Pintu bilik dikuak. Beg yang digalas dilepaskan begitu sahaja. Terbiar di tepi meja tulisnya. Badan yang kepenatan terus dilemparkan ke katil yang empuk.
"Ahh sedapnya katil!.Penat betul hari ni," keluh Nadia mengenangkan semalam dia tidur agak lambat kerana mengulangkaji pelajaran untuk examnya hari ini yang baru sahaja berakhir.
Badan dipusing ke kiri. Pusing pula ke kanan. Posisi badan berubah lagi. Kini badannya terbaring lurus. Mata cuba dilelapkan. Tapi gagal. Dibuka matanya lalu singgah tepat ke siling biliknya. Hatinya tidak tenang. Seperti berkecamuk. Fikirannya juga seakan berat. Hampir setengah jam juga Nadia berkeadaan sedemikian. Namun, matanya tetap degil untuk beralih ke alam mimpi.
"Apsal aku ni? Tadi macam penat. Sekarang nak tido plak tak boleh. Rasa tak sedap hati plak." Hati Nadia berbisik sendiri. "Takkan pikir pasal exam kot. Insyaallah final exam nanti aku buat lagi baik." Nadia cuba sedapkan hatinya. Dianggapnya keresahan hatinya adalah kerana memikirkan paper exam tadi.
Dicuba sekali lagi untuk melelapkan mata. Keadaan tidak berubah. Matanya tetap degil. Hatinya pula bukanlah semakin tenang malah gelojaknya semakin ketara. Nadia bingkas bangun. Ada sesuatu yang tidak kena. "Ish tak pernah aku macam ni. Risau plak." Nadia berbicara dengan hatinya.
"Allahuakbar Allahuakbar.." Azan dari luar tingkap berkumandang sayup-sayup. Nadia lantas mengorak langkah menuju ke tandas untuk mengambil wuduk. Mungkin selepas solat hatinya akan lebih tenang.
Usai salam, mulutnya terkumat-kamit berzikir. Kemudian diangkat tangannya memohon doa agar diberi ketenangan hati serta dilindungi keluarganya di tanah air dari sebarang malapetaka. "Aminnnn," syahdu suara Nadia di pengakhiran doanya.
Tiba-tiba.
Sms diterima. Dari adik bongsunya di Malaysia.
"Kak ya. Mak dengan ayah kemalangan tadi. Tapi tak teruk pun. Mak dengan ayah tak ada apa-apa pun."
Astaghfirullahalazim. Diusap-usap dadanya kerana terkejut. Patutlah dari tadi hatinya berkecamuk. Ada sesuatu yang buruk berlaku rupanya. Sambil cuba menenangkan dirinya, dibalas semula SMS adiknya.
"So sekarang camne dengan diorang? Kat hospital ke?"
2 minit kemudian.
"Takpun. Mak dengan ayah okay. Just terkejut.Tapi kereta agak teruk."
Alhamdulillah. Lantas Nadia sujud sebagai tanda syukur yang tidak terhingga pada Yang Maha Esa.
Setelah itu, dibukanya telekung sembahyang. Lalu terus mendial nombor telefon ibunya.
"Assalamualaikum mak. Mak macam mana? Okay? Camne boleh jadi camni?" tanya Nadia bertalu-talu.
"Waalaikumussalam. Mak ngn ayah tak ada apa-apa pun. Nak wat camne. Benda nak jadi. Bukan kerja kita. Takyah risau pun." Balas ibunya.
"Macam ni laa sayang anak dekat mak dia. Mestilah risau. Duduk 9 bulan dalam perut mak kot.Apa-apa menda mesti Nadia dapat rasa tau. Macam mana mak risaukan Nadia sebab sakit gigi je pun, macam tu lah Nadia risaukan mak. Hehehe." Terang Nadia panjang.
"Amboi, dah terbalik dari ayat mak selalu guna tu." Lalu disambut dengan ketawa dua beranak.
Dalam hatinya Nadia tidak putus-putus melafazkan kesyukuran pada Allah.
-Tammat-
P/s: Ayat mak aku selalu pakai, "Macam ni la sayang mak ayah dengan anak-anak dia. Nanti korang ada anak korang tahu laa camna risau nye kami bila anak berjauhan."
Nanti nak reply balik la kat dia camni, "Takyah tunggu ada anak laa mak. Sekarang pun dah tahu camna risaunya bila duk berjauhan dengan umi abah ni."
Selalulah mendoakan keselamatan dan kesihatan ibu dan ayah kita walau dimana pun kita berada.
cayalah denin..!!!
ReplyDeletehehe..mcm citer sy jer jer..
ReplyDeleteso sweet ting..ak traso sgt sejak kijo ni. mak ayh pulok koho tuo. wuwuu talipong kak2 nok lo ni.
ReplyDeletehehehe cam sama je ummi saya cakap camtu
ReplyDeleteeh nape dpt tgk 24feb je your blog?xdpt tgk your latest post
ReplyDeleteni jer yg latest post...hehehe...no idea to write yet..plus exam in between!..tq for reading!
ReplyDeleteBusy ekkk . Ad_nin, Good luck for exam! hehe =P
ReplyDelete