Thursday, May 5, 2011

Menguappppp.



Hm malam ni kene study nih. Kelas dah start seminggu. Kosong je aku rase. So berlari-lari anak amek buku kat rak buku yang berada lebih kurang 4 langkah dari katil dan 10 hasta dari meja study. Amek buku paling tebal Mr Bailey N Love sebab esok ade posting surgery. Sakit lengan angkat angkat buku tu.

'Debushhhh'. Hentak buku Bailey N Love tu kat atas meja. Letak pelan-pelan je pun tapi sebab gabak bunyi pun over kann. Cari tajuk Branchial cyst. Bukak pelan-pelan. Selak punye selak. Amek highlighter. Baru nampak bijak nak study. Pastu rasa tak selesa. Berdebu berhabuk dan berhampagas meja. Yes. Cuti 3 minggu. Kelas 1 minggu. Meja study tak pernah guna secara betul. Penyalahgunaan je banyak.

Amik tisu. Basahkan kat sink. Lap meja pulak.Kiri kanan. Atas bawah. Mak aihhh hitam tisu jadinya. Kemas-kemas sikit. Susun atur sikit. Buang pen yang dah habis dakwat. Haduhhh penatnya!

Okeh duk balik mengadap buku. Highlight ape yang patut kat buku tuh. Lima minit je. Dah rasa penat. Pastu gangguan pulak kat YM. Ninot pulak buzz. Memang distracted. Konon kan. Terus muka pandang laptop. Mula-mula YM. Pastu check FB. Pastu bukak Oh Bulan. Bukak Beautifulnara. Syok baca gosip. Dah habis. Bukak iluvislam. Alamak panjang2 laa plak entry dia. Baca tak habis. Hehehe.Pastu Ninot buzz lagi. Kacau lagi. Tanya buku-buku pulak. Pastu gosip bagitahu yang BF Maria Elena tuh abang Fatin Liyana. Terima kasihlaa ninot. Sangat berguna kan. Hahaha.

Dah tak tahu nak buat apa. Rasa bersalah kat buku. Pulang ke jalan yang lurus. Ngadap Bailey N Love semula. Baca. Menguap. Baca. Menguap. Baca. Menguappppppppp.



Cukuplah untuk hari ini. Esok kita cuba lagi. Semua orang bising exam dah dekat. Julai. Adeh. Tak habis-habis dengan exam. Nak tido!Okeh minum susu dulu. Kata nak gemuk! Hahaha.

Menguapppppppp. Zzzzzzzzzzzzzzz.


Izz Amsyar Tsaqeef. Lima bulan dah. Curi gambar kat FB mak dia.

3 comments:

  1. muka nephew anda cam muka atiah!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. maknanya atiah comey? oh tidakk!!

    ReplyDelete
  3. aDnin Adnin: aku edit2 sket...
    aDnin Adnin: ko iyee kan lah ekkkk
    aDnin Adnin: hahahhaa
    neerna87: amboii ak la kan yg kaco koooo
    neerna87: cehhhhh
    aDnin Adnin: hahahaa
    aDnin Adnin: kene laa edit sket
    aDnin Adnin: br best cite


    HAHAHAHAHA..sorry la dening, ak kena bersihkan nama ak. skrg terbukti sp kacau sapeee.;p. xpe,sok ko stdy eh. ak dah 'tak kacau' ko dahh.hehe.
    amsyar hensem!kim slm!

    ReplyDelete