Monday, May 23, 2011

Syumul

Korang (yang bertudung) tau tak, kitorang yang tak bertudung ni sebenarnya sentiasa ada pandangan yang tinggi pada orang yang bertudung. Ingat kitorang tak rasa segan ke dengan orang yang bertudung? Kitorang rasa rendah diri tau. Rasa malu pun ada. Bila yang bertudung tegur kita baik-baik, memang terkesan. But bila golongan yang kami pandang tinggi ni perangai lebih kurang aku je, rasa macam...entah la.

Tolonglah bantu kitorang yang tak betul ni menjadi betul dengan cara berhemah.

And kepada yang tak bertudung, kalau taknak bertudung pun, tolonglah jangan secara terang-terangan mengaku taknak pakai hanya kerana tak boleh terima teguran orang.

- Dapat this from one of the blogger.

Orang lain baca blog ustaz zaharuddin ke, dr maza ke, pastu copy paste kat blog. Aku plak blog sebarangan macam ni rajen plak nak membacanya. Adehhh. Ye baca Oh Bulan sangat best. Beautiful Nara pun. Hahaha.

Eh...

Point asal dia mnde lain tapi aku amek part yang aku suka ja. Menarik kan statement tu? Sebab tu orang kata peribadi kita boleh menarik orang untuk menjadi lebih baik. Peribadi kita gak boleh buat orang kutuk sampai habis air liur diorang. Macam-macam dunia ni.

So kena la tunjuk contoh yang baik lepas ni. Sangat susah nak jadi baik. Bukan sume orang boleh jadi baik 24x7. Sangat susah. Asyik nak aje bergosip. Nak aje mengumpat. Ade je nak mendengki. Aishhhhh. Sebab kita tak nampak 2 malaikat kat atas bahu kiri kanan kita.


Bertudung. Berakhlak. Semua kena ada.Bukan amik part yang kita suka je. Islam itu syumul. Mennyeluruh. Menyeluruh itu barulah nampak kecantikan islam.

Jom jadi yang lebih baik!

Akal. Iman. Nafsu.
Mana satu pemimpin diri kita?

Kiranya aku dirinya

Kiranya aku dirinya,
Buktikanlah,
Lakarkanlah,
Potretkan ia.

Kiranya aku dirinya,
Pastinya itu satu kekuatan,
Menghangatkan perasaan,
Yang semakin hilang.

Kiranya aku dirinya,
Biarkan,
Benarkan,
Aku untuk berkhayal bersama mimpi-mimpi malam.

Kiranya aku dirinya,
Mengapa biarkan sahaja,
Mengapa ia terhenti,
Mengapa hanya disitu,
Tersekat.Tenggelam. Hilang.

Kiranya aku dirinya,
Mengapa kabur sahaja,
Mengapa kelam sahaja,
Tiadakah secebis cahaya?

Kiranya aku dirinya,
Pintu tetap terbuka,
Jasad tetap ada,
Sehingga hujung waktu.
Selamanya.

................................................



Bersastera di tengah malam.

Tuesday, May 17, 2011

Kenapa hari guru je?




Bila sebut 16 mei je sume orang tau tu hari guru. Lagi best kalau cikgu tu sendiri lahir pada 16 mei. Dapat double celebration, dapat double hadiah lagi. Memang seronak!
Sapa parents dia cikgu memang hari guru ini adalah hari yang amat bahagia. Lebih-lebih lagi kalau dua-dua mak dan ayah cikgu. Hadiah konfom penuh kereta. Macam baru lepas balik kenduri. Heaven weii!!

"Bila umi nak balik ni? Nak bukak hadiah ni."
"Korang bukak hadiah yang kecik-kecik je. Yang besar bagi kakak yang buka tau."
"Mintak-mintak laa tahun ni hadiah lagi banyak dari tahun lepas."

See? Yang bukan cikgu ni yang excited sambut hari guru. Ya. Aku la tuh. Nikmat kot dapat hadiah banyak-banyak. Sampai one time cita-cita aku ialah nak jadi cikgu. Boleh nyanyi lagu hari guru. Dapat plak hadiah banyak-banyak. Tapi nak wat camna. Takde rezeki nak jadi cikgu. Kesian nanti budak-budak ni. Apa benda laa aku mengarut kat budak-budak ni kalau aku jadi cikgu kang...

Post kali ni takde motif pun. Saje nak merepek. Sebab rindu kat cikgu-cikgu sekolah dulu. Rindu! Masa Kat SRK Kamil 1 paling best kena tarik telinga, kena rotan kat tangan, kena berdiri atas kerusi, kena ketuk ketampi. Memang routine ah semua tu.

Masuk sekolah menengah dah matang sikit dah. Rasanya dah tak kena pape dah. Fuyyoo dah insaf dah. Tak pun sebab cikgu sekolah rendah je garang semacam. Hahaha...Terima kasih cikgu-cikgu di SMK Kamil. Dah lama dah tak gi melawat. Last pun masa SPM kot.

Dahlaa. Cukup untuk hari ini.

Hari guru ada sebab student boleh bagi macam-macam. Paling cikai bagi pen merah stabilo. Cikgu memang nak sangat kot! Tapi cuba bayangkan kalau ada hari doktor? Apa patient nak bagi hadiah kat doktor? Stetoskop?Ke nak bagi panadol soluble? Patutlaa takde hari doktor! Tu belum kalau hari jurutera. Nak kene bagi apa ek? Sapa yang nak bagi? Fikir-fikirkan laaa.

Sunday, May 8, 2011

Selamat hari ibu vs selamat pengantin baru

Lagu Selamat pengantin baru digubah menjadi lagu selamat hari ibu.
Buat semua ibu-ibu.
Sesungguhnya anak-anakmu yang jauh amat rindukan masakanmu!
Terimalah. Mari nyanyi sama-sama dengan Anita Sarawak..
Jangan lari pitching!



Selamat hari ibu
Semoga kekal dirahmati bahgia
Ke cucu cicit sentosa murah rezeki
Alhamdulillah anakmu berjaya
Berkat kesucian akhir terlaksana

Pabila sedang termenung
Janganlah terkenang ibu
Masakan ibu sungguhlah sedap
Nampak biasa tapi memang sedap
Dengan ketabahan
Sabar menghadapi tempuh
Hidup baru


Selamat hari ibu umi!!
You the best yo!



We all do love our mother, but how much?

Thursday, May 5, 2011

Iklan petronas



It's not easy to find the right guy in our life. But we are lucky enough that we already have one. Yes we all have one. Single ke. Janda ke. We already got one. Who? Your father. The right guy in our life. Now nak kena carik the second guy. Kalau yang dah jumpa alhamdulillah. Yang kapel tapi belum kahwin tu belum tentu ye. Ngeh ngeh ngeh. Me? Still standing. Eh silap. Still pending!

Happy Birthday to My Beloved Abah. 3 Mei.Alamak Happy Birthday yang ke..? Ermm lahir on 1954. Kira laa sendiri. Tak ingat.

Kaler rambut berubah. Kaler janggut pun berubah.
Tapi takpe.
Air teh pakistan abah TETAP rasa sama.
Abah TETAP nak minum air suam lepas makan nasi.
Lepas makan pinggan TETAP taknak letak dalam sink.
Kalau balik dari surau abah TETAP nak suh tutup tv kecuali cite Jackie Chan.
Bekeng abah pun TETAP sama.

.....................................................................................

Dari berdua. Menjadi tiga. Menjadi empat. Seterusnya menjadi lapan. Lapan sekeluarga.
Dari rumah 4 bilik kini menjadi 6 bilik.
Dari kereta kancil kini kereta Ferrrari. (hahaha ye laa sangat ferrari.)
Dari guru kecik kini guru besar.
Dari belakang rumah yang kosong kini penuh dengan ayam itik.
Dari makan bersila dilantai kini makan di meja.

Tapi,
TV tetap takde Astro.
TV tetap duk rosak-rosak.
Petang-petang TETAP nak feeling2 berdua-duaan lepak kat tepi kolam.

Kini sudah 31 tahun. Alhamdulillah.

Happy Annyversary to Umi dan Abah. 1 Mei 2011.



.....................................................................................

Ada perkara berubah seiring masa.
Disebalik itu, ada perkara yang TETAP sama.
Happy Birthday! Happy Annyversary!

Ade macam iklan petronas tak? Ahaks.

Menguappppp.



Hm malam ni kene study nih. Kelas dah start seminggu. Kosong je aku rase. So berlari-lari anak amek buku kat rak buku yang berada lebih kurang 4 langkah dari katil dan 10 hasta dari meja study. Amek buku paling tebal Mr Bailey N Love sebab esok ade posting surgery. Sakit lengan angkat angkat buku tu.

'Debushhhh'. Hentak buku Bailey N Love tu kat atas meja. Letak pelan-pelan je pun tapi sebab gabak bunyi pun over kann. Cari tajuk Branchial cyst. Bukak pelan-pelan. Selak punye selak. Amek highlighter. Baru nampak bijak nak study. Pastu rasa tak selesa. Berdebu berhabuk dan berhampagas meja. Yes. Cuti 3 minggu. Kelas 1 minggu. Meja study tak pernah guna secara betul. Penyalahgunaan je banyak.

Amik tisu. Basahkan kat sink. Lap meja pulak.Kiri kanan. Atas bawah. Mak aihhh hitam tisu jadinya. Kemas-kemas sikit. Susun atur sikit. Buang pen yang dah habis dakwat. Haduhhh penatnya!

Okeh duk balik mengadap buku. Highlight ape yang patut kat buku tuh. Lima minit je. Dah rasa penat. Pastu gangguan pulak kat YM. Ninot pulak buzz. Memang distracted. Konon kan. Terus muka pandang laptop. Mula-mula YM. Pastu check FB. Pastu bukak Oh Bulan. Bukak Beautifulnara. Syok baca gosip. Dah habis. Bukak iluvislam. Alamak panjang2 laa plak entry dia. Baca tak habis. Hehehe.Pastu Ninot buzz lagi. Kacau lagi. Tanya buku-buku pulak. Pastu gosip bagitahu yang BF Maria Elena tuh abang Fatin Liyana. Terima kasihlaa ninot. Sangat berguna kan. Hahaha.

Dah tak tahu nak buat apa. Rasa bersalah kat buku. Pulang ke jalan yang lurus. Ngadap Bailey N Love semula. Baca. Menguap. Baca. Menguap. Baca. Menguappppppppp.



Cukuplah untuk hari ini. Esok kita cuba lagi. Semua orang bising exam dah dekat. Julai. Adeh. Tak habis-habis dengan exam. Nak tido!Okeh minum susu dulu. Kata nak gemuk! Hahaha.

Menguapppppppp. Zzzzzzzzzzzzzzz.


Izz Amsyar Tsaqeef. Lima bulan dah. Curi gambar kat FB mak dia.

Monday, May 2, 2011

Long lost pen pal..

Sape pernah ada penpal angkat tangan macam saya~ Hahaha. Hantu kak limah lagi. Tak abis-abis kan. Tapi yang penting lagi baik dari dua alam. Entah pape je movie tu. Berangan nak dapat 7 juta. Agak-agak berapa ek kutipan movie tu? Tension tengok. Tengok movie Cun lagi seronok. Seronok tengok Kuntum.

Ada cite seronok nak habaq ni. Dulu masa zaman sekolah aku pernah ada penpal. Start mase darjah 4 rasenya.Takkan tak tahu penpal tu ape? Maksudnya lebih kurang acara surat-menyurat dengan orang yang korang tak pernah jumpa. Boleh jadi mat salleh ke orang jawa ke. Tapi aku punya mat salleh wa cakap lu. Orang German gitu. So memang gempak laa kan dulu essay english. So kalau kat kelas tu bila buat surat tak rasmi tu konfem2 dapat A laa. Sebab dah terer. Tapi bila bab-bab esei lain memang sampah laa gak. Konfom bukak buku contoh karangan pastu tiru sebijik-sebijik. Pastu dapat A gak.

Kitorang memang sangat kamceng. Sebulan sekali mesti dapat surat. Pastu birthday mesti dapat hadiah. Tapi yang sedihnya kitorang lost contact bila aku masuk KMS kalau tak silap laa. Dia ada hantar dalam 2 surat but aku tak sempat nak reply. Bukan sengaja pun. Tapi memang sangat2 busy. Tup tup sampai sekarang tak pernah kontek dah.

Tapi yang bestnya semalam dapat message thru FB from someone. Tengok nama je terus seronok. Macam kenal je.

Nih aku copy paste message die.

Dear Adnin,

my name is Stefanie. I’m from Germany and I’m searching for my former pen pal. Her name is Nor Adnin Iberahim and she comes from Malaysia (Pasir Puteh, Kelantan). I’m afraid that the contact anytime abort because of this I would be glad if I could find you on this way. We wrote us in the time from april 2002 until September 2005 and I’ will be very happy if you are the right Ad (Adnin) which I’m searching for. I have so many questions and I hope that you and your family are in the best of health and happy always.

Thank you and I’ll happy to hear from you. I hope you can remember me!

I’m sorry if you are not the right Person.

Bye and kind regards

Stefanie.

Ahh sungguh seronok dapat message nih. Cehh macam dapat surat cinta dari Ashraf Muslim je kan. Yeay dah boleh start writing in english dah. Takde laa hari2 buat long essay pasal Bornchial Asthma or Acute Suppurative Otitis Media je!

Pintu cahaya



Pintu ini milikku. Ya ini bukan pintu biasa. Ini pintu ajaib. Ajaibnya bukan seperti tikar Aladdin. Ajaibnya bukan juga seperti nujum Pak Belalang. Tapi ia ajaib. Sukar diungkap dengan kata-kata. Sukar dibahaskan dengan bahasa.

Pintu ini sudah lama terbuka. Sungguh luas bukaannya. Hanya untuk satu. Satu cahaya masuk. Ia kelihatan seakan untuknya. Terang. Bersinar. Teguh. Namun cahaya itu hanya disitu. Tidak berganjak. Tidak melangkah walau satu titik. Aku tidak mengerti. Mengapa?

Sudah lama ia terbuka. Sudah lama ia menanti. Pintu ini semakin penat. Bukan tiada usaha diberi. Tapi apakah daya? Tiada boleh ia dipaksa. Mungkin tiada nasib. Mungkin. Kiranya diri ini dirinya. Sudah lama akan bersatu. Pintu dan cahaya. Tapi hakikatnya tidak.

Detik waktu tidak pernah terhenti. Detik hati tiada yang tahu. Pintu yang luas semakin dirapatnya. Semakin rapat tertutup. Semakin kecil cahaya itu kelihatan. Biarlah. Biarlah begitu. Ia lebih baik.

Mungkin lain waktu. Akan dibukanya semula. Untuk cahaya yang lain. Cahaya yang lebih baik. Cahaya yang lebih terang.

Ohhh ashraf muslim! Ohh Prince William!