Monday, May 23, 2011

Kiranya aku dirinya

Kiranya aku dirinya,
Buktikanlah,
Lakarkanlah,
Potretkan ia.

Kiranya aku dirinya,
Pastinya itu satu kekuatan,
Menghangatkan perasaan,
Yang semakin hilang.

Kiranya aku dirinya,
Biarkan,
Benarkan,
Aku untuk berkhayal bersama mimpi-mimpi malam.

Kiranya aku dirinya,
Mengapa biarkan sahaja,
Mengapa ia terhenti,
Mengapa hanya disitu,
Tersekat.Tenggelam. Hilang.

Kiranya aku dirinya,
Mengapa kabur sahaja,
Mengapa kelam sahaja,
Tiadakah secebis cahaya?

Kiranya aku dirinya,
Pintu tetap terbuka,
Jasad tetap ada,
Sehingga hujung waktu.
Selamanya.

................................................



Bersastera di tengah malam.

No comments:

Post a Comment