Saturday, January 28, 2012

Tahajjud cinta 3

"Cik Mustika! Nak dengar gosip best tak?" Tiba-tiba saja Dila membuka mulutnya. Dari suasana tenang khusyuk study, kini aku mula berpaling ke arahnya. "Gosip apa Dila? Ada orang masuk meminang ko ke?" Terus saja aku menyambung pertanyaan Dila. Terbatuk Dila mendengar kata-kata aku. Matanya menjadi bulat. "Camna ko tahu ni? Ahhh tak suprise dah gosip aku ni." Balas Dila. "Eh betul ke? Serius? Bestnya. Tiba-tiba orang masuk meminang. Macam dalam tv je. Tipulaa!" Cepat aku menjawab. "Serius la nih. Mak aku call semalam. Tapi takde la meminang. Merisik-risik je. Macho tak aku?" Panjang Dila bercerita sambil tersengih-sengih. Dari sibuk study kini aku sibuk mendengar cerita merisik Dila. Diselangi pula dengan gelak tawa kami berdua. Memang riuh malam tu.

Bahagia betul Dila. Dila pernah bagitau aku yang dia taknak bercinta. Taknak couple. Bagus betul kawan aku sorang ni. Pada Dila, yang penting banyakkan berdoa. Jodoh pasti ada untuk semua. Allah jadikan manusia berpasang-pasangan. Pastu lagi satu, Dila ni berangan nak kahwin dengan ustaz. "Jangan impikan lelaki semulia Saidina Ali jikalau akhlak tidak sehebat Saidatina Fatimah." Kata-kata agung ini terpampang besar kat meja study Dila. Sampai aku pun dah hafal. Akhirnya doa Dila makbul. Tapi mengikut cerita Dila, lelaki yang merisiknya bukanlah seorang ustaz. Tapi jurutera sepertinya. Tapi alim katanya. Anak imam. Kawan baik ayahnya. Lagi untung. Ustaz profesional. Ustaz berhelmet putih!

"Habis ko setuju dah ke ni? Bila diorang nak masuk meminang?" Macam-macam soalan aku tanya kat Dila. "Eh tak bagi jawapan lagi. Kena sembahyang istikharah dulu. Mintak petunjuk betul ke dia jodoh aku. Nikah kahwin ni menda penting. Abah aku suh buat istikharah dulu."

.....................................................................................

Perihal aku dengan Fahri cuba aku lupakan. Nasib baik kesibukan dengan final exam membantu aku untuk cuba melupakan segala kekusutan kisah cinta kami. Tapi tipulah kalau aku katakan ia tidak mengganngu aku. Aku gagal untuk fokus dalam 2-3 hari yang pertama. Buka saja buku untuk belajar, tak pasal-pasal air mata ini jatuh tanpa dipinta. Segala kiraan dan formula dalam buku seakan kabur tapi hanya kisah cinta bahagia kami yang terpampang jelas di setiap helaian buku teks. Siapa yang tak merana kan? Semuanya akan berakhir. Stress kalau fikir. Mungkin kalau 'break' lagi baik? Mungkin dia bukan jodoh aku? Dia bukan yang terbaik untuk aku?

Tiba-tiba.
Panggggg!!
Gelas di meja jatuh ke lantai. Habis pecah. Air kopi tumpah menyaluti kaca-kaca yang berderai. Dek kerana tinggi ke langit lamunan aku, lengan aku terlanggar cawan kaca lalu jatuh. Tersentak aku.

"Salam awak. Sihat? Awak ada fikir tak pasal kita?" Fahri memulakan bicara. "Saya rasa yang terbaik buat masa kini adalah kita tutup dulu kisah kita. Kita fokus apa yang sedang kita lakukan. Tak bermakna saya tidak sayangkan awak. Awak tetap dalam hati saya hingga kini. We just need a break, I guess." Fahri meneruskan kata-katanya. Panggg!! Bagaikan sekali lagi gelas kaca jatuh ke lantai. Tersentak aku. Tapi aku dapat rasakan sukar juga bagi Fahri memulakan bicara. Ada getar pada suaranya. Mungkin ini yang terbaik untuk kami buat masa ini.

Hampir setengah jam juga. Habis saja perbualan kami, terus aku meluru ke arah Dila dan memeluknya. Aku menangis.

BERSAMBUNG...

Sunday, January 22, 2012

Tahajjud cinta 2

"Awak, ibu kena heart attack hari tu. Risau sangat. Sekarang dah sedar dah. Tapi still kat hospital. Hari ini nak keluar hospital dah. Doakan tau semua selamat. Awak kat sana jaga diri. Duk jauh kat oversea tu lagi la. Take care tau!" Aku mematikan perbualan telefon aku dengan Fahri. Kekadang risau jugak dengan dia kat sana. Yelah long distance relationship ni banyak dugaan. Sorang kat Malaysia. Sorang kat India. Kang dia jumpa dengan Kareena Kapoor habislaa aku. Tapi Dila selalu pesan, "Kita kalau in relationship kena trust each other. But the most important, you can love him to the fullest but don't forget to keep an empty space in our heart. Sebab jodoh semua ditangan tuhan." Memang aku ingat sangat kata-kata Dila sampai sekarang.

Alhamdulillah ibu pun dah beransur pulih. Aku masih di kampung. Terpaksa ponteng kelas 3 hari. Tapi malam ni dah nak naik bas balik UKM. Sedih sangat nak tinggalkan ibu. "Ibu jaga diri tau. Jaga makan tu. Jangan buat kerja lebih-lebih sangat. Jantung ibu tu dah tak sihat sangat tau." Panjang lebar aku bagi nasihat kat ibu. "Alaa takpa. Bakal menantu ibu kan doktor. Nanti Fahri boleh rawat ibu. Konfirm ibu sembuh." Balas ibu. Terus merah pipi aku. Malu. Memang pantang kalau ibu aku sentuh pasal relationship aku dengan Fahri. Malu sangat! "Bilanya Fahri nak abis belajar kat India tu? Cepat-cepat masuk meminang Angah. Tak sabar nak bermenantukan doktor nih. Ke dia dah ada Kajol kat sana?" Ibu tak habis-habis mengusik aku. Aku terus nak tergelak. Banyak betul awek Fahri kat sana. Kejap Kareena Kapoor, kejap Kajol, esok-esok Aishwarya Rai. Stress aku!

.....................................................................................

Tiga bulan dah berlalu. Kerja makin bertambah. Susah betul jadi budak final year. Macam-macam assignment ada. Hidup aku dah tak terurus. Pagi stress. Siang stress. Malam pun stress. Tapi makin stress hidup aku sejak dua menjak ni. Encik boyfriend dah lama senyap dan menyepi.

"Mus, are you okay with Fahri? Hari tu aku terdengar ko on the phone dengan dia macam ada gaduh-gaduh. And this is not the first time okay ko gaduh-gaduh. Sounds serious. Something happen ke?" tanya Dila. Aku memang selalu bercerita je anything about aku dengan Fahri. Kalau gaduh-gaduh manja pun aku cerita je. Gaduh yang sampai nak clash pun aku cerita je. Dila is a good listener. Aku suka nasihat-nasihat dia. Dulu-dulu aku pernah cerita kat Dila yang aku takut nak kahwin dengan Fahri. Sebab dia doctor-to-be. Aku rasa nak clash. Aku takut bila fikir pasal future aku dengan dia. Macam mana kalau dah kahwin nanti tetiba cerai sebab busy and masing-masing tak faham antara satu sama lain. Takut kot! Pernah gak aku cerita kat Dila yang aku pernah rasa tawar hati kat Fahri. Aku rasakan cinta aku padanya sudah berkurang. Tidak seperti dulu. Terkejut beruk Dila. Dia kata sayang kalau 4 tahun relationship habis macam tu saja. Dia pujuk aku. Dia suruh aku buat istikharah dan mintak doa banyak-banyak supaya aku ditetapkan hati dan dipanjangkan jodoh dengan encik boyfriend.

Tapi kali ini lain. Aku dapat rasakan encik boyfriend pula yang tawar hati dengan aku? Atau dia ada yang lain? Berkerut muka aku memikirkan perkara ini. "Awak yakin ke dengan relationship kita ni?" tanya Fahri memulakan bicara. Aku terkedu. Mahu saja air mata wanita aku ini gugur tapi aku cuba tabah. Cuba mengawal perasaan agar suara aku tidak berubah. "Awak ada orang lain?" tanya aku ringkas. Lama Fahri diam. "Ini antara kita. Antara saya dengan awak. Perasaan kita berdua." balas Fahri. Aku tak mampu berkata-kata. Terus aku mematikan panggilan telefon.

"Kesetiaan cinta hanya akan teruji apabila kita mempunyai pilihan." Teringat kata-kata Dila pada aku. Mungkin cinta Fahri pada aku goyah kerana dia mempunyai pilihan lain? Sakit hati bila aku cuba merungkai persoalan yang aku sendiri tiada jawapan. Atau percintaan kami yang lama menyebabkan perasaan semakin pudar? Bolehkah macam tu? Makin berkerut aku berfikir. Masih juga tanpa jawapan. Dari baring mengiring, kini aku berpusing ke tengah, mata tegak memandang siling.

"Aku nak jadi doktor. Aku anak sulung. Aku harapan keluarga." Tersengih aku kerana hari ini dapat membaca buku diari jejaka idaman. Sapa suruh dia letak merata. Leka aku menyelidiki buku diari itu. Hampir sepuluh minit aku menyelidiki setiap helaian buku diari jejaka pujaan aku. Beginilah aktiviti tetap aku. Balik saja kuliah, pantang kalau melepasi kelas Fahri, pasti aku singgah untuk memeriksa mejanya. Setiap bukunya pasti aku tengok sambil tersengih-sengih. Tapi hari ini lain pula jadinya. "Eh awak buat apa tengok-tengok kat buku saya ni. Dahlaa ni diari saya. Tak baik tau!" Tinggi suara Fahri sambil mengambil buku diarinya dari tangan aku. Terkejut beruk saya. Terus merah padam. Tak tahu nak jawab apa. Kantoi! Terus minta maaf dan berlari pergi. Itulah kali pertama aku bercakap dengannya. Dan begitulah bermulanya persahabatan kami ketika di MRSM.

Tersenyum bila terkenangkan kenangan lama. Indahnya perjalanan kisah cinta kami. Dan kini sudahpun 4 tahun. 2 tahun Fahri sebagai sahabat baik dan 4 tahun sebagai Encik boyfriend. "Masih samakah perasaan aku padanya sekarang? Atau aku juga ragu-ragu?" Aku bingung. Terus saja air mata aku gugur.

BERSAMBUNG...