Pelajar darjah 3 Melur mula berjalan keluar kelas. Melalui susur gajah. Untuk mengelak terkena hujan. Ada juga yang nakal sengaja untuk bermain hujan. Sengaja melalui jalan-jalan tanpa atap. Hiraukan mereka. Amani berdiri tegak. Sama seperti kawan-kawan lain. Sabar menunggu ibu ayah datang untuk pulang. Dipandang kiri dan kanan. Terkejut. Terus menjadi segan dan silu. Rupanya si dia tidak jauh dari situ. Dalam 3 langkah sahaja. Tersenyum sendiri Amani.
Satu demi satu mereka pulang. 5 minit berlalu. Kelihatan wajah mak berpayung biru. Seronok bukan kepalang. Terus melangkah ke depan. Mak pun tiba. Dipandang sekeliling. Dan mak tersenyum pada seseorang. Sedang bercakap. Oh dengan dia rupanya. Mengajak berpayung bersama. Kata mak, emak dia sudah tunggu di luar.
Aku senyum malu-malu kucing. Kami berpayung dalam hujan. Yang pasti orang ketiga bukanlah syaitan tapi mak. Orang keempat pula hujan. Tak lama pun. 5 minit sahaja. Tiba di kereta mak. Dia pula berlari ke kereta emaknya. Walaupun 5 minit sahaja, tapi ini kenangan. Kenangan dalam hujan. Auwwww.
Aish nakal betul Amani. Baru darjah tiga. Lagi sebulan nak PTS. Ish..ish..ish..

p/s: Kebetulan di Bangalore juga hujan lebat ni. Tanpa kilat dan petir juga.
No comments:
Post a Comment