Wednesday, May 19, 2010

Umi saya pandai


Darjah 1

"Acik turn off the tv now and finish your homework!," jerit umi.
"Jap laa umi. Nak tengok popeye jap ni," balasku selamba. Mataku tetap fokus pada skrin tv. Aku tekun menonton rancangan kartun kegemaranku, The Popeye Show: Popeye the sailorman.

Paaapppp!!!
"Aduiiiiiiii.Uwaaaa...sakit laa umi," aku menangis. Menangis sungguh-sungguh. Belakangku terasa pedih.Pedih yang amat sangat. Aku terus menangis.
"Umi panggil suruh baca buku. Kalau tengok tv macam mana nak jadi pandai?Dah jangan nangis.Pegi duk kat meja tu.Mari umi ajar," balas umi.Belakangku yang dihinggapi rotan digosok-gosok umi. Pedih yang kurasa pada awal-awal tadi semakin hilang. Hebatnya kuasa umi. Tangannya juga yang memberiku pedih dan tangannya juga yang menyembuhnya. Aku berjalan ke meja belajarku. Diiringi umi disebelah.Buku matematik dibuka. "Cuba jawab soalan 5 ni. Semalam umi dah ajar kan?" arah umi. Nadanya semakin lembut tapi masih tegas. Sedang aku cuba menyiapkan soalan-soalan matematik bersama umi, tiba-tiba aku hilang fokus. Aku hilang tumpuan. Dari ruang tamu, aku dapat dengar bisikan-bisikan merdu suara Popeye. "Tak tahannya.Nak tengok!" bisik hatiku. Kupandang umi. Kupandang juga rotan disebelahnya. Terus terpadam niatku. "Arghh tensionnya!"getusku dalam hati.

.........................................................................................................................................................
Darjah 6

"Umi, kambing herbivor ke karnivor?"
"Kambing makan rumput.Herbivor laa."
"Umi, harimau belang herbivor ke karnivor?"
"Karnivor la. Dalam kelas tido ke ni?"
"Umi, batu dengan kapas mana lagi tumpat?"
"Batu"
"Umi batu dengan kayu plak mana lagi tumpat?"
"Batu"
"Yes dah siap pun kerja rumah. Nak tengok popeye!""Eh eh amboi-amboi. Semua soalan pun tanya umi. Patutlaa cepat siap. Paham ke tidak apa yang acik tulis ni?"
"Paham laa.Okay orang nak gi tengok popeye!"
"Eh jap. Umi nak tanya ni. Tumpat tu ape?"
"Err..ketupat kot. Alaa...orang tak tau. Sebab tu tanya jawapan dari umi je. Umi kan pandai."
"Bertuah anak umi. Umi jelaa yang pandai.Duduk dulu.Umi nak terangkan ni."
"Aaaaaaa!"

......................................................................................................................................................

Tingkatan 3

"Umi camna nak jawab soalan sains ni?"tanyaku sambil menguhulurkan buku tulisku."Senang je ni. Kan ada je jawapan dalam buku teks tu," balas umi. "Tapi tak paham laa. Berbelit-belit," balasku ringkas. "Bagi umi buku teks tu. Meh sini umi terangkan," jawab umi lalu diterangnya satu persatu hingga aku faham. "Pandai laa umi ni!" Kucium pipinya. Buku teks disimpan dan aku terus berlari untuk menonton televisyen.

.............................................................................................................................................................

Tingkatan 5

"Umi susah laa soalan kimia ni. Tak paham."
"Meh umi tengok. Hmmm susah jugak ni. Dah lama dah umi tinggal ni. Umi pun dah tak ingat. Takpe-takpe. Jawapan mesti ada dalam buku pelangi tu. Cuba cek""Okay"

..................................................................................................................................................................

Beberapa tahun kemudian.

"Assalamualaikum acik. Acik apa khabar?
"Waalaikumussalam umi. Acik sihat je. Just penat ni baru balik kelas. Dah laa tadi kena marah doktor sebab acik tertido masa dia mengajar. Hehehe..Eh..eh..kenapa umi call petang-petang ni?"
"Tak habis-habis tido dalam kelas anak umi ni. Hmmm umi nak tanya ni. Semenjak dua menjak ni umi dok sakit kepala. Pastu malam-malam selalu berpeluh. Tidur pun terganggu. Berat badan pun macam dah senang naik. Umi takde darah tinggi rasanya. Ari tu dah cek.
"Hmmm umi ada hot flushes x? Pastu cepat letih tak?
" Aah ade-ade. Pastu naik tangga sikit dah cungap-cungap."
"Period dah datang belum?"
"Macam dah lambat 2 minggu dah. Pelik gak umi ni. Risau laa."
"Ooo..takde pape tu umi. Umi nak menopause dah. Dun worry!Just jaga makan. Banyakkan minum susu."
"Alahai pandainya anak umi ni.Tak yah jumpa doktor dah."
"Mesti laa pandai. Anak umi kan. Umi kan pandai!"




p/s : Cerpen diatas special dedicated to my lovely mum. Thanks for everythings!!!Sayang umi sokmo-sokmo. Selamat hari ibu untuk umi! Selamat hari jadi untuk umi!






Monday, May 10, 2010

Cerpen: Ketika cinta berdegup 2


Linda: Intan, Hilmi hantar email. Dia kata dia nak balik minggu depan. Dia nak jumpa aku dulu sebelum balik Johor. Yeay!!
Intan: Wow dia nak balik dah. Dah setahun dah tak jumpa dia. Tapi apsal ko hepi semacam je?
Linda: Ye laa. Dah lama tak jumpa. Pastu nanti nak claim hadiah dari dia la. Nanti ko teman aku jumpa dia kat KLIA ek nanti.
Intan: Okay!

....................................................................................................................

Mata Linda khusyuk menonton filem Valentine's day di laptopnya. Aktiviti wajib pada hujung minggu. Apatah lagi kalau hujung-hujung bulan. Nak keluar shopping tapi duit sudah kering. Hampir satu jam lebih Linda menonton. Matanya bagaikan dipaksa mendengar ceramah, hampir-hampir tertutup. Tapi ingin dihabiskan juga filem ini.

"How do you know she's the right one?"
"Because she is my best friend!"

Linda terkesima. Mata Linda menjadi bulat. Kata-kata itu seperti menusuk jiwanya. Terus semangat Linda menonton filem itu sehinggalah ke penghujungnya. Sang hero yang putus cinta dengan kekasihnya di hari Valentine akhirnya menyedari bahawa yang terbaik baginya adalah kawan baiknya sendiri, sang heroin yang juga putus cinta pada hari yang sama.

Dialog dalam filem itu bermain-main di fikirannya. Pada masa yang sama wajah Hilmi turut terselit bersama kata-kata itu. "Mesti ke kawan baik jadi kekasih ?" tanya Linda sendirian.

....................................................................................................................................

Hari ini hari kepulangan Hilmi. Sudah setahun lamanya mereka tidak berjumpa. Linda sambil ditemani Intan tiba di KLIA.

Intan: Linda, kalau Hilmi dah kurus pastu hensem lagi, ko nak tak kat dia?
Linda: Ko ni tak habis-habis laa. Aku nak jadi kawan baik dia je. Kawan baik dunia akhirat!.Hehehee
Intan: Eleh kalau ko tak nak aku amik ek. Jangan nyesal plak.
Linda: Tu pun kalau dia nak kat ko. Hahaha...
Intan: Cesss.....

Pengumuman ketibaan penumpang tiba-tiba memenuhi ruang lapangan terbang.Ya, ketibaan flight dari United Kingdom. Selang beberapa minit, kelihatan sekumpulan manusia satu persatu mula keluar dari balai ketibaan. Mata Linda begitu liar mencari sahabat baiknya yang sudah lama tidak berjumpa. Jauh di sudut hatinya terselit perasaan rindu yang amat sangat. Tapi pada masa yang sama, Linda berdebar. Jantung Linda berdegup kencang.Sangat kencang. Linda terasa panas menyelubungi seluruh tubuhnya.

Tiba-tiba, "Linda, tu Hilmi kot.Kat belakang sekali tu," jerit Intan pada Linda. Mata Linda terus mencari-cari sehinggalah matanya hinggap pada satu susuk tubuh yang cukup dikenalinya. Degupan jantungnya semakin kuat. Tidak pernah dia merasakan seperti ini sebelum ini. Semakin dekat Hilmi ke arahnya, semakin kuat pula degupan jantungnya. "Adakah aku sudah jatuh cinta padanya?," Linda cuba bertanya pada hatinya. Dia buntu. Degupan jantungnya seakan-akan memberinya jawapan. Jawapan pada persoalan Hilmi selama ini. Jawapan untuk dirinya juga. Pada waktu yang sama dialog dalam filem Valentine's Day terus menghinggap fikirannya.

"Tak kurus pun Hilmi. Sama je. Hahaha," pantas ayat itu keluar dari mulut Intan setelah Hilmi semakin hampir. " Mana ada. Dah kurus sikit laa," jawab Linda sambil tersenyum. Matanya tidak lepas memandang Hilmi. "Hahaha...sikit jer pun," balas Intan. Kami terus bergelak ketawa.

Hilmi: Hi korang!!. Ape senyum-senyum ni?
Linda: Er takde pape laa. Jom pegi minum-minum. Awak mesti penat kan.
Intan: (Sambil tersenyum) Takde pape. Jom!
Hilmi: Linda kenapa awak gelak-gelak tadi? Ke sebab saya dah kurus dan hensem?
Intan: Tak kurus pun Hilmi. Tipu. Camnelaa nak ngorat Linda camni.
Hilmi: Dah kurus dah sikit ni. Kan Linda kan?
Linda: Hmmm, bole laa.

.....................................................................................................................................................

Intan: Weh ko kenapa tadi? Tak cakap banyak pun.Pelik. Tak macam selalu. Senyap je.
Linda: Hmm entahlah Intan. Aku pun pelik. Masa nak tunggu dia tadi, aku jadi berdebar. Tak keruan. Dup dap dup dap jer aku tadi. Nak borak macam biasa pun dah tak boleh. Dia perasan tak ek?
Intan: Entahla. Aku macam perasan gak laa ko macam berdebar je borak dengan dia. Kenapa ni?
Linda: Hmm...aku rasa aku dah jatuh cinta kat Hilmi laa. Malu!!!
Intan: What????????????Hahaha, terkejut laa jugak. But I'm happy for you. He's a good guy.Penantian dia akhirnya terjawab.Dah bagitahu dia belum?.
Linda: Belum laa. Malu lagi ni.Tiba-tiba jer hati aku terbuka untuk Hilmi.
Intan: Hahaha..itulah cinta namanya. Datang tanpa diundang. Hadir tanpa perlu dicari. Tapi pelik gak tiba-tiba ko jatuh cinta kat dia. Bukan dia dah kurus pun. Hahaha.
Linda:Hahahaa, ngek betul laa ko.
Intan: Kalau camni memang semangat la dia nak joging hari-hari. Demi kau Linda! Hahaha...
Linda: Aku terima dia seadanya.
Intan: Hahaha..aku main-main je.

....................................................................................................................................

Sebulan kemudian.

"Nanti saya balik lagi tahun depan saya janji saya jadi lagi kurus dan hensem. Jaga diri baik-baik tau. Jangan rindu-rindu!Terima kasih cinta!" bisik Hilmi pada Linda sebelum dia berlepas ke United Kingdom.

Linda tersenyum. Senyuman penuh makna.



....................tamat......................................................................................




Sunday, May 9, 2010

saya suka rumah saya...

Happy birthday to my beloved abah- 3rd May 2010
Happy annyversary to the very cool umi and the very 'vekeng' abah- 1st May 2010
Happy birthday to my lovely umi- 4th June 2010 (coming soon)

Saturday, May 8, 2010

Cerpen: Ketika cinta berdegup

"Linda nak beli buku ape ni?Cepatlaa dah lapar ni," keluh Intan pada Linda. Tanpa menghiraukan Intan, Linda terus sibuk membelek-belek buku-buku yang rapi tersusun di rak. Sepertinya Linda buntu untuk memilih buku untuk dibeli. "Kau nak beli buku ape ni?.Untuk sapa?" tanya Intan. "Hilmi yang pesan ni. Dia nak buku untuk pengajian dia tu la. Tapi penat dah aku cari. Macam takde je." Jawab Linda sambil matanya terus sibuk mencari buku yang di pesan Hilmi. "Cari buku untuk boyfriend. Patutla semangat," balas Intan ringkas tapi penuh sindiran.

Hilmi dan Linda sudah lama berkawan. Mereka kenal sejak dari sekolah rendah lagi. Teman dari zaman hingusan sehinggalah sekarang.Masing-masing sudah dewasa.

Hilmi yang dulunya agak gempal sering menjadi ejekan Linda. "Hilmi gemuk. Hilmi gemuk." "Awak ni gemuk la Hilmi. Nanti takde orang pun nak kawin dengan awak. Hahahaha." Itulah antara ejekan-ejekan Linda pada Hilmi.

Tidak kurang juga Linda pada zaman sekolah. "Eleh saya gemuk pun tapi saya kemas. Takde laa pakai tudung macam penyu." "Linda hingus awak tu tolong laa lap. Eeeii." Hilmi tidak kurang juga sering mengejek Linda.

Tapi itu cerita lama. Itu cerita ketika zaman sekolah. Sekarang masing-masing sudah dewasa. Intan sedang menuntut di Universiti Malaya dalam bidang farmasi. Manakala Hilmi berada jauh di bumi salji di United Kingdom mengambil jurusan perubatan.

"Ko dah bagi jawapan belum kat Hilmi tu? Kesian dia dah setahun duk tunggu jawapan dari ko," tanya Intan memulakan perbualan sambil mulutnya sibuk mengunyah french fries McD setelah penat menunggu Linda membeli buku untuk Hilmi.
"Belum. Aku buntu la. Tiba-tiba je cakap pasal cinta. Geli laa jugak. Dah lama kawan tiba-tiba nak bercinta. Pelik tau tak! " Linda membalas dengan nada tinggi. "Memang laa pelik tapi lama-lama okay la tu," ringkas jawapan Intan. "Entahla dulu masa awal-awal dia bagitahu aku pasal cinta-cinta ni, sebulan kot aku tak bercakap dengan dia.Dia call je aku reject. Sebab aku rasa lain sangat. Rasa tak selesa macam dulu," cerita Linda panjang.
"Aku tahu tu. Tapi sekarang korang dah okay kan. Tu yang sanggup cari buku-buku tebal kat Pustaka Kamal tu pastu siap pos lagi untuk dia. Dah ada rasa sayang ke?" gurau Intan sambil mencuit tangan Linda.
"Takde sayang-sayang. Dah dia mintak tolong. Lagipun kat sana kan buku mahal. Kesian la dia. Nanti dia balik dia kene belanje aku.Bukan free tau!" balas Linda.
"Aku dengar sekarang dia dah kurus laa. Dah hensem kot Linda. Ko tak nak gak ke?" usik Intan.
"Hahaha...Hilmi nak kurus macam tak je. Entah laa Intan. Ak tak nak dia bukan sebab die gemuk.Tapi perasaan tu takde.Geli tau!!"
"Rindu pun takde?"
"Rindu tu adelaa.Sikit-sikit.Hehehe"
"Hahaha.Mungkin sebab ko dah lama tak jumpa dia kot. Nanti bila die balik tup tup ko jatuh cinta kat dia. Hahahaha"
"Hahaha. Mengarut jer. Dah laa. Jom balik. Aku nak pegi pejabat pos pulak nanti nak pos buku ni. Jom."
"Nak pos buku untuk buah hati."

Lalu mereka terus ketawa sambil melangkah keluar.

..........to be continued..........




Saturday, May 1, 2010

bila kerja tiada disisi~




bangun di awal pagi,
basuh muka gosok gigi,
pergi ke dapur berlari-lari,
rupanya breakfast sudah menanti,
bihun goreng,nasi putih dan spageti,
murah sungguh rezeki,
kalau hari2 begini,
memang indah hidup ini,
makan-makan sambil tersenyum tunjuk gigi,
nabi ajar sebelum kenyang kene berhenti.

perut kenyang,
hati senang,
otak pun lapang.

nak buat apa ni?
bukak laptop bukak fb,
tengok komen, tengok status sana sini,
balas komen dan bermacam-macam lagi,
cukup satu jam mengadap mende ni,
tup tup tak tau nak buat apa lagi,
ish susah jugak bila takde keje ni.

bukak blogspot laa,
buat post baru laa,
tapi takde idea laa,
termenung-menung cari idea,
tup-tup takde idea juga.

maka terhasillah nukilan ini,
nukilan bernas dari ku ini,
terhasil sebab dah tak tau nk buat ape lagi,
tapi,
exam commed semakin menghampiri,
tapi,
macam lambat je lagi,
kan study awal2 lupe jugak nanti.

ahh bosannya hari ini,
hari sabtu yang bahagia ini,
harus betul-betul dihargai,
harus betul-betul dinikmati,
bukan senang sabtu cuti,
jadi kita enjoy mati-mati!!!!!




gambar hiasan..ngeh3....









Friday, April 30, 2010

of daddy and me

"Abah i think this holiday i need you to come and take me. The warden asked us to clear the hostel for the coming end year holidays. So, it will be a lot of things for me to bring back home. Its impossible for me to go back by bus this time. Plus all my friends also will going back with their family."
"Ohh cannot. So sorry.I have seminar this weekend. You should be independent. Just go back by bus as usual or maybe u can asked for your friend's help. Tumpang Farah laa. Dia kan satu jalan."
"Alaa datang amek anak sendiri pun tak bole ke?"

"I'm going now. Nak duit?"
"Laa nak duit apa lagi. I don't have money. Isn't Mara give you monthly allowance?.Still not enough?You should learn how to save money. I don't want to give you extra money. No!"
"Mara bagi RM30 jer pun. Abah ni tak sayang anak sendiri ke?"

"Abah tomorrow is my graduation day. Can you come for me?"
"Hmm..abah quite busy nowadays.Maybe I cant attend. Plus it is just your graduation day.Not convo yet.The journey is yet so far."
"Ala this graduation day is important for me. Ni pun tak bole berkorban ke?"







"Ya Allah aku mohon pada Mu

Berilah keampunan kepada anak-anakku.
Berilah mereka kesihatan yang baik.
Berilah mereka kemurahan rezeki.
Berilah mereka kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Berilah mereka kejayaan di dunia dan akhirat.

Jagalah iman anak-anakku.
Jadikanlah mereka anak-anak yang soleh.
Masukkanlah mereka ke dalam golongan yang mulia.

Kerana merekalah hartaku..
Kerana merekalah kebahagiaanku..

AMIN."



Aku sebak. Niatku terjaga untuk ke tandas tergendala.Kulihat jam didinding.Pukul 4 pagi. Abahku sudah bangun untuk sembahyang sunat.Untuk mendoakan kebahagiaan aku. Tanpa tidakku sedari air mata membasahi pipiku.Maafkan aku abah.Aku bukan anak yang baik.


Kasih sayang seorang ibu pada kucupannya.
kasih sayang seorang ayah pada doanya.








Monday, April 26, 2010

cita-cita


subjek: Bahasa Melayu

cikgu: hari ini kita bincang pasal cita-cita. saya bagi masa 5 minit untuk kamu semua fikirkan apa yang kamu nak jadi bila dah besar nanti.
ahmad: saya nak jadi polis cikgu. Saya nak jadi macam inspektor misai dalam gerak khas.
ah ming: saya nak jadi jurutera.
nor: saya nak jadi doktor. baru nampak pandai.

subjek: Matematik

cikgu: sebelum kita mula belajar.saya nak berkenalan dengan kamu semua.sila bangun dan beritahu nama dan cita-cita.
ahmad: nama saya ahmad albab. saya nak jadi polis cikgu.
ahming:nama saya ah ming chong.cita-cita saya nak jadi jurutera cikgu.
nor: nama saya nur kasih. saya nak jadi ustazah.

subjek: Bahasa Inggeris

cikgu: please stand up and tell me your ambition.
ahmad: my ambition is to be a policeman sir.
ahming: i think i want to be an engineer sir.
nor: i always want to be an engineer like my father sir.

recess time

ahmad: nor, ko ni nak jadi ape sebenarnya?.kejap nak jadi doktor.kejap nak jadi jurutera.
ahming: ya laa..cita-cita mana boleh manyak.satu cukupla.
nor: kita baru darjah 1.mana laa aku tahu lagi nak jadi apa.skema betul.eh,awak semua tahu tak ape lagi cita-cita yang ada kat dunia ni.nanti subjek agama nanti senang aku nak jawab cita-cita lain.