Alhamdulillah. 14 ogos sudah berlalu. Bangun tidur dengan umur yang baru. Umur makin tuo. Cemano ni? Bukan lagi 18. Bukan lagi 20. Bukan lagi 22. Tapi dah 24. This is badddddd. Hahahaha. Happy birthday to me. Semoga saudari panjang umur, murah rezeki dan sentiasa bahagia. Ucapan untuk diri sendiri disitu.
Kejadian-kejadian aneh sempena bulan ogos dan 24.
1) Bukak puasa dengan kawan2 tapi diselitkan dengan sambutan birthday. Malu akak ni haa! Dapat pulak kek birthday beserta lilin yang memang tak dijual kat mana-mana kedai. Konfom! Diselitkan juga kejadian-kejadian pelik seperti misteri hilang tupperware yang memang dibawa khas untuk aktiviti menapau. Setelah berpeluh-peluh mencari sambil membuat press conference barulah tupperware bernilai jutaan ringgit yang berisi makanan yang sangat tak ternilai dijumpai. Kalau tak alamak tak bersahur laa maka tak puasa laa esok nya. Ehhhh.Papepun Alhamdulillah. Terima kasih semua.
2) Bukak puasa dekat kedai mahal wa cakap lu. Ada orang belanja. Seronak sambil melompat kegirangan. Tapi tak mampu melompat dengan lebih tinggi sebab nak dijadikan cerita pening pulak datang menjengah di hari kejadian. Alamaknya tak dapat lah nak berseronok sakan. Hanya mampu menahan pening sambil2 posing ambik gambar bila mana peluang datang. Tapi pening tu memang dasyat gak. Hilang fokus nak makan. Nak order pun lambat. Kesimpulannya memang mamai! Tapi makan sedap. Terima kasih juga pada yang berkenaan.
potong kek sambil pening-pening lalat.
3) Oh lupa satu. Malam birthday dapat makan laksa penang. Sedap menjilat jari. Walaupun hanya bertiga yang makan tapi sangat mampu menghabiskan 1 paket besar laksa. Tak cukup lagi tu. Lepas teraweh sambung moreh makan laksa. Pastu supper lak kul 12 makan laksa lagi. Bahagia sangat-sangat deh! Mokaseh laa deh. Lakso mu sedak sengoti!
4) Dapat hadiah banyak. Kad luahan hati juga. Walaupun tak sebanyak cikgu-cikgu dapat masa hari guru. Tapi layanlaa. Nama pun student. Bukan cikgu pun. Terima kasih. Semua hadiah anda amat dihargai. Kalau listkan nampak menunjuk pulak kang. Tunjuk-tunjuk gambar apatah lagi. Haram! Heeeee...(malas sebenarnya)
5) Takde kaitan dengan birthday. Tapi ada kaitan dengan 24. Yess. 24hb ogos ni balik kampung. Eh bukan kampung. Maju sangat pasir puteh tu kalau nak kata kampung. Balik rumah laa senang. 24 tu theoretically je tapi technically 23hb petang tu dah call meru cab datang amik dah. 23hb malam tu dah sampai epot. Cuma flight je gedik nak datang amek kul 12.10 malam so tertulislah ditiket aku 24hb. Tapi takpe. Tak kisah. Yang penting 22hb dah boleh peking bag. 23hb dah boleh call cab. Bahagia!!
Itu saja kejadian-kejadian aneh yang sempat dirakamkan.
Selamat menyambut hari sabtu.
Lagi 3 hari nak balik Malaysia.
Lagi 10 hari nak raya.
Lagi 9 hari je kena bangun sahur. Sabar! Hahahaa...
Kami pelajar-pelajar India membantah bantahan terhadap penayangan siri Tahajjud Cinta.
Hahaha..Just for funlaa!
happy bday denin. slamat tingkat kn amalan 10mlm terakhir. :D
ReplyDeleteterima kasih disitu. insyaallah. sama2 lah kita ye.
ReplyDelete