Sunday, July 31, 2011

Alamak ramadhan dah...

Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah. Macam-macam ucapan kat fb. Agak-agak still dapat ke sms wish selamat berpuasa sejak ada fb ni ek? Yelaaa senang. Buat status ucapan terus kira untuk semua. Tak yah susah-susah send kat sume org. Kalau nak send pun send kat boyfren je tak pun kat laki yg kita minat at least ada gak alasan nak bersms. Alamak kantoi taktik! Haaahaaa...

Dulu-dulu...
Ramadhan maknanya puasa. Puasa maknanya lapar. Lapar maknanya makanan. Makanan maknanya bazar ramadhan. Bazar ramadhan maknanya kuih-muih dan pelbagai makanan sedap dan menyelerakan.
Ramadhan juga maknanya sahur. Sahur maknanya kena bangun pagi gile. Bangun pagi maknanya mak yang kejutkan. Bangun pagi terus ada makanan terhidang sebab mak yang hidangkan.
Ramadhan juga maknanya terawih. Terawih maknanya wajib sebab ada umi dan abah dan rotannya. Rotan maknanya wajib kene sama bilangan dengan hari puasa.

Tu cerita dulu. Cerita sekarang dah lain. Makna ramadhan dah lain.

Sekarang,
Ramadhan maknanya puasa. Puasa maknanya lapar. Lapar maknannya makanan. Makanan maknanya kene masak sendiri. Masak sendiri maknanya tak heaven. Tak heaven maknanya takde kuih muih sedap.
Ramadhan juga maknanya sahur. Sahur maknanya kena bangun pagi gile. Bangun pagi maknannya kena set alarm sendiri. Kalau terbangun maknanya kena pegi dapur panaskan sendiri makanan yang ada. Kalau tak terbangun maknanya lembik sepanjang hari.
Ramadhan juga maknanye teraweh. Teraweh maknanya atas keimanan sendiri. Maknanya kalau mampu baru buat. Ehhhhhh.....

Yeke tu makna ramadhan? Harap-harap tidak. Ramadhan adalah lebih besar dari menahan diri dari lapar dan dahaga.

Just nak wish selamat berpuasa untuk kawan-kawan semua. Kat malaysia esok dah puasa. Kat bangalore baru nak intai-intai anak bulan malam ni.

Selamat berpuasa.

Oh ramadhan,
Alhamdulillah kita diketemukan lagi.
Bisikan syaitan menakutkan diri ini dengan lapar dan dahaga,
Bisikan iman menjamukan dengan kenikmatan ganjaran pahala yang berlipat ganda.

Oh ramadhan,
Kau datang lagi,
Mengingatkan aku yang alpa ini,
Setelah sebelas bulan dalam kealpaan,
Kau datang membawa sinar Ilahi.

Oh ramadhan,
Aku berharap ini bukan yang terakhir bagiku,
Kerna aku ingin menemuimu,
Agar ramadhanku saban tahun lebih baik dari yang sebelum nya.


Monday, July 25, 2011

Satuuuu je lagi...



Fuhhhhh baru lepas exam. Takdela baru lepas exam as baru lepas semalam. Ni baru lepas exam as seminggu yang lalu. Tapi baru je nak menggerak-gerakkan jari jemari manis menulis blog. Heeeeeee....

Semua orang pernah amek exam kan? Semua orang pernah merasa duk dalam dewan exam kan? Duk dalam dewan exam ni sangatlah membahagiakan jiwa kalau kita darjah enam tapi amek paper darjah satu. Serius ni! Masuk dewan exam penuh confident. Tunggu cikgu bagi kertas soalan dengan muka tersenyum kambing. Pensil 2b dah genggam siap-siap. Tak sabar sangat. Dah dapat kertas soalan memamg tak pandang kiri-kanan. Badan tegak. Mata fokus. Tangan khusyuk tanda kat kertas jawapan. Oh bahagia!

Tapi sekarang exam bukan lagi begitu. Semua itu hanya indah rupa dari khabar. Dengar berita nak exam macam dengar berita doktor gigi buat lawatan kat sekolah. Scary! Takut woo! Kalau doktor gigi nak datang memang doa supaya demam. Tak yah gi sekolah. Tak yah kena cabut gigi. Jahat ahhh doktor gigi ni!

Okeh pasal exam. Bukan pasal doktor gigi. Bayangkan dalam dewan exam tu korang pandang kanan pandang kiri semua duk tekun menjawab macam jawab soalan darjah satu. Stress yang maha dasyat disitu.

Ni lagi satu situasi yang paling tak best dalam dewan exam. Korang baca soalan tu. And korang tahu jawapan tu. Tapi dia seakan-akan kabur sahaja. Tapi korang tahu. Seryes tahu. Baru baca malam tadi. Tapi kabur-kabur sahaja. Macam mende tu sedang berlari-lari dengan kelajuan yang tinggi yang menyebabkan korang tak leh nak baca apa yang ada dalam kepala. Stress lagi disitu. Paham ke tak ni? Meh nak bagi contoh. Soalan darjah empat. Soalan dia bunyi macam ni. Senaraikan 5 pancaindera manusia. Yes. Dah baca pun semalam . Senang. Tup tup tulis lah dengan konfidentnya mata, telinga, hidung, lidah. Ehhhh baru empat. Satu lagi apa niiiiii? Pandang kiri pandang kanan. Alaa tak nampak plak orang sebelah tulis apa. During this crucial moment, memang rasa nak bangun nak tanya kawan sebelah. Nak tanya satuuuuuuuuu je. Satuuuuuuu je cikgu. Tolong laaa! Bukan banyak pun. Yang lain dah ingat. Ahhhhh stresss!!! Kan???




Ahhh malas lah nak ingat pasal exam lepas. Yang lepas jangan dikenang. Oo yeahh!

What are the 'D's clinical features of pelagra.
- Dementia
- Dermatitis
- ?????
Satuuuuuuu je lagi!!!

Sekian terima kasih.

Thursday, July 21, 2011

Hujan tanpa kilat.

Hujan renyai-renyai awalnya. Kemudian jadi lebat. Tapi tiada pula petir dan kilat. Hanya hujan biasa. Sejuk. Amani pandang ke luar kelas. Memandang titis-titit hujan. 5 minit berlalu. Akhirnya kelas tambahan malam tamat akhirnya. Memang dinanti-nantikan. Kombinasi malam, hujan dan sejuk hanya sesuai digandingkan dengan tidur bukan kelas malam.

Pelajar darjah 3 Melur mula berjalan keluar kelas. Melalui susur gajah. Untuk mengelak terkena hujan. Ada juga yang nakal sengaja untuk bermain hujan. Sengaja melalui jalan-jalan tanpa atap. Hiraukan mereka. Amani berdiri tegak. Sama seperti kawan-kawan lain. Sabar menunggu ibu ayah datang untuk pulang. Dipandang kiri dan kanan. Terkejut. Terus menjadi segan dan silu. Rupanya si dia tidak jauh dari situ. Dalam 3 langkah sahaja. Tersenyum sendiri Amani.

Satu demi satu mereka pulang. 5 minit berlalu. Kelihatan wajah mak berpayung biru. Seronok bukan kepalang. Terus melangkah ke depan. Mak pun tiba. Dipandang sekeliling. Dan mak tersenyum pada seseorang. Sedang bercakap. Oh dengan dia rupanya. Mengajak berpayung bersama. Kata mak, emak dia sudah tunggu di luar.

Aku senyum malu-malu kucing. Kami berpayung dalam hujan. Yang pasti orang ketiga bukanlah syaitan tapi mak. Orang keempat pula hujan. Tak lama pun. 5 minit sahaja. Tiba di kereta mak. Dia pula berlari ke kereta emaknya. Walaupun 5 minit sahaja, tapi ini kenangan. Kenangan dalam hujan. Auwwww.

Aish nakal betul Amani. Baru darjah tiga. Lagi sebulan nak PTS. Ish..ish..ish..





p/s: Kebetulan di Bangalore juga hujan lebat ni. Tanpa kilat dan petir juga.

Air mata cinta

Jatuh lebat air mata ku menonton filem Nurkasih The Movie. Kasih Adam dan Nur sangat menyentuh hati ini. Cinta mereka menyentuh kalbu. Merah mata ini setelah 2 jam mengadap laptop. Murah benar air mataku untuk senang berguguran kerana sebuah kisah. Hanya kerana sebuah kisah rekaan.

Kehidupan kita 24 jam. Perjalanan hidup menggunakan 5 deria kurniaan Yang Maha Esa. 24 jam pancaindera kita gunakan. Melihat, mendengar, merasa, menghidu dan sebagainya. Pahala pasti menggunung jika diguna secara betul tapi jika salah penggunaannya? Masya Allah 24 jam penggunaan pancaindera kita mengutip dosa untuk dihitung di hari akhirat. Tidak mahu menangiskah kita? Mahal sungguh air mata untuk gugur kerana itu. Berat sekali air mata untuk turun menyembah pipi. Sedangkan ini realiti. Ini kisah benar. Ini kisah kita yang dicatat Malaikat Raqib dan A'tid yang setia.

Solatku 5 kali sehari. Orang kata solat itulah medium komunikasi kita dengan Allah. Komunikasi hati ke hati. 5 kali aku bersolat maka 5 kali juga tangan diangkat memohon pelbagai doa dan hajat. Memohon hanya pada-Nya yang Maha Esa. Tapi dengan iringan air matakah doa aku? Dengan kekhusyukan hatikah doa aku? Dengan penuh rintihankah doa aku? Atau hanya sebagai satu syarat untuk berdoa selepas solat. Seakan-akan doa itu juga termasuk dalam 13 rukun solat. Seakan-akan tidak sah solatku tanpa doa. Sehingga hilang kemanisan dan keindahan tutur doa pada Sang Pencipta.

Air mata itu berharga. Tiada ternilai. Gugurkan ia dihadapan Pencipta Yang Agung. Mengharapkan keampunan dari-Nya. Mendambakan cinta-Nya. Merintih kasih dan sayang-Nya. Alangkah mahalnya air mata itu, jika ia gugur kerana-Nya, cinta yang hakiki.

Friday, June 17, 2011

Secreto de amor...

Situasi 1

"Eh aku nak bagitahu ko 1 rahsian ni."
"Ko ni. Mana boleh bagitahu. Tu kan rahsia."

Situasi 2

"Eh aku ada 1 rahsia ni. Gosip best punya."
"Cite laa. Nak tahu gak."
"Ni rahsia tau. Ko jangan bagitahu orang lain pulak."

Mana yang biasa kita dengar? Situasi 1 ke situasi 2? Konfem laa situasi 2 kan. Hinggakan kalau kawan kita tu mati-mati tak nak reveal secret tu awal-awal pun finally mengalah gak. Terpaksa share juga rahsia tu tapi dengan ayat clichenya "Ko kena janji ko takkan bagitahu orang lain."

Setuju semua? Baru-baru ni baru lepas borak ngan kawan. Its about the gossip and so called rahsia. We talked about how we knew 'that' secret. It's started as "Ko penah dengar tak pasal Si A dulu pernah mintak nak kapel dengan si B." So all of us rupanya has heard the news long time ago. And we finally reveal ourselves how we knew the secret. It started that Si B told the story of how si A started to flirt with her to her roomate. Then the her roomate later told her bestfriend about the story of Si A and si B. "Ni rahsia tahu. Ko jangan share ngn orang lain pulak. Sian si A kene reject." kate si roomate si B. "Tak sangka kan si A tu macam tu. Nampak diam je." balas kawan baik roomate si B.

And the chains continues when the bestfriend started to share with her roomate. Then her roomate share the gossip to her bestfriend. And she share the gossip with her boyfriend. And that's how the chains continues.

Aku pun dah pening dah baca cite kat atas tu. Si A la. Si B la. Rumet dia la. Kawan baik rumet dia la. Boyfriend rumet dia la. Panjang kan chain of secret ni. And finally the whole world knows. And everyone pretends that they don't know because it is a secret.

So apa moral of the story? Hmmmmmmmmmmmmmmm pikir punya pikir aku pun tak pasti. Takleh share secret? Mungkin. Entahlahhhhh. Pikir laa sendiri. Motif post ni just nak reveal how the secret got passed from one another. So beware of your roomate, bestfriend, bestfriend roomate, bestfriend roomate kite punye roomate, roomate kite punye boyfriend, aaaahhhhhhhh pening dah. Fullstop.

Sekian terima kasih....



Sila fokus pada pak ali. bukan seth tan. nak cari gambar malik tak jumpa. so pak ali pun layanzzz....

Tuesday, June 7, 2011

Si kacang hijau yang degil.



"Dah macam-macam kuih tradisional aku buat. Malam ni rasa nak makan bubur kacang hijau laa pulak," sudut hati si Limah berkata-kata. Oleh kerana dunia sangat canggih, maka tak payah susah-susah nak call mak kat kampung mintak resepi takpun susah-susah tanya housemate. Bukak je google. Tulis 'resepi bubur kacang hijau.' Berderet link website keluar. Tapi yang paling top haruslah Mesra.net resepi. So Limah dengan excitednya bukak lah link Mesra.net resepi.


Bubur Kacang Hijau
Sumber: Majalah Wanita Disember 1999 (Keluaran Khas)
Hits: 4514 Rating: 6.00 Review: 0
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan:
500 gm kacang hijau
250 gm gula merah atau putih
1 liter santan kelapa 2 helai daun pandan
Sedikit garam.
Cara:
Rebus kacang hijau sampai lembut. Masukkan santan bersama daun pandan, kemudian masukkan gula merah atau putih dan sedikit garam. Masak hingga mendidih dan hidangkan.

"Oh sungguh mudah sekali. Bagaikan masak maggi." Gembira Limah melihatkan resepi yang begitu ringkas dan padat.

Lantas Limah berlari-lari kedapur. Keluarkan semua bahan-bahan yang diperlukan.

Mula-mula rebus kacang hijau. So Limah pun rebuslah seperti dalam resepi tu. Lepas setengah jam. Limah ke dapur. Check kacang hijau. "Eh apsal keras lagi ni,"keluh Limah sendiri. Diselitkan dengan rasa marah kerana perutnya sudah berlagu mahukan buburnya.

45 minit kemudian. Kacang masih dalam keadaan biasa. Keras. Sudah 2 kali Limah menambah air kedalamnya. Tunggu punya tunggu. Limah sudah hilang sabar. "Kat resepi takde lak cakap sampai sejam baru nak lembut. Adehhh." Limah mengeluh lagi.

Limah tak mampu menahan sabar lagi. Terus sahaja diambik santan. Dimasukkan terus kedalam periuk kacang hijaunya yang masih sedang-sedang kerasnya. Kemudian dimasukkan pula gula melaka.Dikacau dengan tekunnya. "Letak siap-siap laa. Senang. Kacang lembut terus boleh makan,"kata Limah yang kagum dengan ideanya itu.

Setengah jam kemudian. "Eh apsal camni gak?" Kuah dah sikit. Tapi kacang tak lembut-lembut pun.

"Aaaaaaaaaaaaarghhhhhhhhhhhhhhh!!"Jerit Limah sekuat hati.

Diambilnya telefon terus menelefon mak di kampung."Kita ni masak kena sabar.Jangan main redah. Pastu kalau tak tahu kena tanya. Jangan main tengok internet terus buat. Kalau tunggu sikit lagi kacang tu lembut lah dia. Yang pegi masukkan santan dan gula melaka terus tu pasai apa? Memang tak lembut-lembut dah laa." Panjang mak Limah bagi ceramah.

"Ooo begitu. Terima kasih la mak." Terus diletak telefon. Agak malu disitu. Untuk tidak membazir gula melaka yang dibawa khas dari Malaysia,maka idea bernas Limah datang lagi. Diambil kuali yang lain. Direbusnya kacang hijau yang lain. Kali ini dengan penuh kesabaran didada. Bubur kacangnya yang degil tak lembut-lembut tu terus ditapisnya. Hanya kuahnya diambil. Kacangnya terpaksa diucapkan selamat tingal begitu sahaja.

Sejam berlalu. Berkat kesabarannya, kacang nya telah lembut. Maka dicampurnya kuah santan yang siap sedia. Dimasak sehinga mendidih lagi sekali. Alhamdulillah. Siap juga bubur kacang hijau impian Limah.

"Ini semua salah resepi kat internet. Lain kali tulis laa detail sikit. Lain kali tulis laa gini",

'Rebus kacang hijau sehingga lembut. Tapi awas,kacang hijau mengambil masa agak lama untuk lembut. Harap puan-puan banyak bersabar.Kalau betul-betul lembut baru boleh masukkan santan. Kalau tak sabar pergi ambik wuduk.'

Sekian.

Monday, May 23, 2011

Syumul

Korang (yang bertudung) tau tak, kitorang yang tak bertudung ni sebenarnya sentiasa ada pandangan yang tinggi pada orang yang bertudung. Ingat kitorang tak rasa segan ke dengan orang yang bertudung? Kitorang rasa rendah diri tau. Rasa malu pun ada. Bila yang bertudung tegur kita baik-baik, memang terkesan. But bila golongan yang kami pandang tinggi ni perangai lebih kurang aku je, rasa macam...entah la.

Tolonglah bantu kitorang yang tak betul ni menjadi betul dengan cara berhemah.

And kepada yang tak bertudung, kalau taknak bertudung pun, tolonglah jangan secara terang-terangan mengaku taknak pakai hanya kerana tak boleh terima teguran orang.

- Dapat this from one of the blogger.

Orang lain baca blog ustaz zaharuddin ke, dr maza ke, pastu copy paste kat blog. Aku plak blog sebarangan macam ni rajen plak nak membacanya. Adehhh. Ye baca Oh Bulan sangat best. Beautiful Nara pun. Hahaha.

Eh...

Point asal dia mnde lain tapi aku amek part yang aku suka ja. Menarik kan statement tu? Sebab tu orang kata peribadi kita boleh menarik orang untuk menjadi lebih baik. Peribadi kita gak boleh buat orang kutuk sampai habis air liur diorang. Macam-macam dunia ni.

So kena la tunjuk contoh yang baik lepas ni. Sangat susah nak jadi baik. Bukan sume orang boleh jadi baik 24x7. Sangat susah. Asyik nak aje bergosip. Nak aje mengumpat. Ade je nak mendengki. Aishhhhh. Sebab kita tak nampak 2 malaikat kat atas bahu kiri kanan kita.


Bertudung. Berakhlak. Semua kena ada.Bukan amik part yang kita suka je. Islam itu syumul. Mennyeluruh. Menyeluruh itu barulah nampak kecantikan islam.

Jom jadi yang lebih baik!

Akal. Iman. Nafsu.
Mana satu pemimpin diri kita?