Suatu pagi yang hening. Azan subuh berkumandang. Syaitan membisik-bisik supaya terus tidur. Hati yang lemah mula terpengaruh. Dengan pantas menarik semula selimut.Tiba-tiba,"Bangunlah..subuh!!" Terkejut. Malaikat ke datang kejut? Terpinga-pinga. "Weh Limah bangun laa. Subuh dah nak balik.!" Oh Mekla rupanya. Ingat aku orang yang terpilih. Terus Limah bangun dengan malasnya menuju ke tandas, ambil wuduk, solat 2 rakaat, dan terus kembali ke katil. ZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz......
7.30 pagi. "Alamak dah kul 7.30.Semalam dah kene tinggal bas. Abislah duit aku!" "Nak mandi ke tidak ni ek? Cam tak sempat je." Limah ragu-ragu. Tapi akhirnya pemikiran warasnya menang dalam keraguan itu. Limah bingkas bangun, diambilnya tuala dan terus mandi. Tidak sampai 5 minit, Limah keluar. Dengan pantas bersiap-siap. Almari dibuka. Mata melilau memilih baju yang boleh dipakai tanpa perlu diiron dan juga baju yang padan dengan tudung semalam. 5 minit juga Limah bazirkan untuk membuat keputusan. Dengan pantas, Limah bersiap-siap.
7.40 pagi. Limah sudah cantik bersiap. Tapi perutnya pula berbunyi."Nampaknya kena breakfast dulu ni.Kalau tak makan tidur laa dalam kelas nanti,"bisik hati kecil Limah. Tanpa berlengah, terus ke dapur, dicapainya pinggan, dicedok nasi dan diambil lauk lebihan semalam. Tanpa lafaz doa mahupun bismillah, terus Limah makan dengan lahapnya. Hampir-hampir tercekik. Sambil-sambil makan, matanya tidak pernah lari dari menjeling jam di tangannya.Ditepuk-tepuknya dadanya disebabkan hampir tercekik.
7.50 pagi. "Aahhhhhh,"Limah menjerit. Cepat-cepat dicapai beg dan memakai kasut. Pintu dikunci. Berlari-lari Limah menuju ke tempat menunggu bas. Pak guard hanya mampu melihat kehairanan. Anak-anak kecil juga hanya mampu menjeling."Buang tabiat ke budak ni berlari-lari macam merentas desa pagi-pagi ni." Agaknya itulah getusan kecil pak guard itu. Tanpa menoleh kebelakang, Limah terus berlari dengan cekalnya.
Tiba di pintu pagar, diintai dari jauh, "Aaaahhh lega. Ramai lagi tu. Bas tak datang lagi." Limah memperlahankan perjalanannya. Berjalan sambil tersenyum sebab sejarah semalam tidak berulang. Salah laa kata Tomok bahawa sejarah mungkin berulang. Tidak bagi Limah. Limah terus berjalan menuju ke kelompok pelajar tempat menunggu bas.
"Bas tak datang. Ada strike hari ni. So kena naik auto!" Pedih bagaikan ditikam hati Limah mendengarkan kenyataan Tijah. Peluh dan keringatnya sia-sia. Melayang jugak duitnya akhirnya. Senyum yang melebar menjadi semakin kusut. " Tapi kemungkinan kelas cance. Tengah tunggu confirmation from the dean." Sambung Tijah lagi. Senyuman Limah lebar kembali. Jom ramai-ramai berdoa. Zahidah laa doa. Naqibah yang doa baru makbul,"kata Limah.
"Okey balik tidur semua. Kelas batal sebab strike." Pengumumam itu disambut jeritan kegembiraan semua pelajar. Bagaikan seperti Tunku Abdul Rahman mengumumkan kemerdekaan di stadium merdeka. "Merdeka, merdeka, merdeka!" jerit semua pelajar penuh syahdu dan kegembiraan. Mujur tiada yang mengalirkan air mata kerana terlalu bersyukur.
Tapi bukan semua orang gembira. Bukan semua tersenyum lebar seperti Limah. Pelbagai ketidakpuashatian dilemparkan di facebook.
pelajar N: "kalau nk batalkan clinical cakap la awal2.penat bngun pagi.huuu."
pelajar B1: "slept at 4, bgn pg dgn rasa paling malas di dunia, bersiap cantik2, turun basement waited for few minutes and baru dpt tau class cancel. arghh tension."
pelajar B2: "aku siap sampai klas dah..padahal pg td bgn lambat pastu rush gi baptist..smpi2 org bgtau takde klas."
pelajar A: "kitorg tggu bus dpn cs lg lame..siap kna tggu decision dr prof sudha 5 minit lg.."
pelajar LG: "org naik moto ni lg la...beku meredah angin pg...haha...."
Walaupun apapun, itu semua hanya sementara. Yang hakiki adalah kebahagiaan dan kenikmatan cuti pada hari sabtu lebih-lebih lagi kalau yang penuh drama seperti hari ni. Lagi dihargai.Kan??????????
Sekian.
kelakarlah kak denin ni.hahaha :)
ReplyDeletehari sabtu yang ceria kan atun?..hehehe...
ReplyDelete