Sunday, March 18, 2012

Esok belum tentu ada

Hari ini Aisyah bangun pagi. Eh takde lah pagi pun. Agak tengah hari. Hari minggu la katakan. Perasaan Aisyah bercampur baur. Bukan hari ini saja. Sudah seminggu dia begitu. Kekadang rasa marah. Sekejap rasa sedih. Lepas tu datang pula perasaan kecewa. Kesimpulannya dia tidak tenang. "Aku ada masalahkah?" Aisyah tertanya-tanya.

Macam banyak pula masalah yang dihadapi. Tapi hakikatnya tiada.Seakan yang dia nampak seperttinya tiada masalah. Mungkin itu luaran semata-mata? Dan keadaan itu berterusan. Perasaan marah, sedih, kecewa. Semuanya datang silih berganti. Hari-hari yang muram. Tak best. Tak tenang.

Baru sahaja Aisyah ingin melelapkan mata, dia terpandang senaskhah al-quran di atas almari. Sudah berhabuk. Sudah lama tak menyapu bilikkah atau sudah lama tidak menyentuhnya? Aisyah terpandang pula sejadah sembahnyangnya tergantung. Solat semakin dilambat-lambatkan. Terkadang ada yang terlepas. Pandangannya jatuh pula pada selimut yang sedang menutupinya. Seronok dan indahnya tidur malam dibaluti selimut hingga sudah lama tahajjud ditinggalkan.

Mata Aisyah berkelip-kelip. Patutlah tidak tenang. "Aku semakin jauh dari-Nya." kata Aisyah dalam hati.

"Bila nak start berubah ni?" tanya Aisyah sendiri. "Esok ke nak start?" Hmmmmmmm panjang Aisyah berfikir.

"Ahh sekarang laa!Esok belum tentu ada." Aisyah bingkas bangun dari katil.Menuju ke tandas untuk mengambil wuduk. Jam menunjukkan tepat jam 12 malam.

-TAMAT-

Kenapa perlu melambat-lambatkan niat yang baik. Hidayah perlu dicari.Bukan hanya menunggu.

No comments:

Post a Comment