengahari.


ketika darjah 6 sesuatu terjadi,
tak ingat exactly apa yg terjadi,
tapi,
sejak hari itu lagi,
kami tidak bercakap lagi,
walaupun dia deskmate saya,
duduk sebelah menyebelah saja,
tapi kami tidak bertegur sapa,
memang salah saya,
tapi tidak tahu kenapa,
semua kawan-kawan tertanya-tanya,
kenapa saya tidak bercakap dengan dia,
saya sendiri tiada jawapannya.

pada hari jadi saya,
dia bagi hadiah kat saya,
dengan tidak tahu malunya,
saya tetap terima hadiahnya,
kalau tak silap saya,
dia bagi saya tempat letak pensil yang kayu,
dan hadiah itu masih saya simpan dengan selamatnya,
dan sehinggalah tamat sekolah rendah kami masih begitu,
tidak bercakap tidak bertegur sapa.

sehinggalah bertahun-tahun lamanya,
lalu saya beranikan diri saya,
untuk menghubunngi dirinya semula,
masa itu time tunggu result spm rasanya,
dub dab dub dab jantung saya berbunyi,
sambil tangan menekan nombor telefonnya,
dub dab dub dab,
saya memohon maaf,
dia juga memohon maaf,
tapi tanpa mengetahui punca segalanya,
selesai sudah semuanya,
tapi itulah kali terakhir saya menghubunginya,
walaupun tiada dendam dan tiada benci,
kami masih tidak bercakap,
tidak menghubungi sesama sendiri,
kalau jumpa kat kampung nanti,
saya pun tak pasti saya boleh bertegur dengannya ataupun saya lari...
hahahaha...

kepada yang berkenaan,saya mintak maaf atas kesilapan yang tidak matang itu dari saya.....peace!!!