Perancangan untuk ke Mesir dua bulan yang lepas hampir menjadi kenyataan. Semua girang tidak terkata untuk pergi ke mesir. Dalam kamar fikiran hanya ada piramid. Mesir dan piramid. Itu antara tujuh bangunan ajaib dunia. Siapa yang tak mahu pergi kan?.Duit bulanan dikumpul semata-mata untuk melihat piramid. Semata-mata mahu melihat piramid kah?
Sehinggakan mereka terlupa mesir bukan hanya ada piramid, bukan hanya ada firaun. Tapi jauh lebih hebat dari itu. Mesir itu bumi anbiya. Kisah dan kesan sejarah Nabi Musa ada di Mesir. Kisah Nabi Yusof yang dibuang di perigi juga ada di Mesir. Juga makam Nabi Soleh, Nabi Daniel, Nabi Harun dan cucu baginda Saidina Hussein.Tidak lupa kisah Mariam. Lagi? Makam imam kita Imam Shafiee juga di sana. Ah ramai sungguh sejarah dan ulamak terkenal di bumi mesir kalau mahu di sebut. Tapi itu yang mereka lupakan.
Laila dan kawan-kawan selamat sampai di Mesir. Di jemput oleh seorang ustaz lalu terus di bawa ke rumah penginapan. Rumah penginapan Laila dan 2 lagi kawan perempuannya berbeza dan agak jauh dari rumah penginapan kawan lelaki mereka. Laila melangkah masuk ke bangunan penginapan itu. Dia kepenatan.
Tiba-tiba dia disapa. "Assalamualaikum ya ukhti. Baru sampai ke mesir?" Laila terkejut. Mengantuknya hilang. Dipandang orang yang menyapanya dari atas ke bawah. Bertutup litup dari atas ke bawah. Hanya yang dilihat adalah sepasang mata yang cantik. "Waalaikumussalam."Jawab Laila ringkas lalu bergegas naik. Dan sekali lagi dia disapa. Orang lain tapi perwatakan yang sama. Cantik bertutup litup dari atas ke bawah. Laila terpesona. Dia juga segan dan malu. Betapa jauh beza dirinya dengan mereka. Menyembah ke arah yang sama.Berpegang pada kitab yang sama. Laila menunduk penuh insaf.
Hari pertama perjalanan. Melawat ke makam Imam Shafiee. Seronok mendengar kisah kehbebatan Imam Shafiee tiba-tiba azan berkumandang. Kami diajak bersolat bersama-sama. Laila tertunduk. Stoking tidak dipakai. Pakaian pula kelihatan tidak sesuai untuk solat. Kata ustaz "Sepatutnya pakaian ketika sembahyang adalah sama dengan pakaian di luar solat." Laila menunduk penuh keinsafan. Malu dan insaf dengan diri sendiri.
Hari-hari seterusnya. Pelbagai kisah diceritakan. Banyak sungguh yang dapat dipelajari. Banyak juga yang tidak tahu. Apabila disoal tentang sejarah-sejarah nabi Laila hanya mampu tersenyum. Menjawab hanya dengan teragak-agak. Cuba mengimbas kembali. Kisah-kisah nabi hanya belajar ketika sekolah rendah. Banyak yang sudah dilupakan. Patutkah?Patutkah dilupakan kisah-kisah nabi kita?
Laila terasa kerdil. Sangat-sangat kerdil. Difikirkan hanya kamera yang perlu dibawa. Rupanya lebih dari itu. Sejarah dan kisah-kisah dalam al-quran sungguh agung. Alangkah baiknya kalau semua itu sudah terpahat.
Al-Quran adalah untuk dibaca dan difahami serta direnungi.
No comments:
Post a Comment