Saturday, December 3, 2011

Apa perasaan korang?

Haluuuu bebehhhh. Semekom. Buat-buat new post je terus nak buat survey. Ni bukan survey pun. Ni cerita gak laa kira. Jadilaa cerita ni pun. Lama sangat dah tak buat cerita. Nasib baik blogger punya site nih free kalau tak dah lama lingkup sebab sebulan lebih tak bukak bisnes. Kalau kedai makan, tikus pun dah beranak pinak kat belakang dapur. Apa ke hel nye pasal tikus nihhhhhhh?????????

Seminggu lepas kitorang diberi tugasan. Sebenarnya dah lama dah tahu kena buat. Dah sebulan kot. Tapi minggu lepas dah diingatkan semula suh siapkan tugasan yang diberi. And due date nye is hari ni. Jumaat. Oleh kerana aku nih orang melayu (bukan semua tapi ni melayu special..hahhaa). Maka tugasan yang diberi haruslah ditangguh-tangguh. Kalau tak, tak rase thrill beb. Kata melayu. Macam biasa. Selagi bukan esok maka agak tidak kalut disitu.

Maka nak dijadikan cerita, hari rabu dah start buat sikit-sikit. Time ni tak pressure langsung. Buat keje sambil senang lenang. 5 minit buat keje 15 minit ngadap facebook. Takut2 laa tertinggal gosip. Dah habis news feed sume bukak masterchef plak. Buat keje sambil tengok adik zamir. Pukul 1 pagi dah ngantuk. Baru siap satu. Tu pun tak perfect lagi. Tapi takpe. Due date hari jumaat. Jom tido. Maka selamatlah tido.

Esoknya, hari khamis. Malam. Memang dah set kena start buat awal. Nanti tak sempat siap. Maka pukul 8.30pm dah start buat keje. Kali nih tekun wehhhh. Facebook pun jeling-jeling je. Kalau facebook nih orang, dah lama dah dia merajuk sebab main jeling-jeling je. Serius tekun buat keje. Bukak buku nih. Bukak buku tuh. Ya Rabbiiiiii...tapi ni pun tak sempat siap okayyyy! Sakit tangan dah. Sakit kepala gak. Jiwa dah kacau. Dah start tension. Oh no. Mengantukkkk weiiii! Pukul 2 pagi terpaksa mengalah and tido.

Maka esok paginya dikelas, bertungkus lumuslah aku menyiapkan keje yang tertinggal. Time lecture pun tak tenang. Tido apatah lagi.

Apa perasaan korang kalau korang je yang tak siap keje tuh?

Apa perasaan korang kalau korang je yang tengah stress siapkan keje tapi orang lain dok bergosip?

Apa perasaan korang kalau tangan korang tengah penat menulis tapi member kat sebelah tangan dia penat menaip status kat fb?

Apa perasaan korang kalau korang berpeluh-peluh buat keje tapi member yang dah penat layan korang tapi tak siap2 gak terus pegi tido?

Apa perasaan korang kalau member yang tadi tido and bangun balik dah pun tapi korang still tak siap-siap keja tuh?

Apa perasaan koranggggggggg???

STRESS!!
BERPELUH!!
BERDEBAR!!
MENYESAL!!

Kesimpulannya. Buat laa keje awal. Kalau tak anda akan terlepas untuk bergosip dengan member. Anda akan terlepas waktu tido dalam kelas sebab dok pikir pasal keje.

Sekian saja luahan hari ini.

Terima kasih atas perhatian dan tindakan pihak tuan.

Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

"Berkhidmat untuk negara."

Sain tangan.
..............
(A DE NIN)

Tuesday, October 25, 2011

deepavali...

Dum dam dum dam bunyi mercun. Bukan sebab raya tapi sebab deepavali. Langit pun cerah je malam ni. Esok ke lusa entah deepavali tapi esok memang kat sini cuti. Sehari plak tuh. Rasanye dulu-dulu 3 hari. Yang peliknya kat Manipal semalam yang cuti deepavali. So bila sebenarnya deepavali nih? Pening yang amat bila nak pikir. So tak yah susah2 nak pikir. Bagi laa yang menyambutnya aja yang pikir lagi baik ke idak?

Hari lauk dinner ringkas saja. Nasi putih dengan ikan kembung goreng dengan budu perah asam limau dan cili. Ya Allah nikmatnya makanan ni! Lagi nikmat dari makan steak dan deobokki. Hahaha...Sapa yang tak makan budu tolonglah belajar makan budu weiii. Sedap amat maha dasyat punya! Tambah punya tambah sampai tak sedar nasi dalam periuk dah nak habis. Masyaallah. Ni sebab sedap makan budu ke sebab makan dengan syaitan sebab tak baca bismillah? Ehhhh baca ke idak tadi ni? Oppps!

Bajet artis laa pulak kan siap nak bercerita bagai hari ini ko makan apa kan. Makan budu you all! Moden tak moden I ni haaa! Memang kelasss!

Hari ini tengok dua kes convulsion. Satu febrile convulsion satu lagi epilepsy kot. Yang epilepsy tu that girl mental retardation. Kesian gak laa.

Maka tamatlah sudah riwayat hidup hari ini. Esok cuti. Sekian terima kasih.

p/s: Memori dalam auto. Bye.

Tajuk deepavali tapi cerita yang dua perenggan pasal budu. Ke lauttttt sungguh!

Wednesday, October 5, 2011

Nasihat gedebang gedebung...

"Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul."

Ada kaitan ke tidak entah peribahasa kat atas tu dengan motif post aku kali ini. Orang kata bagi nasihat ni senang. Main cakap je. Guna vocal cord dengan bantuan pergerakan mandible sikit sambil tangan gerak-gerak. Muka kene serius dengan sedikit kerutan didahi dan pandangan mata yang tajam. Cukuplah syarat sebagai seorang pemberi nasihat yang sedang memberi nasihat.

"Kita ni kena laa gedebang...gedebung...kerana.. gedebang..gedebung..maka dengan itu..gedebang..gedebung...hatta..gedebang...gedebung.."

Contoh nasihat yang berkobar-kobar.

"Ko cakap senang ah. Bukan ko yang kena buat. Bukan ko yang kena hadapi semua ni."

Hahaha...setuju sangat. Bagi nasihat ni senang je. Yang penting ada pendahuluan, isi penting dan penutup.

Maka suatu hari yang hening, mak aku call dan meluahkan perasaan. Katanya dia risau kat adik aku. SPM dah dekat. Tapi asyik buat homework depan laptop je. Kerja facebook 24 jam. Korea 24 jam. Trial SPM pun dia kata cam susah. Maka risaulah mak aku dengan kerenah adik aku yang bajetnya soalan SPM nanti dia amek kat newsfeed facebook gamaknya.

"Apakah profile picture terbaru friend anda bernama Nor Alia Iberahim?"
a) gambar berpelukan bersama suami
b) gambar sorang-sorang sedang termenung
c) gambar jun sang
d) gambar tsaqeef.

Kan senang kalau soalan SPM camtu. Konfom boleh score!

Sebagai seorang kakak yang begitu berdedikasi dalam mendidik adik-adik ke jalan yang lurus, maka aku pun mula lah bagi nasihat ala-ala gedebang-gedebung nih.

"Ami kene study. SPM ni penting. Tersangat penting untuk future. Maka dengan itu gedebang gedebung...hatta...gedebang gedebung...walaubagaimanapun..gedebang gedebung.... Yang penting banyak berdoa selain berusaha." (ayat akhir kena ala-ala ustazah sket.)

Bukan main aku nasihat adik sendiri suh study. Suh start buat jadual untuk exam. Suh jangan mengadap facebook. Nasib baik aku duk jauh. Kalau tak kantoi dengan nasihat sendiri. Aku nih kalau sebulan nak exam mesti semangat buat jadual untuk study. Buat cantik-cantik. Buat untuk countdown siap. 2-3 hari pertama tu semangat laa ikut jadual. Lepas tu semuanya tinggal mimpi dan angan-angan. Adehhhhh!

Alhamdulillah. Mak aku kata dia dah start study. Mintak-mintak lah bertahan sampai nak SPM nanti.

Belajar rajin-rajin Ami. Rakyat Malaysia ni sume pandai-pandai dah. 10A SPM dah melambak-lambak dah sekarang. Jangan malas please. JUST stay focus for your exam. SPM is not everything but it is something which is sooooo important for your future. And as you know, banyakkan sembahyang hajat. Allah yang memberi rezeki dan Dia tahu yang terbaik untuk kita.

p/s: Pandanglah pada nasihat yang diberi. Bukan pada pemberi nasihat. Heeeee!

Saturday, October 1, 2011

Hipokrit?

Baru lepas tengok drama melayu. Banyak sangat dah tengok drama-drama melayu nih. Setelah bertahun-tahun aku berkecimpung dalam bidang menonton drama melayu nih, aku dapat satu conclusion.

Meh nak bagi teka teki sikit:

Bilakah orang MELAYU wajib memakai tudung?

Ceteka..ceteka..ceteka...

Tak yah susah2 google. Tengok drama melayu kat malaymoviesfull dah dapat jawapan.

1) Kat kubur.
2) Dalam masjid.
3) Mahkamah syariah takpun pejabat agama. Yang ni ada spek hitam sekali.

Agaknya ada dalam buku teks kot kata sebagai orang MELAYU kita wajib pakai tudung di tempat-tempat berikut.

Ada orang kata, "At least diorang menghormati gak tempat2 tu, tu yg pakai tudung. Okay laa kn??



"Perintahkanlah anak-anak kamu supaya mengerjakan sembahyang ketika berusia 7 tahun, dan pukullah ketika mereka berusia 10 tahun (jika enggan sembahyang), dan pisahkanlah tempat tidur di antara mereka." (HR Abu Daud)

Monday, September 26, 2011

Aku dan Dia

Matanya jelas tertumpu pada Aku. Kelihatan begitu tekun. Tidak berkelip walau sesaat. Wajahnya serius. Tiada ukiran senyuman yang terpancar walau sedikit. Hanya kerutan didahi dapat Aku lihat.Sekali sekala bibirnya bergerak-gerak mengukir kata yang tidak jelas kedengaran. Aku berasa bangga. Walaupun kelihatan serius Aku tidak kisah. Walaupun tiada senyuman Aku tidak kisah. Yang penting mata dan fokusnya hanya pada Aku. Fikiranya juga pada Aku. Tapi adakah hatinya juga tertumpu pada Aku? Itu aku tidak pasti. Tapi malangnya ia tidak lama.

Lebih kurang 15 minit, matanya fokus tertumpu pada Aku. Kemudian tidak lagi.Hanya 15 minit. Kini tidak lagi. Matanya berpaling dari Aku. Fokusnya bukan pada Aku lagi. Aku terkilan. Sedih bukan kepalang. Hati Aku terguris. Sampainya hati mu!

Saat ini Dia pula menjadi pilihan. Matanya fokus pada Dia. Lebih fokus Aku rasa. Kali ini dengan senyuman. Sekali sekala kedengaran gelak tawanya. Aku hanya mampu menjeling dengan perasaan dengki. Matanya sungguh tekun meneliti Dia dari atas ke bawah. Aku hanya mampu menghitung waktu. Oh sudah hampir setengah jam. Nampaknya Dia lebih mendapat perhatian dari Aku. Nampaknya Dia lebih mampu membahagiakan. Ketika bersama Aku tiada gelak tawa. Hanya sunyi sepi. Tapi bila dengan Dia sebaliknya pula. Pedih hati Aku hanya mampu dipendamkan.

Setelah hampir 45 minit, barulah Aku ditatap kembali. Aku tersenyum dalam duka. Setiap baris pada Aku ditatap semula. Dengan bantuan highlighter kuning, isi-isi penting pada Aku di garis. Aku lega tuan Aku telah kembali padaku. Tidak lagi pada laptop disebelah mengadap Dia si Facebook. Walaupun tuan Aku kelihatan lebih gembira ketika bersama Dia tapi Aku akan pastikan Aku akan menjadi pilihan hatinya. Dan Aku tahu bila exam datang nanti, yang pasti Aku lah menjadi pilihan hatinya 24 jam.




p/s: Good Luck to my beloved seniors for the Final MBBS Professional Exam which start today. Do your best and make us proud.

Dan aku juga kene start study nih. Second IA pun dah tak sampai sebulan. Oh rajin kembalilah padaku! Study weiii!







Thursday, September 22, 2011

Curi curi masa..

Hoho busynya dua tiga hari ni. Blog pun senyap. Cerpen lagi lah. Tak pernah nak siap. Oh no kena rajin ni. Tapi penat nak mencari dan mencuri masa. Memang tak jumpa dah. Nak update pasal raya? Macam dah lama sangat. Orang yang puasa 6 pun dah lama habis. Aku? Puasa tak? Heeeee....Syawal ada lagi kan??

Raya macam biasa ah. Sembahyang raya. Salam raya. Bergambar raya. Tapi bergambar raya paling best. Macam-macam pose dapat. Alhamdulillah tahun ni cukup semua ahli. Siap bertambah lagi sorang. Budak kecik. Tsaqeef. Welkam to the family bebeh! Make sure kene suka camwhore mcm kitorg jugak ye nanti. Tapi konfom punye. Tengok mak dia pun lebih kurang je.

Oh balik raya tahun ni pun best. Banyak dapat pergi kenduri. Terima kasih untuk driver sejati iaitu Lipi aka Kak Jah's BF. Hehehe. Jasamu dikenang wei. Dapat gak makan macam-macam. Dapat ambik gambar lagi. Ambik berkat gak. Ehhhhh.. Memang banyak berkat aku ambik kali ini. Satu hari pergi 1 majlis bertunang dengan 1 majlis kahwin. Esoknya 1 lagi majlis kahwin. Tu pun terpaksa mengorbankan 3 'berkat' sebab banyak sangat kenduri tarikh yang sama. Rugi rugi. Lagi banyak berkat lagi menjadi kan? Hehehhe....Tahniah kawan-kawan yang selamat bertunang dan kahwin pada Syawal yang lepas. Semoga berkekalan dan berbahagia.

Itu saja laporan curi-curi masa. Buku memanggil-manggil. Tapi bantal pun panggil-panggil gak. Lagi merdu dan seksi. Ahhhh tahannnnn! Buku memang tak pandai menggoda. Langsung tak tertarik. Cuba tengok si bantal. Pandai saja menggoda dengan lengok-lengok dan suara yang seksi. Ehhh dah lain macam dah. Okey laa sekian. Selamat hari raya. Selamat hari Malaysia.

Sunday, September 11, 2011

Ramadhan yang lalu.

"Tarikh Hari Raya puasa 1432 Hijrah jatuh pada 30 Ogos 2011." Pengumuman keramat yang ditunngu-tunggu untuk menandakan kedatangan Syawal yang mulia dan pemergian Ramadhan yang penuh berkat. Aku juga seperti orang lain. Gembira. Bahagia. Kerana kedatangan Syawal yang pastinya meriah dan bermakna.

Seperti orang lain, Hari Raya pastinya disambut dengan menziarahi sanak saudara dan keluarga. Aku juga begitu. Sungguh seronok dapat bertemu saudara-mara dan jiran tetangga yang sudah lama tidak bertemu. Makanan apatah lagi. Terbaik. Macam-macam ada. Apatah lagi setelah sebulan berpuasa.

Aku nampak sekumpulan anak muda. Lebih kurang sebaya dengan aku. Aku ambil sepinggan satay berserta kuah kacang. Lalu terus duduk bersama mereka. Filem baru,kereta, Iphone, kahwin, sambutan raya dan pelbagai lagi menjadi topik perbualan mereka. Aku turut serta. Topik itu kena dengan jiwa aku. Sambil satu persatu satay menjamah bibirku, pelbagai lagi dibincangkan bersama. Sampai tidak sedar habis sudah satay dipingganku. Sungguh bahagia hari raya kali ini.

Aku bingkas bangun. Membawa pinggan kosong ke dapur. Tiba-tiba terlihat makcik-pakcik yang sudah senja umurnya. Kedutan kulit di tangan serta uban putih jelas kelihatan. Selesai membasuh pinggan, aku menuju ke arah mereka. Sambil mengucapkan salam aku duduk bersama mereka.

"Tahun ini dah tak larat macam tahun lepas. Bangun malam pun sempat 10 malam terakhir je. Harap-harap dapat Lailatulqadar."

"Samalah. Qiamullail dah tak penuh tahun ni. Ada yang tak terbangun sebab sakit-sakit badan. Sedih sangat. Kalaulah ini Ramadhan terakhir."

"Terawikh pun mampu buat 8 rakaat saja tahun ni."

"Aku pulak demam seminggu.Puasa pun tak larat. Biasalah ada kencing manis. Tak larat berpuasa. Seminggu tak dapat bangun malam dan qiamullail."

"Bagus betul imam kat masjid kita. Buat 20 rakaat pun tak terasa. Bacaan sedap didengar dan tidak terlalu panjang. Sesuailah dengan umur kita yang tua ni."

"Marilah doakan kita berjumpa dengan Lailatulqadar. Insyaallah. Hanya Dia yang tahu."

Darah menyirap hingga ke kepala. Aku tertunduk diam mendengar perbualan mereka.

Berapa kali sangat aku pergi teraweh? Tu pun 8 rakaat. Tak pernah 20 rakaat. Berapa kali aku bangun sembahyang malam sepanjang Ramadhan lepas? Atau tiada langsung? Ada aku berusaha mencari Lailatulqadar?

Mereka ini sudah lanjut usianya. Kesihatan tidak seberapa. Tenaga pun lemah. Tapi mampu untuk semua itu. Aku? Umur masih muda. Badan masih sihat. Tenaga masih kuat. Tapi Ramadhan aku hanyalah menahan diri dari lapar dan dahaga. Ramadhan aku hanya untuk menunggu sambutan hari raya.

Astaghfirullahalazim. Aku malu dengan diri sendiri. Kalaulah tahun ini Ramadhan terakhir aku? Tanpa kusedari, air mata mula menuruni kelopak mataku.

p/s: Apa ertinya Ramadhan kali ini untuk kita? Semakin baik, sama saja atau semakin teruk dari Ramadhan yang lalu?