Wednesday, April 27, 2011

Tinta emas Abah.

Aku adalah seorang anak kepada Abah. Aku masih menuntut ilmu di menara gading demi segulung ijazah.

Abah adalah seorang ayah kepada Aku. Abah sudah lewat usianya.Rambut putih tampak lebih jelas berbanding rambut hitamnya.

Dengan Abah, Aku sekadar berSMS. Begitulah selalunya. Jarang sekali untuk bercakap telefon.

...................................................................................

Aku: Dah selamat sampai hostel ni abah.
Abah: Alhamdulillah. Kat sana tu jaga solat. Jaga aurat.

....................................................................................

Aku: Esok dah start kelas. Saje nk bagitahu abah. Malasnya!
Abah: Belajar rajin-rajin. Jaga solat tu. Jaga aurat.

....................................................................................

Aku: Esok start final exam. Takut ni. Tolong doakan ek abah.
Abah: Insyaallah abah doakan semoga berjaya. Jangan lupa bangun sembahyang hajat.

.....................................................................................

Aku: Yeay dah abis exam. Esok nak pegi holiday dengan kawan-kawan ni.
Abah: Alhamdulillah. Jaga diri,jaga solat,jaga aurat. Jangan berseronok sangat.

.....................................................................................

Aku: Abah! Alhamdulillah lulus exam final hari tu. Yessss!!!
Abah: Alhamdulillah. Pandai anak abah. Jaga diri kat sana tu. Jangan tinggal solat.

.....................................................................................

5 tahun berlalu. Aku kini sudah berjaya. Segulung ijazah berjaya dibawa pulang sebagai hadiah buat Abah. SMS abah lah kekuatan Aku untuk berjaya. Tinta-tinta emas dari lubuk hati Abah, Aku jadikan pegangan sepanjang hidup. Itu sebab Aku suka berSMS. Ia lebih konkrit. Ia kekal. Ia ada selamanya. Sebagai rujukan ketika Aku terlupa.



-Tammat-

p/s: SMS abah aku lebih kurang laa camtu selalunya. Tapi ada tambahan sikit.

"Tahniah. Kurangkan tido. Tingkatkan usaha anda demi kecemerlangan."

Dah macam motto sekolah dah.

Friday, April 15, 2011

pantun ke ni?



hari ini hari jumaat,
esok sudah hari sabtu.

makan tak lalu,
mandi tak basah.

hati gundah gulana,
jiwa pula bergelora.

pandang beg troli,
rasa pedih ulu hati.

semakin hari semakin tak tenang,
semakin hari semakin bergenang.

pergi dapur banyaknya makanan,
dalam hati makin baran,
kerna semua ini akan ku tinggalkan,
oh durian!
dirimu kan ku tinggalkan.
oh tertekan!

aku bukan putus cinta,
walaupun hari-hari orang dok tanya,
kawan suma dah kahwin belaka,
diri sendiri tak teringin ka?

eh eh ini bukan luahan pasal kahwin.
udah-udah laa post pasal orang kahwin.

okey serius ni,
hati tengah sedih ni,
sebab isnin ni dah nak kene balik dah ni,
eeiii benci!!!

sekian saja luahan hati,
harap dapat hiburkan hati.

hahaha..
aku memang takde kerja ni ha..
sebab tu boleh buat post lagu ni ha..

Tammat

P/s: isnin dah kene balik india. dah kena bukak buku.demmm!

Monday, April 11, 2011

Bulan april bukan lagi April Fool

Setelah isu telur ayam tiruan di dada-dada akhbar nasional baru-baru ini, negara kita sekali lagi digemburkan dengan satu lagi berita sensasi yang pastinya lebih hangat daripada biasa. Bulan April yang dulunya dikenali umum sebagai April Bodoh (April Fool) sudah pun lapuk ditelan usia. Orang tua amatlah tidak sesuai untuk berApril Fool lagi takut-takut mati terkejut diserang hernia.

Buat warga Malaysia di India khususnya penduduk Shriram Sadhana Apartment mahupun Raghuram Residency dan Raghuran Regency bulan April sebenarnya adalah bulan mencegah maksiat. Walaupun bulan Ramadhan masih jauh dan masih banyak masa untuk mengganti puasa, namun warga IMS tidak pernah menganggap itu semua sebagai penghalang.

Buktinya enam pasangan warga IMS telah memilih bulan April sebagai tarikh keramat untuk menamatkan zaman bujang terlajak mereka. Nampaknya bagi mereka ini, lagu 'Kalau Berpacaran' dari Ana Raffali tidak lagi relevan bagi mereka. Selain itu tahniah juga kepada 3 pasangan yang telah sepakat menandatagani memorandum untuk sama-sama bertunang pada hari yang sama. Semuanya berlaku serentak maka tidak dapat dicover oleh pihak melodi. Bagi mereka yang baru bertunang, pihak IMSA Islamic Bureau menekankan bahawa lagu 'Kalau Berpacaran' masih relevan bagi mereka dan harus diambil berat.

Pada tarikh hari ini iaitu 11 April, 3 pasangan sudah selamat berhoneymoon, 3 pasangan lagi sudah selamat bertunang, manakala 3 pasangan lagi masih sibuk menghadiri kursus kahwin dan menguruskan diri untuk hari bahagia mereka.

Untuk itu, pihak kami mengucapkan sekalung tahniah buat anda semua kerana memeriahkan hari-hari cuti pelajar IMS dengan menghadiri kenduri diseluruh pelusuk negeri.Dan yang tak dapat pergi, dapat membuang masa melihat gambar-gambar diupload di Facebook dengan kadar kelajuan internet yang begitu lembap di Malaysia sesuai dengan cuaca yang panas dan lembap sepanjang tahun.

Jom tengok gambar.

Yang selamat berkahwin.


Tahniah paan dan mekna. 2 April 2011


Tahniah anas dan mimi. 2 April 2011.


Tahniah farid dan fin. 9 April 2011

Yang selamat bertunang.


Tahniah bobo and diyanah. 10 April 2011.


Tahniah cik syah distinction dan kak wana.

Seorang lagi yang bakal meraikan anniversary yang sama adalah zamir dan kak nad. Tahniah juga.

Yang bakal berkahwin.

Tahniah mus dan linda. 15 April 2011
Tahniah kak anis dan rempit. 14 April 2011
Tahniah kak elida dan pasangan. 15 April 2011

Yang tak kahwin-kahwin ni, tarikh keramat kita semua adalah 17 April 2011. Selamat kembali ke sekolah.!!!

Oh satu lagi. Yang berangan nak kahwin.


Sekian saja saya dari balai berita.

Tammat.

P/s: Penat buat post nih. Struggle bukak kad jemputan diorang sebab nk tulis tarikh bagai. Penat gak curik-curik gambar dr facebook. Mintak halal ye curik gambar sapa yg berkenaan.Kad kahwin dapat tapi perginya tidak. Ye laa sibuk wat liputan untuk korang dalam studio nih.

Friday, April 1, 2011

Suka duka pegi epot.

Alhamdulillah selamat tiba di Lcct pada jam 11 pagi. Terima kasih yang tak terhingga pada ayah Zahidah yang sudi melayan kerenah kami. Yela. Kawan saya seorang lagi flightnya di KLIA, saya pula di LCCT. Nasib baik sanggup hantar. Walaupun kat dalam hati memang teramat segan dan silu tapi di dibibir dan gusiku tersenyum lebar. Tak perlu angkat beg besar-besar masuk komuter. Tak perlu bergilir-gilir angkat beg. Tak perlu risau beg kene curik kalau tinggal sebab nak angkut beg lain lagi. Tak perlu berebut-rebut dalam seat komuter. Tak perlu takut tersalah masuk koc lelaki dalam komuter tu. (Eh koc lelaki pun ade ke?) Alhamdulillahkan. Terima kasih pakcik dan makcik. Terima kasih Zahidah gak.

Scene sebelum kejadian.

"So esok ni cmne korang nak pegi epot?"tanya ayah Zahidah. Sambil drive. On the way nak balik rumah dari dinner.
"Em tu laa. Tak diskas lagi dengan Izz."jawab aku dengan sopan. Macam biasa.
"Kalau macam tu biar pakcik hantar je la. Nampak besar beg-beg kamu berdua ni,"balas pakcik.
" Eh eh tak payah pakcik. Maybe saya dengan Izz naik komuter pegi Nilai. Pastu naik cab pegi epot. Kan izz kan?" mintak sokongan Izz kat seat belakang.

Teettttt.Senyap.

"Susah ni. Takpe.Pakcik masuk office lambat esok. Pakcik hantar." balas ayah Zahidah.
"Segan la pakcik. Dah banyak menyusahkan sangat. Kitorang boleh je. Malam ni kemas-kemas beg. Tak berat pun. Kan Izz kan? Kita pegi naik komuter je kan?". Sengaja aku mohon sokongan dari Izz.Biar ayah Zahidah yakin dengan kesepatan kami.

Teetttt. Senyap.

"Biar pakcik je yang hantar denin. Pakcik boleh masuk ofis lambat esok." Emak Zahidah pula yang menyampuk.

Aku senyap. Sengaja bagi peluang kat Izz untuk respon.

Teettt. Senyap. Haram pun takda.

Suasana terus diam sehinggalah kami tiba di depan pagar rumah.

Aku hairan. Apsal minah ni senyap je. Kalau ye pun nak suh diorang hantar epot pun bajet-bajet la sikit. Cuba berlakon macam aku ni.Jangan tunjuk sangat. Aku memang hairan dengan minah ni.Kereta berhenti. Pintu dibuka. Lampu dalam kereta menyala.Terus pandang kat seat belakang. Patutlah takde jawapan. Dia pi lena kat belakang kot. Aku bukan main sopan santun dengan mak ayah Zahidah tak nak bagi diorang hantar epot esok tup tup tup makcik ni sedap-sedap je tido kat belakang.Patut laa takde sokongan dan sorakan dari belakang.

Saturday, March 19, 2011

Dari 5 pluto ke jinjang pelamin..

Kehadapan sahabatku yang berada jauh di pelusuk kampung gaal. Sudah lama kita tidak bertanya khabar. Masing-masing nampaknya sibuk dengan urusan sendiri. Saudari sihat? Saya disini alhamdulillah sihat-sihat saja. Gemuk je yang belum lagi. Cantik tu sudah tentu.

Tujuan saya mengutuskan warkah ini hanyalah untuk mengucapkan tahniah atas perkahwinan saudari baru-baru ini. Sungguh jelita saudari dengan persalinan yang serba putih itu. Melihatkan gambar saudari buat diri ini khayal seketika. Tiba-tiba dalam gambar itu seakan-akan saya yang sedang bersanding. Oppps!

Kenapa cepat benar saudari bernikah? Kata sahabat sejati. Kalau sahabat sejati kena laa kahwin sama-sama. Baru laa betul-betul sejati kan? Tapi sampai hati saudari bernikah dulu. Sampai hati!! Sudahlah ketika saya tiada di tanah air. Ahh sungguh syahdu. Mengenangkan hanya cik Dib and Kak Jah sahaja yang boleh berposing bersama saudari, hati ini terasa sayu. Sayu!!!...

Tidak mengapalah. Perkara yang lepas tidak boleh dikenang. Tapi saya nak juga mengenangkan kisah saudari. Orang kata kisah cinta 5 pluto. Jauh benar saudari mencari cinta. Hingga ke Pluto. Alhamdulillah berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Rupa-rupanya cinta monyet ni menjadi ye saudari?. Saya ingat cikgu selalu pesan. Tak payahlah bercinta sekarang. Cinta monyet je semua ni. Tak kekal pun. Tapi saudari kekal pula. Agaknya bukan monyet kot. Habis tu cinta apa ya? Rugi pula rasanya tidak mencari cinta monyet juga. Dah terlambat rasanya. Dah besar-besar ni cinta apa pula ya saudari?

Nampaknya dakwat pen stabilo ku pula semakin berkurangan. Saya harus berhenti menulis ni. Penat juga menulis surat ni. Sudah berpeluh sampai ke ketiak. Apa-apa pun saya doakan saudari berbahagia bersama En Fani ye. Pada En Fani, jaga elok-elok kawan baik saya tu. Kalau dia pegi picnic tak bawak selipar maafkan lah dia. Itu memang kebiasaan dia. Kami kenal dia. Kami makan garam lagi dulu dari saudara Fani. Kan Cik Dibah and Kak Jah?

Sekian sahaja warkah ini. Harap dapat berjumpa di lain masa. Tahniah sekali lagi saudari Nawa Izzati Ahmad Zaki.

Yang benar,

(Kimi Raikkonen dan pasangan)
Perusahaan Getah Sdn Bhd,
Kampung Kelubi Maju,
Pasir Puteh.



-Tammat-


Cik jah, nawa, kak dib and kak qema...


Congrate to both of u!


Masa kecik2 dulu berhingus.Sekarang gonjes the very much....

p/s: Mood melayu klasik sbb teringin nak tengok Hikayat Merong Mahawangsa. Jap kalau surat tak rasmi tandatangan kiri ke kanan?..hahaha...lupe daa!

Wa!!..congrate tau...I'm happy for you..Rinduuuu!!..
Bisik jap,"Dibah nge mizah bg hadiah gapo ek wa?"..hehhee....

5 plut0 ke jinjang pelamin. Efisien dengan cemerlang tak boleh ek?..hahaha...

Thursday, February 24, 2011

"Camni laa anak dengan mak..."

Pintu bilik dikuak. Beg yang digalas dilepaskan begitu sahaja. Terbiar di tepi meja tulisnya. Badan yang kepenatan terus dilemparkan ke katil yang empuk.

"Ahh sedapnya katil!.Penat betul hari ni," keluh Nadia mengenangkan semalam dia tidur agak lambat kerana mengulangkaji pelajaran untuk examnya hari ini yang baru sahaja berakhir.

Badan dipusing ke kiri. Pusing pula ke kanan. Posisi badan berubah lagi. Kini badannya terbaring lurus. Mata cuba dilelapkan. Tapi gagal. Dibuka matanya lalu singgah tepat ke siling biliknya. Hatinya tidak tenang. Seperti berkecamuk. Fikirannya juga seakan berat. Hampir setengah jam juga Nadia berkeadaan sedemikian. Namun, matanya tetap degil untuk beralih ke alam mimpi.

"Apsal aku ni? Tadi macam penat. Sekarang nak tido plak tak boleh. Rasa tak sedap hati plak." Hati Nadia berbisik sendiri. "Takkan pikir pasal exam kot. Insyaallah final exam nanti aku buat lagi baik." Nadia cuba sedapkan hatinya. Dianggapnya keresahan hatinya adalah kerana memikirkan paper exam tadi.

Dicuba sekali lagi untuk melelapkan mata. Keadaan tidak berubah. Matanya tetap degil. Hatinya pula bukanlah semakin tenang malah gelojaknya semakin ketara. Nadia bingkas bangun. Ada sesuatu yang tidak kena. "Ish tak pernah aku macam ni. Risau plak." Nadia berbicara dengan hatinya.

"Allahuakbar Allahuakbar.." Azan dari luar tingkap berkumandang sayup-sayup. Nadia lantas mengorak langkah menuju ke tandas untuk mengambil wuduk. Mungkin selepas solat hatinya akan lebih tenang.

Usai salam, mulutnya terkumat-kamit berzikir. Kemudian diangkat tangannya memohon doa agar diberi ketenangan hati serta dilindungi keluarganya di tanah air dari sebarang malapetaka. "Aminnnn," syahdu suara Nadia di pengakhiran doanya.

Tiba-tiba.
Sms diterima. Dari adik bongsunya di Malaysia.

"Kak ya. Mak dengan ayah kemalangan tadi. Tapi tak teruk pun. Mak dengan ayah tak ada apa-apa pun."

Astaghfirullahalazim. Diusap-usap dadanya kerana terkejut. Patutlah dari tadi hatinya berkecamuk. Ada sesuatu yang buruk berlaku rupanya. Sambil cuba menenangkan dirinya, dibalas semula SMS adiknya.

"So sekarang camne dengan diorang? Kat hospital ke?"

2 minit kemudian.

"Takpun. Mak dengan ayah okay. Just terkejut.Tapi kereta agak teruk."

Alhamdulillah. Lantas Nadia sujud sebagai tanda syukur yang tidak terhingga pada Yang Maha Esa.

Setelah itu, dibukanya telekung sembahyang. Lalu terus mendial nombor telefon ibunya.

"Assalamualaikum mak. Mak macam mana? Okay? Camne boleh jadi camni?" tanya Nadia bertalu-talu.

"Waalaikumussalam. Mak ngn ayah tak ada apa-apa pun. Nak wat camne. Benda nak jadi. Bukan kerja kita. Takyah risau pun." Balas ibunya.

"Macam ni laa sayang anak dekat mak dia. Mestilah risau. Duduk 9 bulan dalam perut mak kot.Apa-apa menda mesti Nadia dapat rasa tau. Macam mana mak risaukan Nadia sebab sakit gigi je pun, macam tu lah Nadia risaukan mak. Hehehe." Terang Nadia panjang.

"Amboi, dah terbalik dari ayat mak selalu guna tu." Lalu disambut dengan ketawa dua beranak.

Dalam hatinya Nadia tidak putus-putus melafazkan kesyukuran pada Allah.



-Tammat-

P/s: Ayat mak aku selalu pakai, "Macam ni la sayang mak ayah dengan anak-anak dia. Nanti korang ada anak korang tahu laa camna risau nye kami bila anak berjauhan."

Nanti nak reply balik la kat dia camni, "Takyah tunggu ada anak laa mak. Sekarang pun dah tahu camna risaunya bila duk berjauhan dengan umi abah ni."

Selalulah mendoakan keselamatan dan kesihatan ibu dan ayah kita walau dimana pun kita berada.

Wednesday, February 23, 2011

Sapa nak jadi penyanyi?

"Wuuuuffff.....wuuuuufffff,".....tiup habuk jap. Berhabuk benor nih.Sebab lama sangat dah tak jenguk blog ni. Streotype cerita kat blog. Sebab exam so blog tak tersentuh. Semua orang pun boleh agak kan. Macam cerita melayu. Semua dah boleh expect. Bila sedih sebab tengok bf dia dating dengan orang lain, amik kunci bawak kereta laju-laju sambil nangis-nangis. Bawak makin laju. Nangis makin kuat. Pastu terbayang-bayang kenangan dengan bf. Bawak laju lagi. Gedebang!! Eksiden. Dah boleh agak kan.

Dah abis citer melayu. Kita sambung citer nak jadi penyanyi.

Agak-agak dulu masa darjah 1 ke 2 ke bila cikgu tanya cita-cita agak-agak apa korang jawab? Mesti streotype gak kan.

Aminah: Saya nak jadi doktor.
Ahmad: Saya nak jadi polis.
Farah: Saya nak jadi cikgu.
Fatimah: Saya nak jadi doktor. Seperti doktor mahathir.
Siti: Saya pun nak jadi doktor.
Ali: Saya pun rasanya nak jadi doktor laaa.
Abu: Cikgu, apa lagi yang ada ni? Saya tahu doktor dengan polis je.

Lagi best...

Ramu: Cikgu, itu cita-cita apa ya? Makanan ka minuman ka?

Agak-agak ada tak yang jawab saya nak jadi penyanyi cikgu!. Aku sekolah kampung. Memang tak pernah jumpa laa time tu. Sekarang tak tahu laa camne. Agak-agaknya sekarang camne ek?

Cikgu: Okey anak-anak murid. Cuba bagitahu apa cita-cita kamu.

(Jap jap...Nak pikir nama sebab nama budak-budak zaman sekarang pun canggih manggih kalah nama bakteria.)

Diana Danielle: Saya rasa saya nak jadi pelakon.
Nora Danish: Saya nak jadi model.
Fazura: Saya nak kahwin dengan datuk. Kalau tak dapat datuk tan sri pun okey!
Qistina: Penyanyi!
(Tu je yang mampu. Penat pikir 10 minit untuk nama je)

Agak-agak jadi penyanyi ni senang tak ek? Nampak macam senang kan. Result spm tak yah gempak-gempak nak kene dapat straight A's. Lulus pun dah boleh pampang kat paper. Yerlaa buat ape nak gempak. Kalau tengok audition untuk masuk AF ke Mentor ke mana ada syarat dia nak suruh fotostat sijil SPM. Syarat dia just warganegara Malaysia berumur antara 15-25 tahun dan berperwatakan menarik. Boleh nyanyi ke tidak tu pun ikut sedap sendiri je. Betul tak?

Yang lagi best keje dia menyanyi je. Takyah nak bukak buku. Takyah nak buat assignment. Homework die just buat latihan suara untuk tak nak lari pitching. Pastu minum air asam jawa. Takyah tension-tension ngadap buku tebal-tebal. Takyah sengkang mata buat assignment bagai. Kalau fail dalam AF tu setakat tersingkir je. Tahun depan pi audition lagi. Takpun pi audition Mentor plak. Bukan nak kene repeat year, kan?. Ohh indahnya jadi penyanyi!!

Rutin hidup Siti Nurhaliza.



Kul 9 pagi: Berangkat ke Hotel Sentosa untuk performance.
Kul 1 tgh hari: Habis show. Lunch kejap. Jumpa peminat. Time ni just duduk-duduk pastu sain otograf.
Kul 5 petang: Balik hotel tido. (Yeke siti sempat balik tido?hahaha)
Kul 8 malam: Show kat jom heboh tv3.
Kul 1 pagi: Balik show. Tido.
5 tahun jadi penyanyi: Kahwin dengan Datuk K.

Rutin hidup Limah seorang pelajar biasa.

Kul 7 pagi: Bangun siap-siap pegi kelas takut kene tinggal bas. Siti siap boleh bangun kul 9 kottttt.
Kul 1 tgh hari: Lunch kejap. Cepat-cepat. Kalau dpt makanan lambat bising2 sbb kelas start kul 1.30.
Kul 1.30 ptg: Kelas. Fokus.
Kul 5 petang: Sampai rumah. Penat.
Kul 8 malam: Dah kene bukak buku. Selang seli dengan facebook. Siti time ni tgh nyanyi-nyanyi dengan gembiranya.
Kul 2 pagi: Tido.
5 tahun belajar: Entah jumpa entah tidak Datuk L.

So pilihlah nak jadi penyanyi ke nak kahwin dengan anak datuk? Mana lagi senang?
Sekian bebelan untuk hari ini.

P/s: Agak-agak dulu siti nurhaliza dapat tajaan mara ke jpa?





Agak-agak sama tak dengan gaya siti kat atas tu?