Cerpen ini tiada kaitan dengan Ustaz Shauki dan isteri-isterinya. Layan....
"Rasanya Sungai Nil dan Mesir itu jodoh. Kalau enggak ada Sungai Nil pasti enggak ada Mesir, enggak ada peradaban."
"Sungguh indah kalau kita bisa bertemu jodoh yang diberi tuhan dari langit."
Terngiang-ngiang ayat dari filem "Ketika cinta bertasbih." Apa lagi, tak sah kalau tak berangan bila lepas tengok filem-filem jiwang nih. Mulalah berangan dapat boyfriend camtula, camnila. Ah bahagia saja kalau dalam filem nih. Realiti takdenya macam ni. Terus aku tersedar dari terus tinggi ke awan sebab berangan. Memang parah penangan filem romantik ni. Memang pantang aku. Senyum sendiri tak pasal-pasal.
"Ni pehal senyum macam kerang busuk ni?" tanya Dila tiba-tiba buat aku terkejut dari lamunan. "Biasala. Berangan kahwin dengan hero cite ni la." Selamba aku menjawab. "Dah agak dah ko. Pantang tengok citer jiwang, ko yang lebih-lebih feeling. Wajib kawen dah ko ni Mustika." Terus tergelak aku mendengar ayat selamba Faradila, rakan sebilik sejati aku sejak dari tahun pertama lagi. Memang kawan memasak, kawan tidur, kawan study, kawan menangis dan macam-macam lagi.
Tiba-tiba tengah syok bergelak ketawa, ringtone Super Junior Sorry-sorry tiba-tiba berdering.
"Hello wak. Takde buat apa pun. Baru lepas tengok Ketika Cinta Bertasbih ni. Seronoknya dapat Khairul Azzam. Hehehe. Jangan jeles tau." "Amboi minat Azzam pulak. Saya ni nak letak mana? Saya pun hensem gak." "Awak hensem tapi Azzam ni comel. Janggut ciput dia comellll sangat." "Kalau camtu nanti saya pun nak simpan janggut la. Biar panjang macam Ustaz Azhar Idrus, nak?" "Eh tu panjang sangat tu wak.Takuuut!!" Terus perbualan kami diakhiri dengan gelak ketawa. "Ok laa awak. Take care. Saja call takut la dah sampai langit tak turun-turun syok berangan." "Hahah. Bye wak. Take care gak."
Dah habis borak dengan encik boyfrien, terus aku ajak Dila keluar makan. Lapar. Malam nanti nak kena sambung buat assignment. Bertimbun ni. Final year project tak start pikir lagi. Ahhh kacau mood bahagia betul laa .Okay. Malas fikir. "Jom Dila makan!"
.....................................................................................
Baru habis kelas. Dila tak ikut aku balik. Dia kata nak melepak minum kopi dengan kawan-kawan sekuliah. Aktiviti wajib kami bila habis kelas hari Jumaat. Tapi hari ini aku rasa malas. Malas nak melencong. Malas nak melepak. "Melepak ni budaya yang tak elok. Korang tak pernah buat karangan ke pasal keburukan budaya melepak zaman PMR dulu? Ada 6 perenggan dulu aku buat. Hahaha." Panjang aku bagi tazkirah kat mereka. Saja bagi alasan. "Eh ustazah. Bukan melepak tu aktiviti wajib ko ke?" Balas Dila. Aku tak ikut. Tak tahu kenapa. Tapi dari kat kelas tadi hati aku rasa tak sedap. Dalam kelas pun apa yang lecturer ajar pun tak berapa nak masuk. Perut terasa semacam. Hati pula berdegup luar biasa. Tanpa berlengah, terus saja aku membawa diri untuk pulang dan berehat dibilik.
Sampai kat bilik. Terus letak beg. Bukak tudung. Malas nak salin baju kurung, terus aku humban badan ke katil. Cuba melelapkan mata. Pusing kiri, pusing kanan. 15 minit berlalu. Tapi mata aku seakan sukar untuk lena. Mata aku terus segar. Kupandang siling. Melihat laju kipas berpusing. Pada masa yang sama, degupan jantung aku tetap sama. Kuat dan deras. Cuba menutup mata buat kali kedua. Namun masih hampa. Mataku tetap degil. Puas sudah aku menukar posisi tidur. Tapi masih sama. Aku masih gagal untuk tidur. Aku tetap tidak tenang. Masih berdebar. Tak sedap hati.
Tiba-tiba azan berkumandang. Azan asar. Terus aku bingkas bangun. "Mungkin lepas berwudhuk dan bersolat,jiwaku pasti lebih tenang." Pujuk diriku lantas berjalan untuk berwuduk dan menunaikan solat Asar.
Usai berdoa dan menekup tangan ke muka, tiba-tiba handphone aku berdering.
"Hello angah. Abah ni. Tadi ibu tiba-tiba jatuh dan pengsan. Sekarang kat hospital. Doktor kata heart attack." Laju sahaja bait-bait kata abah keluar dari corong telefon bimbitku. Aku terkejut bukan kepalang. Patutlah hati aku dari tadi rasa semacam. Allahuakbar. Aku terkejut dengan berita dari abah. "Camna boleh jatuh ni? Jadi sekarang ibu camna? Okay tak? Kat hospital mana?" Bertubi-tubi soalan aku tanyakan tanpa sedar. "Ibu okay. Tapi masih dalam ICU. Nanti balik dengan abang long. Abah dah suruh Abang long pegi amek angah kat UKM tu pastu terus direct balik kampung.
Bersambung.....
Sunday, December 11, 2011
Thursday, December 8, 2011
Marilah menuju kejayaan.
Arman pelajar pintar di sekolah. Setiap kali exam mesti semua dapat A. Semester 1 pun 10A. Semester 2 pun 10A. Semester 3 pun 10A gak. Tapi Arman memang patut berjaya pun. Dia rajin belajar. Nota penuh kat dinding bilik. Semua buku buat rujukan. Highlighter kalau buat collection konfom beratus-ratus. 24 jam geng ngan buku je. Trial konfom-konfom 10A. SPM hari tu pun keluar dengan muka confident je. Dari paper BM sampai ke paper Fizik. Senyum aje kalau abis exam. Best betul jadi orang pandai. Tapi dia tak sembahyang pun. Kalau kat surau memang tak pernah nampak dia sembahyang. Yang sendiri-sendiri tu hanya Allah yang tahu. Tapi dia sentiasa berjaya. SPM nanti konfom laa cemerlang gemilang terbilang.
Fakri pelajar sederhana. Kadang-kadang cemerlang. Kadang-kadang biasa-biasa saja. Semester 1 10A. Sebab semangat berkobar-kobar lagi. Naik semester 2 dah jadi 8A. Sibuk tackle awek agaknya. Semester 3 pulak dah 7A. Trial hari tu dapat 8A rasanya. Ni mesti sebab insaf dah nak SPM. Dah rajin study. Dah mula sibuk buat nota. Fakri seperti orang lain. Sembahyang 5 waktu seperti yang ditetapkan. Sebab duk asrama, alhamdulillah memang cemerlang 5 waktu berjemaah semua. Sembahyang sunat pulak semakin kerap pulak bila dah nak dekat-dekat SPM.
Ahmad pulak lain ceritanya. Dulu kat rumah masa sekolah rendah bagus sangat. Sembahyang lima waktu tak pernah tinggal. Jadi imam kat rumah pun selalu. Bila masuk asrama lain pulak jadinya. Asyik ponteng sembahyang. Kalau warden tangkap kena denda. Kalau berjaya lepas bahagia dan bangga. Kalau tanya pasal result, Ahmad diantara pelajar yang pintar. Semua semester mesti cemerlang. Semester 1 sampai semester 3 semua nya 10A. Tapi nasib tak menyebelahinya. Trial Ahmad lingkup. 4A je. Frust menonggeng. Sebulan masa sebelum nak SPM, Ahmad pulun habis-habisan. Time SPM, ada paper okay. Ada paper yang dia memang blank.
Hari keputusan SPM.
Arman: Antara pelajar terbaik sekolahnya. Straight 10As.
Fakri: Juga top 10. Straight 10As.
Ahmad: 9As.
Motif cerita:
Hidayah milik Allah. Syukur atas kejayaan Fakri. Sudah rezekinya. Berkat usaha dan doa dia. Fakri berusaha. Fakri juga tidak lupa untuk bergantung pada Allah.
Arman juga berjaya. Juga antara pelajar terbaik SPM. Tapi takut. Takut dia terus hanyut tanpa pergantungan dari Allah. Mungkin dia akan semakin jauh. Terus selesa dan jauh. Takut dia tak sempat. Tapi, mungkin hidayahnya akan datang tapi dalam bentuk yang lain. Insyaallah.
Cerita Ahmad pulak lain. Dia dapat 9A. Mungkin dia kecewa. Kecewa bukan kepalang. Sakit hati. Rasa macam dah study yang terbaik punya. Tapi SPM ini bukan rezekinya. Tapi hakikatnya dia patut bersyukur. Ya gagal itu sakit. Gagal itu pedih. Tapi mungkin ini hidayah Allah. Mungkin ini tanda Allah sayangkan dia. Hanya Allah yang tahu. Allah tak nak dia terus hanyut. Allah jatuhkan dia. Untuk dia tersentak dari zon selesa. Untuk dia mula mencari dan bergantung pada yang Maha Berkuasa. Mungkin.
Ini semua kemungkinan. Sebab hidayah itu milik Allah. Papepun hanya Dia yang mengetahui disebalik setiap perjalanan hambanya. Kita hanya mampu mentafsir tanpa mengetahui kebenarannya yang sebenar.
Marilah menunaikan solat. Marilah menuju kejayaan.

Saturday, December 3, 2011
Apa perasaan korang?
Haluuuu bebehhhh. Semekom. Buat-buat new post je terus nak buat survey. Ni bukan survey pun. Ni cerita gak laa kira. Jadilaa cerita ni pun. Lama sangat dah tak buat cerita. Nasib baik blogger punya site nih free kalau tak dah lama lingkup sebab sebulan lebih tak bukak bisnes. Kalau kedai makan, tikus pun dah beranak pinak kat belakang dapur. Apa ke hel nye pasal tikus nihhhhhhh?????????
Seminggu lepas kitorang diberi tugasan. Sebenarnya dah lama dah tahu kena buat. Dah sebulan kot. Tapi minggu lepas dah diingatkan semula suh siapkan tugasan yang diberi. And due date nye is hari ni. Jumaat. Oleh kerana aku nih orang melayu (bukan semua tapi ni melayu special..hahhaa). Maka tugasan yang diberi haruslah ditangguh-tangguh. Kalau tak, tak rase thrill beb. Kata melayu. Macam biasa. Selagi bukan esok maka agak tidak kalut disitu.
Maka nak dijadikan cerita, hari rabu dah start buat sikit-sikit. Time ni tak pressure langsung. Buat keje sambil senang lenang. 5 minit buat keje 15 minit ngadap facebook. Takut2 laa tertinggal gosip. Dah habis news feed sume bukak masterchef plak. Buat keje sambil tengok adik zamir. Pukul 1 pagi dah ngantuk. Baru siap satu. Tu pun tak perfect lagi. Tapi takpe. Due date hari jumaat. Jom tido. Maka selamatlah tido.
Esoknya, hari khamis. Malam. Memang dah set kena start buat awal. Nanti tak sempat siap. Maka pukul 8.30pm dah start buat keje. Kali nih tekun wehhhh. Facebook pun jeling-jeling je. Kalau facebook nih orang, dah lama dah dia merajuk sebab main jeling-jeling je. Serius tekun buat keje. Bukak buku nih. Bukak buku tuh. Ya Rabbiiiiii...tapi ni pun tak sempat siap okayyyy! Sakit tangan dah. Sakit kepala gak. Jiwa dah kacau. Dah start tension. Oh no. Mengantukkkk weiiii! Pukul 2 pagi terpaksa mengalah and tido.
Maka esok paginya dikelas, bertungkus lumuslah aku menyiapkan keje yang tertinggal. Time lecture pun tak tenang. Tido apatah lagi.
Apa perasaan korang kalau korang je yang tak siap keje tuh?
Apa perasaan korang kalau korang je yang tengah stress siapkan keje tapi orang lain dok bergosip?
Apa perasaan korang kalau tangan korang tengah penat menulis tapi member kat sebelah tangan dia penat menaip status kat fb?
Apa perasaan korang kalau korang berpeluh-peluh buat keje tapi member yang dah penat layan korang tapi tak siap2 gak terus pegi tido?
Apa perasaan korang kalau member yang tadi tido and bangun balik dah pun tapi korang still tak siap-siap keja tuh?
Apa perasaan koranggggggggg???
STRESS!!
BERPELUH!!
BERDEBAR!!
MENYESAL!!
Kesimpulannya. Buat laa keje awal. Kalau tak anda akan terlepas untuk bergosip dengan member. Anda akan terlepas waktu tido dalam kelas sebab dok pikir pasal keje.
Sekian saja luahan hari ini.
Terima kasih atas perhatian dan tindakan pihak tuan.
Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
"Berkhidmat untuk negara."
Sain tangan.
..............
(A DE NIN)

Subscribe to:
Posts (Atom)