Saturday, December 18, 2010

horn please...

ayahku belikan ku kereta.
kereta kecil warna biru.
??????????????????????

aaahhhh penat cuba nak ingat sambungan lagu ni.korang penah dengar tak lagu zaman kanak-kanak ni?mesti penahkan kecuali kalau korang kaki ponteng dari zaman tadika lagi.malu seyh kecik-kecik dah ponteng.entah-entah kelas driving pun selalu ponteng.ish3 malu!!!

sapa umo dah 23 ke atas tapi masih takde lesen? meh nak ketuk kepala sikit.dah tua tapi takde lesen?.memang noob! dan dengan ini aku nak isytiharkan yang gua pun takde lesen gak.hahaha.yerlaaa zaman lepas spm orang lain sibuk amek kelas driving aku plak melencong. kononnya nak jadi perempuan melayu terakhir. amik kelas menjahitla kelas memasakla kelas mengasuhla dan segala macam kelas yang ada tapi bukan kelas driving. maka kerana itu tiap kali balik cuti, kereta berbelas-belas je kat depan rumah tu tapi hanya mampu menjeling-jeling je.dengan niat kononnye dengan jelingan gua yang tajam ni mampu menaikkan syahwat kereta kancil lalu terhidup laa enjin dia. ya allah niat pun dah tak baik patutlaa penat gua angkat2 kening tapi kancil buat dek je. pastu mulalaa buat2 rindu kat member2 lama kate kononnya lama dah tak jumpe jom lepaking. padahal diri sendiri dah termuntah duk kat umah main jeling2 ngan kete tapi takleh keluar rumah. dah nasib mak takde lesen kene tumpang jasa orang!

maka untuk menaikkan kembali maruah diri yang semakin tercalar, gua decide nak amek driving class kat india ni. ramai member cakap murah.so layan je laa. memang murah beb.

"So, sir how much is the price for the class?"
"Hmm it is not fixed ma'am. The price is according to the car you chose. The bigger the car the mahal it will be."
"Ohh, itu macam ka?
"Yes ma'am!"

Hahaha..pelik kan kat sini. lain kereta lain harga.kalau kat malaysia kalau tak silap sume naik kancil je. kat sini bole pilih between suzuki 800 (yg ni paling kecik, buruk and paling murah),hyundai santro,suzuki wagon R, suzuki swift tak pun kete pajero. harga range from rm2000 to rm 3000. murahkan beb?mehlaa datang india naik air asia je pun!!


kalau kete ni bape ek kene bayar?

Kalau kat malaysia sebelum bole pegang kete tu kene masuk ceramah dulu dalam berjam-jam pastu ada test lagi, pastu belaja simulator lagi kan? betul ke idak? gua tak tahu gua main agak je pun. kat sini macho dowh. terus sign up pastu bayar. tup tup dah bole pegang stereng. bawak atas jalan raya yang maha padat ni.dasyat! total kelas sume dalam 10 jam. half an hour per day. lepas abes kelas 20 hari tu dah abes kene marah, kene maki,langgar orang ni, langgar ranting tu, maka bole laa gi pejabat jpj amek test untuk dapatkan lesen.kalau rasa duit banyak and malas bergelumang dengan abang2 local maka bole gak mintak lesen bawah meja. bayar dalam rm70 dapat laa lesen free!!

gua dah selamat abes 20 kelas. setelah berbincang dengan partner gua minah jongang ni dia kate dia tak main laa amek lesen bawah meja ni. dia ajak gua jadi 'gedebe' gi amek test kat jpj gak. nak jimat dia kata. nak kawen kot.jongang2 pun hot kot!!. so dengan kitorang decide untuk amek test pada 1st jan nnt kot. gua dah laa tak confident ni tapi layan je laaa. doakan yek!!!

Janganlah fail, janganlah fail!!!

"Don't be rubbish. Rubbish is rash." Ni ayat makian instructor gua.Memang ingat sampai mati laa. Hahaha. Ada hati nak speaking. Cakap kannada sudeyh!!!

Wednesday, December 8, 2010

Kisah air mata

Sempena sambutan maal hijrah 1432..



Walaupun dingin subuh seakan-akan ingin menggigit hingga ke tulang rusukku, namun kugagahi kakiku untuk melangkah ke surau. Surau An Nur destinasi wajibku di setiap pagi. Aku gemar ke sana. Aku tenang di sana. Sebelum azan subuh mula berkumandang, telingaku seakan-akan dibisik oleh suara halus yang menyeru aku untuk bangkit meninggalkan selimut tebal dan bangkit untuk mandi dan bergerak ke surau. Sampai di sana, kulihat hanya beberapa kerat sahaja pelajar yang ada. Biasanya tidak lebih dari 10 orang. Tanpa berlengah, sejadah dihampar di suatu sudut, kaki didekatkan, lalu tangan diangkat ke telinga dan dengan penuh kehambaan aku menyeru, “Allahuakbar.” Selesai dua rakaat solat tahajjud diikuti dua rakaat solat taubat. Tangannku menyapu raut wajahku dari dahi hingga ke dagu. Hatiku berasa tenang dan nyaman. Kurasakan wajahku segar dan bercahaya. “Alhamdullilah,” bisikku.

Dengan penuh kehambaan aku mengangkat tangan memohon doa dan keampunan dari Yang Maha Esa.

“Alhamdulillahirabbilalamin. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Ya Allah ya tuhanku aku hambamu yang banyak berdosa ya Allah. Dosa-dosaku bagaikan buih-buih di lautan. Dosa-dosaku ibarat debu yang bergelimpangan di padang pasir. Ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Aku bersujud padaMu. Aku memohon keampunan dariMu atas segala dosa-dosa yang telah aku lakukan. Yang nyata mahupun tersembunyi. Yang aku sedar mahupun aku tidak sedar. Aku sedar aku tidak layak ke syurgaMu Ya Allah. Namun tidak pula aku sanggup ke nerakaMu. Ampunkah hambaMu yang hina ini, terimalah taubat ku ini. Amin Ya Rabbalalamin.

Tanpa aku sedari, air mata bercucuran jatuh ke pipiku. Usai berdoa, kurasakan hatiku sangat bersih. Sangat tenang.

Tapi itu kisah lama. Kisah zaman sekolah. Kisah zaman hingusan. Di sana aku ada kawan Maahad. Di sana aku ada naqib. Di sana aku ada ustaz. Di sana aku ada ibu bapa! Kini aku di universiti. Di universiti yang jauh dari tempat asalku. Dengan rezeki Allah aku di tawarkan belajar di luar negara. Negara idaman aku. Kini aku di United Kingdom. University of Manchester.Alhamdulillah cita-cita dan doaku dimakbulkan Tuhan Yang Esa.

Aku manusia biasa. Aku bukan malaikat. Manusia itu lalai kan?Kini sudah 4 tahun aku di sini. Pengajianku biasa saja walaupun tidak cemerlang. Aku bahagia di sini. Aku ada ramai teman. Aku ada ramai sahabat. Tapi adakah aku tenang di sini?Hari-hariku bukan lagi di isi dengan bacaan Al-quran. Solatku kini bukan lagi diimamkan. Hatiku tidak lagi dijamu dengan tazkirah dan ceramah.Aku lalai di sini.

Tapi aku bukan manusia jahat. Tidak pernah kuteguk minuman syaitan
sepanjang di sini. Tidak pernah kujejak kakiku ke tempat maksiat. Tidak pernah kumenyentuh yang bukan muhrim untukku. Aku hanya manusia biasa. Aku sembahyang. Aku puasa. Aku manusia biasa!

Pada suatu subuh,seperti biasa aku bangkit untuk solat subuh. Kali ini kurasakan angin luar tidak terlalu sejuk tapi tidaklah panas. Suasana sangat tenang dan segar. Lain dari kebiasaan subuh yang aku lalui. Setelah selesai solat subuh, aku mengangkat tangan untuk berdoa. Aku berdoa mohon keampunan. Doa yang sama aku ulang semenjak di asrama dulu lagi. Tapi kali ini aku tidak merasai kemanisan doa itu. Tidak ku rasa penghayatan doa itu. Dan paling ku takut, aku tidak menangis. Penat ku cuba untuk mengalirkan air mata di hadapan Yang Maha Besar tapi aku gagal. Aku gagal. Aku gagal menangis!

Ini bukan kali pertama. Semenjak beberapa bulan ini doaku tidak lagi di selangi air mata. Hatiku tidak dapat merasai kenikmatan doa. Aku jadi takut. Pelbagai perkara bermain di fikiranku. “Ya Allah gelapnya hati hambaMu ini,”. Terus ku teringat kata-kata ustazku ketika di sekolah dulu. “Hati manusia ibarat besi. Setiap dosa yang dilakukan akan melekatlah karat padanya. Tapi karat itu boleh di cuci dengan solat dan doa. Namun lama kelamaan jika karat itu tidak dibersihkan, akan semakin besarlah ia, dan semakin sukarlah untuk dibersihkan . Maka semakin hitam dan gelaplah hati kita. Ketika ini setiap dosa yang dilakukan tiada lagi dirasakan dosa bagi dirinya.”

Aku tersedar. Aku tersentap. Kenapa aku mahu jadi orang biasa? Kenapa tidak ingin menjadi yang lebih baik? Tidak berbuat dosa tidak bermakna aku sempurna. Tidak minum arak tidak bermakna aku sempurna. Sembahyang 5 waktu tidak bermakna aku sempurna.Bagaimana dengan dosa-dosa kecil? Aku lalai. Aku lalai! Terima kasih Allah kerana menyedarkan aku. Terima kasih kerana hidayah-Mu.
Aku terus bersujud dan memohon doa.

Ya Allah…
Bimbinglaa aku ke arah agama-Mu..
Dekatkah hatiku pada-Mu..
Berilah aku cahaya hidayah dan cahaya makrifat-Mu..
Berilah aku kasih saying-Mu…
Dan jangan sekali-kali Kau lalaikan aku…
Sesungguhnya aku hamba-Mu yang lemah..
Amiinn….

Tammat.


Mari bergerak ke arah yang lebih baik.
Semoga kita sentiasa mendapat hidayah dariNya.
Salam maal hijrah 1432.

Perkongsian: 3 amalan menjaga hati dari lalai dan berkarat:-
-membaca alquran
-mengingati mati
-membasahi lidah dengan zikrullah.

Sunday, November 28, 2010

nenek kebayan menyanyi




Malam sunyi sepi. Jam di dinding menunjukkan dengan jitunya pukul 1 pagi.Maka tidak hairanlah semua blok asrama sudah gelap gelita. Semua yang pernah menginap di asrama tidak kira SBP mahupun MRSM dan kat Matrikulasi pun tahu akan peraturan wajib dan tidak lapuk di telan zaman iaitu wajib light-off! Yang kedengaran hanyalah sayup-sayup bunyi cengkerik serta bunyi-bunyi daun dan dahan yang berlanggar ditiup angin malam. Kalau pada awal tadi agak riuh bunyi suara-suara pelajar yang masih betah bergosip walaupun dalam gelap gelita. Walaupun mata tidak lagi melihat, tapi mulut-mulut tetap aktif terkumat kamit mengumpat dan bergosip. Tapi sekarang suasana sangat sunyi. Sunyi. Sunyi sangat.

Tiba-tiba suasana sunyi tadi seakan-akan hilang. "Tolong!! Tolong!". Suara Nita memecah keheningan malam. Leya yang tidur dikatil bersebalah terkejut dan terjaga. Ditariknya selimut untuk menutup matanya sedikit seakan-akan sedang menonton cerita Niyang Rapik. Dan disebalik selimut itu cuba diintai keadaan Nita. "Lor, mengigau rupanya minah ni. Tiap kali malam jumaat mesti mengigau.Panas betul." Leya membebel sambil ditariknya selimut dan matanya dilelapkan semula.

"Tidur ya kamu semua. Tak tegur nenek pun." Tiba-tiba suara garau makcik tua kedengaran. "Bangunlah.Main dengan nenek ye." Suara sayup-sayup terus kedengaran. Leya yang sangat peka terus terjaga. Kali ini terus bangun tanpa cuba menutup pandangan ala-ala sedang menonton filem seram. "Eh mak kau!!" Leya berpeluh-peluh. Jantungnya berdegup kuat. Dalam sayup-sayup malam dilihat satu jasad putih. Tanpa cuba melihat dengan lebih jelas, terus ditutup matanya dengan bantal. Matanya dipaksa untuk lelap.

"Nenek dah tahu. Seorang sudah bangkit. Mari main dengan nenek." Nenek itu menyanyi dengan riang. Nita pula terjaga. Matanya terbeliak apabila melihat seorang nenek tua sedang berdiri di depan pintu mereka. Terus cepat cepat ditutup rapat matanya berpura-pura tidur.Jantungnya berdegup seakan-akan ventricular fibrillation. "Nenek sudah tahu. Dua sudah bangun. Tapi pura-pura tidur." Nenek terus menyanyi dengan riangnya. Nita dan Leya berpeluh-peluh disebalik selimut mereka. Meremang bulu roma mendengar nyanyian nenek tersebut.

Tiba-tiba Zahidah pula yang terjaga. Zahidah bangkit. Matanya dibuka perlahan-lahan. "Astaghfirullahalazim!"bisik Zahidah perlahan. "Nenek sudah tahu. Tiga sudah bangkit.Mari main dengan nenek." Nenek yang tidak tahu malu itu terus menyanyi dengan riangnya.

"Auzubillahiminassyaitonirrojim. Bismillahirrahmanirahim. Allah Hulaaa Ilaa Hailaa Huwal Hayyul Qayyuumm. Ayat qursi dibaca dengan penuh merdu oleh Zahidah. Terketar-ketar suaranya.

"Alaaaa, salah masuk bilik naqibah. Aaaaahhh pedih telinga.Nenek nak ajak main je pun.Aaaaahhhh panasnya badan."Jerit nenek itu. Tidak sampai 3 saat terus hilang jasad putih didepan pintu bilik K20 asrama Kenanga.

Wednesday, November 24, 2010

Kau doktor jiwaku 2




Dua bulan kemudian.

Kehidupan mereka berdua berjalan seperti biasa. Amin sibuk dengan kerjanya manakala Azura sibuk dengan urusan pelajarannya. Maklumlah sudah pelajar tahun akhir. Azura begitu sibuk di hospital. Setiap pesakit cuba didekati dan diselami sebaik mungkin.

"Sebagai seorang pelajar perubatan, ilmu kamu bukan dari kami dan bukan juga dari buku-buku teks. Tapi sumber terbaik adalah para pesakit. Belajarlah dari mereka dan hormatilah mereka."

Kata-kata Doktor Harlina begitu segar dalam ingatannya dan menjadi pegangannya kini. Setiap pesakit yang diberikan padanya oleh doktor akan cuba dipelajari sebaik mungkin. Patient history diambil dengan tekun dan teliti. Fail pesakit juga dijadikan sumber Azura.

.....................................................................................

"Saya akan ke Brunei selama seminggu atas urusan kerja. Jaga diri." Tiba-tiba SMS diterima dari Amin. Walaupun hubungan istimewa mereka sudah terputus namun Amin masih tetap menghubungi Azura.
"Ya Allah perlukah lagi dia menghubungi aku?.Aku tidak mahu menyimpan harapan lagi.Kuatkan hati aku!" Bisik hati kecil Azura. Azura seakan-akan ingin cuba melupakan Amin. Dia tidak sanggup kecewa lagi. Hatinya pedih. Setiap kali SMS Amin diterima, perasaannya terus menjadi sebak.Cinta hatinya tidak kesampaian tanpa diketahui sebabnya. Amin tidak pernah memberitahu hal yang sebenar. Setiap kali ditanya dulu jawapan Amin ringkas, "Tidak mendapat restu ibu." "Apalah salah aku? Apa kurangnya aku?"keluh Azura setiap kali mengenangkan perkara ini. Tapi dia hanya mampu berserah pada yang lebih berkuasa.

Bukan tiada yang cuba menghampirinya.Cuma hatinya yang menghalang. Hatinya seakan-akan tertutup rapat. Ibunya pernah menelefon bertanyakan status dirinya. Katanya anak kawan baiknya, Imran ada bertanyakan perihalnya. Ingin merisik dan masuk meminang.

"Kalau Azu masih tiada siapa-siapa bolehlah mak bagitahu Mak cik Lina suruh masuk meminang. Mak berkenan je dengan si Imran tu."
"Janganlah diam macam ni. Habis belajar bulan 6 ni kalau Azu masih solo emak akan terima je peminangan Makcik Lina tau."

Tapi Azura hanya berdiam diri. Sepatah jawapan tidak diberikan pada ibunya setiap kali perihal perkahwinan dibangkitkan. Azura tidak mampu memberi jawapan. Biarlah ia masih menjadi tanda tanya. Seperti dia menjadi tanda tanya akan cintanya pada Amin.


....................................................................................

Dua hari setelah Amin ke Brunei, ibunya jatuh sakit. Stroke. Ibunya dihantar ke hospital. Ibunya mengalami hemiparesis. Lumpuh separa badan. Terkejut Amin mendengar berita ini dari kakaknya. Hendak balik tapi kerja belum selesai di Brunei. Lega sedikit bila mendengarkan keadaan ibunya stabil. Setiap hari dia pasti menghubungi ibunya itu untuk bertanya khabar.

"Ibu okay dah sikit. Doktor kat sini bagus-bagus. Muda-muda lagi tapi pandai layan orang tua. Ada seorang doktor ni baik sangat.Dia banyak tolong ibu. Dia banyak menjaga ibu sepanjang ibu kat sini. Diajarnya ibu cara-cara sembahyang dengan keadaan ibu yang macam ni.Ibu berasa senang berbual dengannya."

Panjang cerita ibunya. Setiap kali dihubungi pasti cerita doktornya itulah yang paling banyak diceritakan. Sudah 4 hari ibunya di hospital. Dan macam-macamlah perihal doktornya itu diceritakan.

"Kirim salam Min kat doktor tu ek.Min tak sabar nak balik nak jumpa mak."

....................................................................................

Setelah 7 hari di Brunei, Amin tiba di KLIA. Cepat-cepat dia terus ke Hospital Bangi untuk menemui ibunya. Perasaan rindu dan risau bercampur-baur. Tibanya di kawasan hospital, langkahannya semakin laju menuju ke arah wad ibunya.

"Terima kasih doktor. Doktor ni sangat baik.Muda-muda tapi dah jadi doktor."
"Eh makcik ni. Saya sebenarnya bukan doktor pun lagi. Saya masih belajar. Ni tahun akhir saya."
"Ohh begitu. Tapi awak ni rajin.Pastu pandai layan orang tua."
"Hmm makcik ni puji saya lebih-lebih ni."

Tiba-tiba.
"Assalamualaikum mak!!"
Amin terus meluru ke arah maknya dan terus memeluk maknya.
"Waalakummussalam. Amin dah sampai?Ni mari mak kenalkan dengan doktor mak ni."
"Kenalkan doktor, anak saya Amin.

Amin berpaling ke arah doktor yang diceritakan maknya. Amin terkejut.
"Azu!"
"Amin? Ni emak awak?"
"Aah". Amin tersenyum. Amin menyambung lagi, "Emak, ni lah Azura yang Amin ceritakan dulu. Yang menjadi cinta hati Amin."

Emaknya mengalirkan air mata. Tidak sangka pilihan hati anak lelaki tunggalnya adalah pilihan yang terbaik.Ya,dia seorang doktor.Tapi bukan doktor biasa. Beliau tidak sedar selama ini. Tidak cuba mengenali permaisuri hati anaknya. Hanya karier Azura yang dijadikan ukuran. Hanya kerana sebuah stetoskop emaknya menghakimi hati Azura. Emaknya terus menarik tangan Azura dan memeluk Azura. Azura juga menitiskan air mata. Emaknya sedar akan kesilapan dirinya.

"Mungkin kesibukan Azura dan Amin nanti akan menjadikan cinta dan rindu kami lebih kuat dan teguh mak. Insyaallah." Bisik Amin pada ibunya. Ibunya hanya tersenyum gembira.

"Alhamdulillah ya Allah kerna kau permudahkan jalan bagi ku." Bisik hati kecil Azura tanda syukur.

"Kan saya dah kata awak doktor jiwa saya!" Bisik Amin lembut ke telinga Azura. Azura tersipu-sipu malu dihadapan bakal ibu mertuanya.

TAMMAT.

Sunday, November 21, 2010

Kau doktor jiwaku...



"Mak tak berapa berkenan laa ngan pilihan ko ni Min. Dia doktor. Dah laa perempuan. Nanti sebok. Oncall sane oncall sini.Sape nak jaga makan minum ko nanti?Sape nak jaga anak-anak ko nanti?Mak tak nak jadi macam pak usu ko tu. Dah bercerai-berai sebab dua-dua busy."

"Orang laki kalau jadi doktor saham tinggi. Tapi kalau orang perempuan jadi doktor ni saham jatuh sikit. Dia kena kahwin sama-sama doktor je. Baru sama-sama faham."

"Ko sekarang keje balik petang.Kadang-kadang sampai malam. Dia pulak kadang-kadang kene oncall keje malam. Camne laa keluarga ko nanti? Dua hari tak jumpa tu macam boleh jadi je.Mak risau tau!"

Tiba-tiba berdengung telinga Amin teringatkan leteran maknya bila saja nama Azura, pilihan hatinya sejak dari sekolah disebut di hadapan maknya.Pantang nama Azura, pantang pasal kahwin mesti benda sama yang dibebelkan maknya. Silapnya hanya satu. Azura pelajar perubatan. Bakal doktor.Itulah yang diungkitkan maknya.Silapnya lagi satu adalah pak usunya baru sahaja bercerai. Pak usu dan mak usunya dua-dua doktor. Sudah 4 tahun berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata. Aku pun tidak tahu mana silapnya. Mungkin tiada jodoh. Sudah ketentuan Illahi. Kenapa karier doktor yang dipersalahkan? Entah apa salahnya kalau orang perempuan jadi doktor. Situasi Pak Usunya dijadikan ukuran tentang kehidupan masa depannya. Kehidupan rumah tangganya. Amin bingung. Terasa pedih hatinya. Oleh sebab itulah niat hatinya untuk menyunting Azura sebagai permaisuri hati belum kesampaian. Restu ibu masih terbuai-buai di awanan. "Ahhh aku bingung! Jodoh pertemuan kan ketentuan tuhan. Napa sukarnya untuk mak aku mengerti?" bisik hati kecil Amin.

.....................................................................................

Amin baru sahaja graduate dari Universiti Teknologi Petronas jurusan Kejuruteraan Mekanikal. Alhamdullilah dia telah pun diterima bekerja di salah sebuah syarikat swasta di ibu negara. Manakala Azura pula adalah pelajar perubatan tahun akhir di Universiti Kebangsaan Malaysia. Sekarang Azura sedang menjalani latihan perubatan di Hospital UKM Bangi. Amin dan Azura adalah teman sejak dari sekolah menengah. Mereka sama-sama ke MRSM. Bibit-bibit percintaan bermula ketika masing-masing melangkah ke menara gading.

..................................................................................

"Awak saya tak mampu berbuat apa-apa.Hubungan kita yang kita bina terpaksa kita henti buat seketika.Kita tak mendapat restu ibu saya. Saya harap awak sudi maafkan saya."
"Hmm pedih hati saya mendengarkan ini.Kalau awak jodoh saya, akan saya terus berdoa agar awak kekal milik saya. Kalau awak bukan jodoh saya, doakan saya tabah dan redha dengan ketentuan ini."
"Marilah kita berserah. Doakan semoga dilembutkan hati ibu saya."
"Insyaallah."

Dari jauh kulihat air mata Azura gugur satu persatu menyentuh pipinya yang putih. Sesekali cuba diselindung kesedihan hati dengan secebis senyuman menampakkan lesung pipit. Amin hanya memandang. Dia tidak mampu berbuat apa-apa. Dia sayangkan Azura. Tapi dia lebih sayangkan ibunya. Hanya yang termampu adalah sekalung doa agar dilembutkan hati ibunya. "Ya Allah bantulah aku. Kalaulah Azura itu terbaik bagiku maka kau tunjukkanlah jalan bagiku." Doaku sayu.Tanpa kusedar, air mata lelaki ku gugur jua.

.....................................................................................

Bersambung...

Sunday, November 14, 2010

bomoh oh bomoh...

ingat bomoh-bomoh ni zaman nenek moyang je ke?
ingat bomoh-bomoh ni ade kat siam je ke?
ingat bomoh-bomoh ni sebab dengki orang tu cantik je ke?

ish3..silap2..korang sume silap kalau korang rase bomoh-bomoh ni ade zaman nenek moyang kite je..korang lagi silap kalau korang rase bomoh-bomoh ni berlaku kat siam je..korang juga silap kalau korang rase bomoh-bomoh ni orang buat sebab jeles orang tu lagi cun dari die..

bomoh-bomoh ni macam-macam versi ade.tok bomoh pun dh moden dah sekarang.tak pakai asap-asap kemenyan dah.tak pakai limau nipis dah.tok bomoh dah tak pakai rantai besar-besar dah. tok bomoh bukan lagi atuk-atuk yang suara tua yang menakutkan tu. bomoh-bomoh jugak bukan lagi ade kat siam ataupun kat niyang rapik je.

bomoh sekarang dah sampai bangalore.amacam cuak tak?..betul wa cakap lu..

gini cerite die nye.semalam pegi main boling ngn kawan-kawan gua. kalau dulu-dulu gua main mmg strike je laa wa cakap lu. longkang-longkang ni pantang weh, spare pun jarang2. mmg keturunan gua ni keturunan strike aje. tapi nak dijadikan cerita..nak cakap yang bomoh-bomoh ni dah sampai bangalore, smlm wa main asyik longkang sajeeeee..adeihhh...konfom laa ade org dengki ngn gua ni..konfom beb!!...kalau tak takkan laa dari awal game smpai game ke 10 pun gua longkang aje? mne logik beb!!..panas-panas!!..

sebab gua asyik longkang smlm laa gua syak ade org bomoh gua ni..myb org tu bomoh kasut gua, takpun kat bola yg wa gune..takpun kat tangan gua, sbb tu jd baling senget semacam je...mmmm..

betul tak?..lu caya tak cite gua ni? tolonglaa percaya!!!
jin pn dah bole naik flight...konfom laa naik airasia kan sbb mas mahal beb..kalau yg mampun naik mas pun maybe toyol je kot..sbb toyol byk duit hasil kerja mulia die yg suke mencurik tu.hantu lain mmg stok naik airasia je...

aaaahhhhhhh..stress!!!..tolong aaa percaya cite ni weiiiii..tarak tipu punye!!!

Sunday, October 31, 2010

aku sebuah facebook



Pada suatu hari sewaktu aku sedang berehat-rehat di alam maya, tiba-tiba datanglah seorang budak perempuan. Terdengar-dengar panggilan Husna. Aku mengagak Husna lah namanya. Mukanya kelihatan berkerut. Matanya tekun melihat ke paparen skrin.Ye, matanya tajam memandang aku. Homepage facebook. Tapi aku belum offcially milik Husna lagi. Dia masih teragak-agak mahu sign up atau tidak. Aku tidak kisah. Sudah berjuta-juta sahabat-sahabat aku telah di sign up oleh pelbagai rakyat dunia tidak kire peringkat umur termasuk extreme age group seperti golongan pediatric mahupun gediatric.

Ya, kami sangat berguna pada mereka. Golongan muda-mudi menggunakan kami sebagai medium untuk meng'stalk' kekasih hati atau kekasih orang lain. Inilah kerja tuan aku dulu. Hafiz namanya. Setiap hari setelah pulang dari kolej perkara pertama ketika menjejak kan kaki ke rumah bukanlah seluarnya yg dibuka atau meminum air tetapi terus menekan punat 'On' pada laptop dan terus menggunakan aku. Scroll down news feed sampailah news feed yang semalam. Habis sesi pertama, sesi kedua bermula. Akan dibuka page Nama Saya Aziah. Aku mengagak itu lah kekasih hatinya. Tapi rupanya pendapat ku jauh meleset. Aziah adalah seniornya semasa di sekolah. Hafiz sangat menyukai Aziah tapi hanya mampu membaca komen-komen bahagia Aziah dan kekasihnya.

Status: Tgh bersiap nk dating ngn dia. Auwwww!!
Comment: Linda: Waaa bestnye. Nak ittuuuuttt..
Ira: Dating sokmo deh.
Hisyam: B pun tgh siap ni. Tak sabar nak jumpe.
Zula: Astaghfirullah....

Idham hanya mampu memandang dari jauh. Oh bukan memandang tapi meng'stalk'. Hari-hari itulah rutin hariannya. Buku dibuka tapi laptop tetap di sebelah. Aku kira matanya lebih banyak memandang ke arah aku berbanding ke arah buku teksnya. "Period of facebook is double the period of book."

Golongan ibu bapa pula mengsign up facebook sebagai komunikase dengan anak-anak.Lebih-lebih lagi kalau anak-anak jauh di mata. Tapi tidakkah itu menyusahkan golongan muda-mudi untuk melakukan aktiviti muda-mudinya?Adakah golongan ibu-bapa perlu di restrictkan penggunaannya?

News feed: Bazilah is now in a relationship with Izwan Cullen.
Comment: Ira: Weiii congrate2...semoga berbahagia.
Ninot: Senyap2 ek korang..congrate!!
Mak bazilah: Aik last week ngan Nazerul Jacob. Ni ngn Izwan Cullen plak. Blaja ke keje cari kapel ni?..Anak aku!!


Husna masih pada posisi yang sama. Tidak berganjak. Jari-jarinya aktif menekan-nekan mouse. Tapi tanpa tujuan.Kerutan di dahinya tetap sama. Pipinya juga sama.Ingin sahaja aku menjerit agak dia tidak 'sign up' aku. Aku tidak mahu tuan aku ini menjadi salah seorang pengguna kami untuk terus lalai. Tapi bukan semua golongan kami yang tak baik. Kami ada juga kebaikannya. Sebagai medan perbincangan, boleh post jadual kelas, senang buat pengumuman, senang juga mengetahui gosip-gosip terbaru. Oppss!!!

"Ko sorang je takde facebook. Ape daa!!"
"Tolonglaa buat facebook kak. Susah kalau nak inform pape."
"Ketinggalan zaman betul.Facebook pun tada ka?Aiyaa!"

"Aaaaaaaahhhh. Fine! Aku buat facebook!" Aku terkejut. Hampir melatah aku dibuatnya. Rupanya Husna yang menjerit. Bantal sebagai alas duduknya dibetulkan. Posisinya dibetulkan. Semakin tekun dan nekad. Tanpa segan silu tangannya aktif menaip-naip. "Sign up for new member." Butang itu di clicknya. Aku mendapat tuan baru. "Selamat membuang masa. Akan ku temani tuan ku ini dikala dia malas belajar."Bisikku perlahan ke telinganya.

Dalam hatiku sedikit gembira kerana mendapat tuan baru. Tapi fikiranku tiba-tiba terkenangkan kawan-kawan species lain seperti kasut dan pen. Mereka awalnya gembira mendapat tuan baru. Tapi lama kelamaan apabila mereka semakin tua mereka sering dilupakan tuannya. Hinggalah akhirnya tong sampah menjadi kubur terakhir kisah. Tapi hati kecilku berbisik "Eh eh aku ni bukan sebatang pen atau sepasang kasut kulit tapi aku adalah sebuah facebook.Nasib baik!"

Sekian.

P/s: Semua watak adalah rekaan semata-mata. Tiada kene mengena pada yang hidup juga yang sudah meninggal dunia. Tiada juga kene mengena pada yang dok kat shriram, raghuram mahupun enclave. Kalau ada itu hanyalah kebetulan semata-mata.Hehehee...