Monday, April 26, 2010

cita-cita


subjek: Bahasa Melayu

cikgu: hari ini kita bincang pasal cita-cita. saya bagi masa 5 minit untuk kamu semua fikirkan apa yang kamu nak jadi bila dah besar nanti.
ahmad: saya nak jadi polis cikgu. Saya nak jadi macam inspektor misai dalam gerak khas.
ah ming: saya nak jadi jurutera.
nor: saya nak jadi doktor. baru nampak pandai.

subjek: Matematik

cikgu: sebelum kita mula belajar.saya nak berkenalan dengan kamu semua.sila bangun dan beritahu nama dan cita-cita.
ahmad: nama saya ahmad albab. saya nak jadi polis cikgu.
ahming:nama saya ah ming chong.cita-cita saya nak jadi jurutera cikgu.
nor: nama saya nur kasih. saya nak jadi ustazah.

subjek: Bahasa Inggeris

cikgu: please stand up and tell me your ambition.
ahmad: my ambition is to be a policeman sir.
ahming: i think i want to be an engineer sir.
nor: i always want to be an engineer like my father sir.

recess time

ahmad: nor, ko ni nak jadi ape sebenarnya?.kejap nak jadi doktor.kejap nak jadi jurutera.
ahming: ya laa..cita-cita mana boleh manyak.satu cukupla.
nor: kita baru darjah 1.mana laa aku tahu lagi nak jadi apa.skema betul.eh,awak semua tahu tak ape lagi cita-cita yang ada kat dunia ni.nanti subjek agama nanti senang aku nak jawab cita-cita lain.






No comments:

Post a Comment