Monday, May 10, 2010

Cerpen: Ketika cinta berdegup 2


Linda: Intan, Hilmi hantar email. Dia kata dia nak balik minggu depan. Dia nak jumpa aku dulu sebelum balik Johor. Yeay!!
Intan: Wow dia nak balik dah. Dah setahun dah tak jumpa dia. Tapi apsal ko hepi semacam je?
Linda: Ye laa. Dah lama tak jumpa. Pastu nanti nak claim hadiah dari dia la. Nanti ko teman aku jumpa dia kat KLIA ek nanti.
Intan: Okay!

....................................................................................................................

Mata Linda khusyuk menonton filem Valentine's day di laptopnya. Aktiviti wajib pada hujung minggu. Apatah lagi kalau hujung-hujung bulan. Nak keluar shopping tapi duit sudah kering. Hampir satu jam lebih Linda menonton. Matanya bagaikan dipaksa mendengar ceramah, hampir-hampir tertutup. Tapi ingin dihabiskan juga filem ini.

"How do you know she's the right one?"
"Because she is my best friend!"

Linda terkesima. Mata Linda menjadi bulat. Kata-kata itu seperti menusuk jiwanya. Terus semangat Linda menonton filem itu sehinggalah ke penghujungnya. Sang hero yang putus cinta dengan kekasihnya di hari Valentine akhirnya menyedari bahawa yang terbaik baginya adalah kawan baiknya sendiri, sang heroin yang juga putus cinta pada hari yang sama.

Dialog dalam filem itu bermain-main di fikirannya. Pada masa yang sama wajah Hilmi turut terselit bersama kata-kata itu. "Mesti ke kawan baik jadi kekasih ?" tanya Linda sendirian.

....................................................................................................................................

Hari ini hari kepulangan Hilmi. Sudah setahun lamanya mereka tidak berjumpa. Linda sambil ditemani Intan tiba di KLIA.

Intan: Linda, kalau Hilmi dah kurus pastu hensem lagi, ko nak tak kat dia?
Linda: Ko ni tak habis-habis laa. Aku nak jadi kawan baik dia je. Kawan baik dunia akhirat!.Hehehee
Intan: Eleh kalau ko tak nak aku amik ek. Jangan nyesal plak.
Linda: Tu pun kalau dia nak kat ko. Hahaha...
Intan: Cesss.....

Pengumuman ketibaan penumpang tiba-tiba memenuhi ruang lapangan terbang.Ya, ketibaan flight dari United Kingdom. Selang beberapa minit, kelihatan sekumpulan manusia satu persatu mula keluar dari balai ketibaan. Mata Linda begitu liar mencari sahabat baiknya yang sudah lama tidak berjumpa. Jauh di sudut hatinya terselit perasaan rindu yang amat sangat. Tapi pada masa yang sama, Linda berdebar. Jantung Linda berdegup kencang.Sangat kencang. Linda terasa panas menyelubungi seluruh tubuhnya.

Tiba-tiba, "Linda, tu Hilmi kot.Kat belakang sekali tu," jerit Intan pada Linda. Mata Linda terus mencari-cari sehinggalah matanya hinggap pada satu susuk tubuh yang cukup dikenalinya. Degupan jantungnya semakin kuat. Tidak pernah dia merasakan seperti ini sebelum ini. Semakin dekat Hilmi ke arahnya, semakin kuat pula degupan jantungnya. "Adakah aku sudah jatuh cinta padanya?," Linda cuba bertanya pada hatinya. Dia buntu. Degupan jantungnya seakan-akan memberinya jawapan. Jawapan pada persoalan Hilmi selama ini. Jawapan untuk dirinya juga. Pada waktu yang sama dialog dalam filem Valentine's Day terus menghinggap fikirannya.

"Tak kurus pun Hilmi. Sama je. Hahaha," pantas ayat itu keluar dari mulut Intan setelah Hilmi semakin hampir. " Mana ada. Dah kurus sikit laa," jawab Linda sambil tersenyum. Matanya tidak lepas memandang Hilmi. "Hahaha...sikit jer pun," balas Intan. Kami terus bergelak ketawa.

Hilmi: Hi korang!!. Ape senyum-senyum ni?
Linda: Er takde pape laa. Jom pegi minum-minum. Awak mesti penat kan.
Intan: (Sambil tersenyum) Takde pape. Jom!
Hilmi: Linda kenapa awak gelak-gelak tadi? Ke sebab saya dah kurus dan hensem?
Intan: Tak kurus pun Hilmi. Tipu. Camnelaa nak ngorat Linda camni.
Hilmi: Dah kurus dah sikit ni. Kan Linda kan?
Linda: Hmmm, bole laa.

.....................................................................................................................................................

Intan: Weh ko kenapa tadi? Tak cakap banyak pun.Pelik. Tak macam selalu. Senyap je.
Linda: Hmm entahlah Intan. Aku pun pelik. Masa nak tunggu dia tadi, aku jadi berdebar. Tak keruan. Dup dap dup dap jer aku tadi. Nak borak macam biasa pun dah tak boleh. Dia perasan tak ek?
Intan: Entahla. Aku macam perasan gak laa ko macam berdebar je borak dengan dia. Kenapa ni?
Linda: Hmm...aku rasa aku dah jatuh cinta kat Hilmi laa. Malu!!!
Intan: What????????????Hahaha, terkejut laa jugak. But I'm happy for you. He's a good guy.Penantian dia akhirnya terjawab.Dah bagitahu dia belum?.
Linda: Belum laa. Malu lagi ni.Tiba-tiba jer hati aku terbuka untuk Hilmi.
Intan: Hahaha..itulah cinta namanya. Datang tanpa diundang. Hadir tanpa perlu dicari. Tapi pelik gak tiba-tiba ko jatuh cinta kat dia. Bukan dia dah kurus pun. Hahaha.
Linda:Hahahaa, ngek betul laa ko.
Intan: Kalau camni memang semangat la dia nak joging hari-hari. Demi kau Linda! Hahaha...
Linda: Aku terima dia seadanya.
Intan: Hahaha..aku main-main je.

....................................................................................................................................

Sebulan kemudian.

"Nanti saya balik lagi tahun depan saya janji saya jadi lagi kurus dan hensem. Jaga diri baik-baik tau. Jangan rindu-rindu!Terima kasih cinta!" bisik Hilmi pada Linda sebelum dia berlepas ke United Kingdom.

Linda tersenyum. Senyuman penuh makna.



....................tamat......................................................................................




12 comments:

  1. ketika cinta berdegup?igtkn cite klaka..hahaha
    based on own experience ke denin?uu wowww..;p

    ReplyDelete
  2. i love it..terkenang cerita cinta dolu2..hehe..tp kena eloborate lg la..too shortla..anyway it is just great!

    ReplyDelete
  3. fuiyooo..
    mantap la denin...
    berbakat..huhu=)

    ReplyDelete
  4. denin...xsgka i~
    nk jd dr cinta ke?
    hehe...
    buatla pnjg sket...wat suspen je

    ReplyDelete
  5. hoho..malu2...hehehe..silelaa komen2 lg utk improve sket....

    ReplyDelete
  6. denin ka ni???sejak bila????hua3

    meh pro nak komen.....pendek sgt la denin....

    klimaks xbes sgt la....kena lagi suspen...

    hua3..tp mnrik la......

    ReplyDelete
  7. ala denin finishing tak kaw la... apa nih baru jumpa dah jadi sebulan selepas..kena la cerita pasal bunga2 cinta masa hilmi kat malaysia tuh.. diorg gayut fon ke hilmi jumpa mak ayah linda ke, diorg bertunang ke, hrmm banyak je kemungkinan leh jadik.. adui... berkobar2 td sampai ending aku down lak..hahahahaha....anyway smart r jugak.. ko reka sendiri ke?? keep up.. lepas nih jgn lupa jemput aku baca taw...-imran-

    ReplyDelete
  8. pengalaman mu ko denin?
    haaaaaaaa!!!
    gosip2

    ReplyDelete
  9. deninnn! tkde conflict ponnnn! cmne nak ade climax? hahahahah mesti kau bengang kan ngan comment aku.. ;p tkpe tkpe, cube lagi..kasi byk2 conflict sket! aku suke conflict2 ni!

    ReplyDelete
  10. saya sgt setuju ngan komen sumer member ning!!k long dh kata too short maa!!

    ReplyDelete
  11. senpai...bleh thn jgk cito ni..tp len kli wat pnjg skit lg la..x puas plk bco..cpt sgt tamat doh..=)

    ReplyDelete
  12. ruby ayu-ayu menawan.. haha!May 29, 2010 at 10:25 PM

    denin dah ok nih! aku bc xstop.. xpegi buat milo ke, tak pegi toilet ke, tak pegi refresh home fb ke.. maksud nyer aku suka.. chewah!!!
    boley lagi nih... ko sambung r sket lg.. next year blk tu hilmi jadi lagi gemok ke... takpun intan nk gak kt hilmi tu ke.. hilmi suke org lain kt uk ke.. hehe, sape nyer cta ni? ok, aku behave.. haha!!

    ReplyDelete