Friday, December 28, 2012

Suwit tak ??

Went to shopping mall just now with my mum. Just to shop some groceries. While walking around, I saw some snacks and junk foods. 

(susah nye laa nk tulis omputeh, so bahasa ibunda je la kak bawah ni ye)

Dolu-dolu,
Umi nak ni! Sambil tangan tunjuk kat sotong kering.
Umi nak superring dengan mister potato.
Umi nak yogurt!!!

And we all balik and berebut makan sotong kering and superring.Ya allag punyelah sedap benda alah ni. Tak sampai 15 minit dah habis. Makan berebut-rebut. 6 tangan seluk serentak. Habis tumpah. Bising memang dh konfom. Tapi makan tu kene cover takut abah nampak. Hehehe.
Selalunya: Cepattt nak bukak sotong dah niii. Lambat habis.
Kadang-kadang: Ishh makan tak tunggu pun. Umiiiii!!

Sekarang,
Lalu kat shopping mall takde perasaan dah tengok kat sotong kering ke mister potato ke super ring ke. And I did beli sotong kering tadi saja nak try.

And yes it taste different. Err i mean it feel different. Sotong tu rasa sama tapi tak sesedap dulu. Why? Sebab makan sorang. Tak berebut. Tak gaduh. Tak bising. So yes it does feel different.

Hmmm being anak tunggal no fun at all!! Oh em gee..romantika dimalan jumaat. Tetibe rindu zaman budak-budak. Err ok fine rindu adik beradik lain.

Yes youuuuu...kaklong, abg ngah, kakteh, ido and adik ami!

Ehemm suwit tak i??

Wednesday, December 12, 2012

Bola oh bola..

Dah lama dah tak ngadap tv tengok bola. Tak minat sangat pun nak layan EPL punye tuh. Yang aku tau aku sokong chelsea sebab kaler team die cantik. Boleh takk? hehehe...
Tapi kalau pasal team malaysia tu ikut gak la. And sekarang kan musim AFF Suzuki Cup. So memag sejak dua menjak ni memang ngadap bola la gak kat tv tuh. Tapi ada pulak suara-suara bisikan dari sang penjanggut putih. Hehehe.

"Ce tengok anak perempuan awak tuh. Layan bola pulak. Dah la perempuan."
"Amboi hari-hari layan bola. Tak padan dengan perempuan."

Oh Ayahanda!
Ayahanda jangan terkejut pula,
Anakanda ni bukan saja minat tengok bola,
Tapi juga bermain bola,
Tapi futsal saja la,
Siap masuk bertanding lagi ma,
Tapi takde laa hebat mana.

Oh Ayahanda!
But you no worry,
I still wear baju kurung hari-hari,
I still pandai masak kari,
So still kira perempuan melayu sejati.
Kan??

Hehehee...



Wednesday, December 5, 2012

Of baju kurung and kenduri.


Ini alkisah si baju kurung. Baju kurung yang tak bersalah. Tanpa kehendak hatinya, baju kurung terus di cop begitu dan tetap begitu. Alahai!

Aminah dan kawan-kawan dari seluruh pelosok negeri ingin bertandang berhari raya ke open house classmatenye. Maka dah namanya hari raya walaupun hari tuh dah jatuh hari raya ke 15 tapi mengikut perkadaran orang melayu hari ke 15 ke 24 masih lagi hari raya kan. Masih boleh buat open house. Masih boleh pegi beraya memakai baju kurung. Alkisahnya Aminah berenam bersama-sama rakan-rakan sekelas bertolaklah dari stesen komuter Seremban ingin ke stesen Shah Alam. Oleh kerana mood hari raya maka mereka semua cantik dan sopan berbaju kurung.Semua jenis baju kurung ada. Baju kurung biasa, baju kurung moden hatta kebaya sekalipun. Cantik dan manis! 7 orang anak dara berbaju kurung didalam gerabak komuter. Masuk je mereka semua duk pandang. Dari stesen pertama sampai lah stesen terakhir. Bila nak turun tuh tetiba je ada orang jerit. "Cantik sungguh kakak2 nak pegi kenduri. Naik komuter pulak tuh!"

Eleh...baju kurung je kenduri. Mana tau nak pergi tengok wayang keeeeeee?


Ini kisah Aminah lagi. Aminah baru lepas menghadiri kursus dan temuduga selama 3 hari. Nak balik dah pun. Kebetulan balik naik kapal terbang. Sombong si Aminah ni. Kawan-kawan senegeri yang lain balik naik bas je. Dia sorang je yang naik kapal terbang. Ishhh. Makanya si Aminah bersiap-siap untuk ke airport bersama 3 rakan yang lain. Aminah menyarung baju kurung kebanggaannya itu. Bukan bangga sangat pun. Padahal bawak jeans sehelai je. Kebetulan kotor pulak seluar jeans tu alamaknya kena pakai baju kurung sebab tu je baju yang tinggal. Bila dah turun nak naik kereta tetiba "Eh ada interview lagi ke pakai baju kurung nih? Hehehe. Ke nak gi kenduri plak?"

Makanya Aminah hanya tersenyum saja. Senyuman sehabis manis!


Aminah lagi. Pergi kelas pakai baju kurung tu dah biasa. Tapi lepas kelas ade ke dia gi melencong dengan member2. Melencong shopping2 and makan2. Habis je dinner kebetulan dinner sebelah karaoke club. Tetibe dia ikut masuk dengan kawan2 die masuk dalam club tuh. Siap baju kurung lagi! Rosak Aminah rosak!



Aminah membuktikan baju kurung bukan hanya untuk kenduri okay. Dah. Jangan ingat baju kurung untuk kenduri ye kawan-kawan. Baju kurung banyak fungsi. Tapi bukan untuk masuk kelab malam ye. Malu mak kat kampung!





Thursday, November 29, 2012

Sudah tak sudah



Ape daa janji dicapati betul. Post dulu kate new moon dah. Kate comeback dah. Segala bagai macam dah. Janji dicapati daaa!

Sekarang tengah boan kat rumah. I'm a fulltime housewife not to my husband but to my parents. Hehehe. Fikir-fikir macam nak menulis. Tapi tengoklah macam mana. Kena kumpul bahan dulu. Baru bole release. Hehhhh dah macam nak release album dah!

.....................................................................................

Sudah grad grad sudah
Grad sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Kini sudah gembira

Sudah grad grad sudah
Grad sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Kini aku bebas sudah

Sudah India India sudah
India sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Lebih baik balik saja

Sudah India India sudah
India sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Kini aku di Malaysia sudah.


Enjoyyyyyy!!!

Thursday, August 2, 2012

New moon

It's a new moon. So decided to get back to write. Cewwahh. Harap-harap konsisten hendaknya. Bukan setakat batuk-batuk kering. Alang-alang dah batuk biar sekali dengan kahak. Okehhhhhh?

Dah 2 ogos rupanya. Cepat sungguh masa berterbangan.(Time flying so fast). Countdown kat kertas untuk final mbbs pun dah dekat. Dah semakin banyak kene pangkah. Hari dah semakin dekat. Cuak cuak cuak. Tapi still mengantuk mengantuk mengantukkkkkk sampai ke sudah. Maka selamatlah cuak itu ke alam mimpi!

Hari ni dah hari ke 12 ek puasa? Tak pasti. Selamat bersahur!

Dan bersahurlah anda walaupun sebiji kurma kerana dalam sahur ada keberkatanya.

Tapi kena ingat, yang memberi kenyang adalah dari Allah jua. Bukan kurma. Bukan nasik. Bukan donut MOD. Bukan spageti. Ada ke org sahur dengan spageti? Erkkkk so not berselera at all!

So kalau nak bertenaga tuh makan sahur kena baca doa. Kena niat agar diberikan kekuatan dan tenaga. Insyaallah.

Tapi kalau first day puasa tuh biasalah kalau penat dia lain macam sikit. Aku paham sangat. Kalau pukul 10 pun dah stat rasa lapar aku paham sangat tuhhh. Hehehee. Kalau boleh hari ketiga keempat dan seterusnya boleh lah improve ye. Tapi kalau penat gak pun takpelaa. Baru lah dapat mengahayati erti puasa orang kata. Kannnn? Tak gitu?

Selamat berpuasa.

Ngantukkkkkk dah lepas sahur....

Tuesday, May 29, 2012

what? monday??


Ramai orang suka hari Jumaat. Ye lah kan. Hari Jumaat hari mulia. Penghulu segala hari. Sebab hari jumaat gak laa maka esoknya hari Sabtu. Yahuuuuu!

Tapi kalau hari isnin camna? Kesian pakcik Isnin. Ishhhhh...

What Monday means to me?

Konfom bangun mandi lambat.
Maka bermulalah amazing racenya.

Hari Isnin maknanya kene iron labcoat.
Hari Isnin maknanya pakai baju kurung yang takyah iron campur tudung express.
Hari Isnin maknanya takde breakfast.
Hari Isnin maknanya berlari-lari anak kejar bas.
Hari Isnin maknanya kene berdiri dalam bas.
Hari Isnin maknanya mesti ada tertinggal barang.

Hahahaha...ini cerita benar. Tadi pun sama. And guess what? Hari ini aku terbawak sebelah je handsock. Elok-elok dah sarung sebelah dalam lift. Nak pakai sebelah lagi cek dalam poket labcoat yillek. Takde. Aduihh. Balik-balik rumah tadi handsock ada kat lantai kt bilik. Jatuh laa tuh. Takpe. Expected. Hari Isnin kannnn...And tadi pun tak dapat seat dalam bas. Berdiri. Dah paham dah. Hari Isnin kannnn...

Takpe. Amazing race biasanya hari Isnin je. Hari-hari lain kehidupan aku normal je. Mintak-mintak lah esok dapat duduk! Haishhhhhh....

Saturday, April 7, 2012

Ah jerawat!

Keheningan petang tetiba je terasa nak jalan2 gi Mantri mall. Lagipun ada barang yang tak beli lagi yang orang pesan. So siap2 pegi laa Mantri mall dengn ninot. Sebelum keluar rumah kene laa tacap2. Tengok je cermin. Ahh jerawat!

Aku ni tak kisah sangat pasal jerawat. Biasalah dah cycle cenggitu. Setiap bulan wajib laa naik kan. Tapi yang kisah pasal jerawat nih biasenya promoter-promoter kat Guardian dan mana2 kedai yang jual produk kecantikan. Diorang lagi concern pasal kita. Touching! So beware! Walaupun jerawat anda hanga seketul cuma, jangan cuba-cuba mendekati Guardian dan yang seangkatan dengannya.

Yerlaa. Nampak je kita. Eh silap. Nampak je jerawat kat muka, laju je diorang datang dekat dengan kita.

Belum sempat kita cakap kita nak cari apa. Tapi jerawat kita yang satu nih dah macam signboard. Terus diorang datang. "Are you looking for pimple cream?" Kannnn? Hahaha. Pandai2 je ko kan. Mana tahu aku nak cari syampoo ke. Haishhh. Sensitif tau jerawat2 nih! Pastu macam2 diorang rekemen. Konfom!

"You want try this new anti pimple cream?"
"This product is good for pimple."
"This cream can also clear old pimples."

Oh old pimple aku pun diorang attack! Demmmm!

Sebagai pengajaran, tengok cermin dulu sebelum masuk guardian. Kalau ada jerawat sebijik dan niat anda hanyalah nak beli syampu baik beli kat kedai runcit depan rumah. Sekian!

Mana ada emo. Saja sharing!

Sunday, April 1, 2012

Kaler biru segi empat.

Baring atas katil. Mata duk jeling-jeling kat atas almari. Erkkk. Nampak sesuatu. Warna biru. Kelihatan diam saja disitu. Tidak bergerak. Kaku. Cuak gak rasa. Berdebar-debar. Nak pandang lagi ke tak ni. Tapi kena konfomkan benda yang aku tengok tuh. Tapi takut. Serius cuak. Tapi kan kalau dalam cerita yang kita tengok mesti hero ke heroin tuh berani je kan nak tengok kalau ada bunyi2 ape2 laa. Mentang-mentang tu cite hantu. Kalau real life camtu ke ek? Agak2 korang nak pegi intai ke kalau dah memang tengah malam tapi ada bunyi kat semacam kat tepi almari. Konfom korang tido je kan?? Hahaaa. Okay back to the story.

Oleh sebab nih pun cerita, maka aku buat2 berani nak jeling lagi sekali kat atas almari aku nih. Dalam hati duk baca macam-macam. Alfatihah, doa qunut, selawat sume aku bantai. Dub dab dub dab. Jantung pun sibuk nak feeling cuak gak. Makin kuat dia denyut. Aku buat-buat berani. Kali ni nak tenung lama-lama. Aku kena konfomkan betul-betul. Sesuatu yang menakutkan atau hanya imaginasi aku.

Dengan jelingan tajam, aku beranikan diri memandang ke atas almari aku. Aku amati betul-betul. Dalam hati memang cuak. Tapi aku buat-buat berani. Aku tenung benda itu.Lama-lama. Dari atas ke bawah. Takda rambut mengurai. Takde baju kaler putih. Takde muka yang menakutkkan.

Rupa-rupanya ia hanyalah beg troli biru aku. Nampak tayar hitam. Nampak bentuk segi empat disalutu debu-debu. Yeayyyy! Saja buat macam citer saspen. Hahaha. Padahal nak cakap tak sabar nak bawak turun beg besar tuh dari atas almari. Nak packing sari yang dah dibeli. Nak packing baju. Nak balikkkkk!! Lagi dua minggu okay. Okay sabar makcik. Lagi 2 minggu. Bukan esok pun.

Tengah menulis ni pun duk jeling-jeling beg tuh. Takut laa beg tu jadi menda lain. Mintak jauhhhhh. Tu laa gatal nak buat citer hantu. Hahaha..

Motif cerita: Mari countdown balik malaysia. 14 April.

Sunday, March 25, 2012

Lawatan sambil belajar.

Kalau waktu petang je mesti otak dah jem. Nak mengadap laptop layan facebook pun dah tak larat. Apetah lagi nak layan movie. Jem jem jem!! Mula lah aku rasa nak buat lawatan sambil belajar. Lawatan aku ni meliputi rumah jauh ataupun rumah bawah sekalipun. Kan nabi kata jiran tu adalah 40 buah rumah yang dekat dengan kita. Terasa nak berjalan. Terasa nak keluar dari rumah. Itu saja motifnya.

Hari tuh jem punya pasal dah buat lawatan kat Apartment Sadhana dah. Jarang kot aku nak membuang segala ATP dan membakar lemak-lemak yang aku ada untuk berjalan sejauh tu. Tapi sebab tiba-tiba terasa nak keluar nak buat lawatan maka laju je laa kaki-kaki ni bergerak walaupun ia sejauh itu. Hahahaha. Kekadang bila sampai rumah diorang mest bising sebab buat lawatan tapi takde buah tangan. Hahaha. Sengaja!

Hari ni pun rasa jem gak duk dalam bilik je. Dah mula nak wat lawatan. Tapi cita-cita tak kesampaian. Jiran bawah tak available. Nonie pun takde kat rumah. Keciwa beb! Sampai hati jiran! Hahaha. End up terpaksa mengadap laptop gak. Menulis luahan hati kat blog nih. Luahan hati special untuk jiran bawahku...

Sekiannnnnnnn...
Jemmmmmm.....

Saturday, March 24, 2012

Kenapa?

Pernah menangis? Menangis sebab fail exam. Menangis sebab kena marah. Menangis sebab boyfriend. (tu pun kalau ada.)

Pernah rasa marah? Marah kat rumet. Marah kat kawan sekelas. Marah kat auto driver. Marah atas apa yang berlaku. Marah kat boyfriend (tu pun kalau ada laa.)

Pernah rasa kecewa? Kecewa dengan diri sendiri. Kecewa dengan perjalanan hidup kita. Kecewa dengan apa yang berlaku. Kecewa dengan boyfriend (ada ke boyfriend nak kecewa2 nih?)

Kenapa perlu menangis? Allah itu maha penyayang.
Kenapa perlu marah? Allah itu maha adil.
Kenapa perlu kecewa? Allah itu lebih mengetahui.

Sunday, March 18, 2012

Esok belum tentu ada

Hari ini Aisyah bangun pagi. Eh takde lah pagi pun. Agak tengah hari. Hari minggu la katakan. Perasaan Aisyah bercampur baur. Bukan hari ini saja. Sudah seminggu dia begitu. Kekadang rasa marah. Sekejap rasa sedih. Lepas tu datang pula perasaan kecewa. Kesimpulannya dia tidak tenang. "Aku ada masalahkah?" Aisyah tertanya-tanya.

Macam banyak pula masalah yang dihadapi. Tapi hakikatnya tiada.Seakan yang dia nampak seperttinya tiada masalah. Mungkin itu luaran semata-mata? Dan keadaan itu berterusan. Perasaan marah, sedih, kecewa. Semuanya datang silih berganti. Hari-hari yang muram. Tak best. Tak tenang.

Baru sahaja Aisyah ingin melelapkan mata, dia terpandang senaskhah al-quran di atas almari. Sudah berhabuk. Sudah lama tak menyapu bilikkah atau sudah lama tidak menyentuhnya? Aisyah terpandang pula sejadah sembahnyangnya tergantung. Solat semakin dilambat-lambatkan. Terkadang ada yang terlepas. Pandangannya jatuh pula pada selimut yang sedang menutupinya. Seronok dan indahnya tidur malam dibaluti selimut hingga sudah lama tahajjud ditinggalkan.

Mata Aisyah berkelip-kelip. Patutlah tidak tenang. "Aku semakin jauh dari-Nya." kata Aisyah dalam hati.

"Bila nak start berubah ni?" tanya Aisyah sendiri. "Esok ke nak start?" Hmmmmmmm panjang Aisyah berfikir.

"Ahh sekarang laa!Esok belum tentu ada." Aisyah bingkas bangun dari katil.Menuju ke tandas untuk mengambil wuduk. Jam menunjukkan tepat jam 12 malam.

-TAMAT-

Kenapa perlu melambat-lambatkan niat yang baik. Hidayah perlu dicari.Bukan hanya menunggu.

Sunday, March 11, 2012

Takde ape pun.

Takde cerita nk diceritakan. Takde idea nk dijadikan cerita. Takde ape nak dibuat cerita. Adehhh. Nak menulis. Tapi takde idea!

Exam end posting baru lepas. Exam teori untuk 3 posting. Agak kesusahan disitu. Dah nama pun exam mestilah susah. Kalau senang tu bukan exam. Tu nama nya test biasa2 je. Sebab kalau susah pun kita tak kisah. Yerlah bukan kira pun. So kita tak anggap susah. Jadi lah senang. Sebab tuh laa kalau test2 biasa tak pernah susah. Sebab kita tak ambik port. Sebab tu lah jugak exam ni sentiasa susah. Sebab kalau tak buat elok2 fail pulak. Kalau fail banyak pulak effectnya. Maka jadilah exam itu susah. Sekian!

Sekarang nih cuti sekolah rupanya. Patut banyak wedding invitation. Tahniah lah saing-saing sebab berjaya menikohs. I like! Tahniah sume. Umur dah lanjut. Memang patut sangat lah kawen cepat2. Yang tak kawen2 nih memang patut risau serisau risaunya dah nihhh. Silalah berusaha sehabis usaha ye kerana kelanjutan usia semakin menghampiri. Erkkkkk.

p/s: Kenapa yang kita nak tak dapat? Kenapa yang kita tak terpikir tu yang datang? Kenapa yang berlaku bukan yang selalu kita pikir? Sebab banyak sangat tengok drama melayu laa nih!

Sunday, February 19, 2012

Kalau anak 12?

Suatu keheningan petang di kampung.

Kaklong: Hello. Umi penat lah kerja hari ini. Stress! Rasa macam nak balikkkk!
Umi: Sabarlah. Semua benda penat. Yang penting ikhlas.

Abangah: Hello umi. Stressnya hari ni. Please doakan semuanya okay.
Umi: Insyaallah semuanya okey. Kerja baik-baik.

Kakchik: Hello umi. Esok nak exam. Malasnya!!!
Umi: Okey. Umi doakan semoga berjaya. Jangan malas-malas ye.

Kakteh: Hello Umi! Exam tadi susah! Uwaaa..
Umi: Sabarla. Banyakkan doa. Umi doakan agar berjaya. Jangan risau!

Ido: Hello Umi! Homesick laa. Nak balik. Nak makan laksa!
Umi: Macam tu laa dok oversea. Sabarla. Blaja rajin-rajin.

Adik Ami: Semua orang telefon hari ni. Penat laa ami angkat phone hari ni.
Umi: Senyummm.
.....................................................................................

Bayangkan mak kita dapat phone call dari anak-anak dia yang jauh. On the same day. Mengadu menda yang sama. Telinga dia kena tahan anak-anak dia mengadu, mengeluh, membebel, bercerita and blablablaaaa. And yet dia still layan. Kalau lah ada 12 orang anak, and 12 calls on the same day. Bayangkan! And tanpa kita sedar,sebenarnya nasihat dia sama ja. And dia ulang banyak kali. But still, kita yang dengar feel relieved. Rasa lega. How amazing is that? Stress kerja boleh hilang dengan hanya call mak kita. Stress belajar boleh hilang dengan hanya suara mak kita. Stress exam boleh hilang dengan hanya dengar sepatah kata dari mak kita. So amazing!

Tapi pernahkah kita spend time untuk dengar keluhan mak kita?
Pernahkah kita spend time untuk dengar masalah kesihatan dia?
Pernahkah kita spend time untuk mendengar cerita rutin harian dia?
Pernahkah?????

p/s: Selamat menyambut hari ibu buat semua ibu-ibu di Malaysia. Ehh hari ni hari ibu ke?? Heehehee...

Saturday, February 11, 2012

Kerana sebatang keropok lekor..


Pada satu keheningan petang di Bangalore,kehadiran sebatang kopok lekor amatlah dinanti-nantikan. Yerlah kan. Kopok lekor kat Bangalore. Bukan senang tu. Walaupun hanya sebatang, namun ia begitu berharga.

H: Jom makan kopok lekor. Tapi separuh je. Lagi separuh kita simpan ye.
A: Yeay kopok lekor. Jommmmm!!
H: Sapa cepat dia dapat!
A: Eh jap jap. Ada berapa total ni? Kene kira betul-betul pastu bagi sama banyak okay. Barulah adil.
H: Alaaa..dah makan dah. Tak ingat dah berapa.
A: Eh tak kire. Kene ingat gakk. Jap nak kira yang dalam pinggan nih.

Dengan gigihnya mereka mengira kepingan kecil kopok lekor dalam pinggan.

A: Ehmm sume dalam 15. Ko dah makan bape?
H: Alaaa tak ingat! 4 kot.
A: Okay. So total 19. 9 keping sorang. Ko tinggal lagi 5 keping ye. Hahaha!!
H: Alaa yang ni kecik. Mana adil nih. Aku amek lebih ye sebab dia kecik dari yang lain.
A: Mana ada cam sama je. Try ukur.

Lagi sekali dengan kegigihan yang jitu, mereka mengukur saiz antara kopok lekor tersebut.

A: Okay fine kecik. Ko amek 10 aku amek 9.
H: Yeay aku dapat lebih.

Dengan bersungguh-sungguh dan penuh nikmat mereka makan kopok lekor tersebut. Perlahan-lahan mengunyah satu persatu untuk menikmati kelazatan dan juga untuk mengelakkan habis cepat. Setiap kunyahan diikuti dengan pejaman mata untuk menguatkan lagi deria rasa juga untuk menghayati kelazatannya supaya tersemat diminda.

p/s: Keropok lekor memang sangat nikmat. Lebih-lebih lagi kalau anda berada diluar negara. Perghhh boleh mengidam walaupun tak pregnant. Nak makan kopok lekor lagi!!!!!!!!!!

Monday, February 6, 2012

tahukah anda?

Tahukah anda homesick adalah sejenis penyakit?
Tahukah anda homesick adalah penyakit yang amat sakit?
Tahukah anda homesick adalah sakit yang diluar keupayaan seorang doktor pakar?
Tahukah anda homesick tiada ubatnya di farmasi?


Adoiiii...call cab untuk adik pegi airport tapi last-last aku yang homesick ni.Balik rumah takde orang pulak. Housemate pegi oncall. Takde orang. Sunyi bangat. Oh em gee, I'm HOMESICK!!!

So what to do? Last-last mesej nonie. Nonie ajak pegi umah dia dinner. Yahoo!! So lepak umah nonie makan nasi lauk telur masak lemak. Ada kentang goreng. Ada tembikai lagi. Sedap. Sambil layan movie 'In Time.' Justin Timberlake berlakon. Best sangat cite tuh. Menarik. Tolonglah tengok okayyyy!!

p/s: Berdasarkan cerita nih, tak bermakna makan nasi umah orang adalah ubat kepada homesick. Hahaha...But it heals! Bukan sebab nasik free la tapi sebab accompany kotttt. Ke sebab dapat makan free nih????

Saturday, February 4, 2012

Tahajjud cinta 4



3 bulan berlalu. Aku masih stabil. Alhamdulillah. Exam final baru saja berakhir. Terus plan dengan kawan-kawan untuk bercuti. Bercuti panjang sebelum graduate. Sebelum masuk dunia pekerjaan.

"Tak nak dah ingat episod-episod severe depression aku. Buat malu je menangis. Rasa nak tergelak pun ada. Yang dah lepas biar lepas," panjang aku explain kat Dila sambil sibuk packing barang untuk balik. "Takpe. Aku paham. Tu tanda ko betul-betul sayang dia. Okay forget the past. Enjoy the future!" balas Dila.


"Oh by the way. Dila! selamat menjadi tunang orang bulan depan. Bestnya. Ko langkah bendul, tahu tak!" Aku memulakan bicara sambil kami sibuk-sibuk mengemas bilik. "Ala malu la camni. Tak sangka aku dah nak bertunang. Dah rezeki aku dapat pakai cincin tunang lagi awal dari kau. Hahaha!" Ketawa besar Dila menjawab pertanyaan aku. "Takpa. Nanti aku paksa Fahrin Ahmad masuk meminang. Lagi hensem!" Balas aku taknak mengalah.

Tengah syok bergurau dengan Dila, tiba-tiba handphone berdering. Dari abah. "Salam angah. Tengah buat apa tu? Ni ada berita gembira. Fahrin Ahmad sekeluarga datang tadi. Merisik untuk anak abah ni. Macam mana ni? Setuju tak? Kalau tak dia nak masuk meminang minggu depan." Panjang ayat abah. Terbeliak mata aku. Biar betul. Baru je berangan dengan Dila sekali jadi betul. "Abah ni biar betul. Fahrin Ahmad pening ke apa ni datang merisik angah ni? Jawab aku hairan. Fahrin Ahmad kot. Memang la boleh pengsan. "Perasan la tu. Takdenya Fahrin Ahmad. Ni Fahri la. Tadi datang satu keluarga merisik. Dia nak tahu jawapan secepat mungkin. Nanti mereka akan masuk meminang angah. Lagi terbeliak mata aku. Aku lagi mahu percaya Fahrin Ahmad masuk merisik dari Fahri. Aku tak salah dengar ke ni?

Selesai bercakap dengan abah terus aku call nombor India Fahri. Tak berangkat. Call nombor Malaysia dia.

Mustika: Assalamualaikum. Awak balik Malaysia?
Fahri: W'salam. Aah. Baru balik 2 hari lepas. Cuti semester. Tiba-tiba terdetik hati nak balik.
Mustika: Masuk merisik saya? Kenapa?
Fahri: Saya minta maaf atas apa yang berlaku. Kehilangan buat kita lebih menghargai. Buat saya lebih menghargai kisah kita. Buat saya lebih mencintai awak. Saya mohon petunjuk dari Allah. Saya sembahyang istikharah agar saya pilih jalan yang betul. Agar saya tidak ragu-ragu lagi. Kini saya sudah menemui jawapannya.

Ya, aku setuju dengan Fahri. Kami tamatkan seketika kisah cinta kami. Untuk kami menilai dan berfikir. Ya, aku sedih. Aku kecewa dengan apa yang berlaku. Tapi itu menjadikan aku lebih menghargai dia. Mengukuhkan perasaan aku. Cuma aku hanya pendamkan. Tak sangka dia juga begitu. Betullah orang kata, perihal jodoh ni adalah misteri dari-Nya.

Fahri: Sebab itu, saya ingin membawa hubungan kita ke tempat yang lebih tinggi. Saya ingin menghalalkan hubungan ini. Itu pun kalau hati awak masih pada saya.

Terus senyum lebar aku. Terkejut dengan berita ini. Tanpa berlengah, terus SMS abah. "Abah. Mustika setuju. Nak baju tunang warna purple. Akad nikah warna putih. Bersanding nak warna merah. Sayang abah."

Lagi sekali SMS abah sampai.

"Ish angah ni. Sembahyang istikharah dulu pastu baru decide baju kaler apa!"

Makin lebar senyuman aku.

-TAMAT-

Saturday, January 28, 2012

Tahajjud cinta 3

"Cik Mustika! Nak dengar gosip best tak?" Tiba-tiba saja Dila membuka mulutnya. Dari suasana tenang khusyuk study, kini aku mula berpaling ke arahnya. "Gosip apa Dila? Ada orang masuk meminang ko ke?" Terus saja aku menyambung pertanyaan Dila. Terbatuk Dila mendengar kata-kata aku. Matanya menjadi bulat. "Camna ko tahu ni? Ahhh tak suprise dah gosip aku ni." Balas Dila. "Eh betul ke? Serius? Bestnya. Tiba-tiba orang masuk meminang. Macam dalam tv je. Tipulaa!" Cepat aku menjawab. "Serius la nih. Mak aku call semalam. Tapi takde la meminang. Merisik-risik je. Macho tak aku?" Panjang Dila bercerita sambil tersengih-sengih. Dari sibuk study kini aku sibuk mendengar cerita merisik Dila. Diselangi pula dengan gelak tawa kami berdua. Memang riuh malam tu.

Bahagia betul Dila. Dila pernah bagitau aku yang dia taknak bercinta. Taknak couple. Bagus betul kawan aku sorang ni. Pada Dila, yang penting banyakkan berdoa. Jodoh pasti ada untuk semua. Allah jadikan manusia berpasang-pasangan. Pastu lagi satu, Dila ni berangan nak kahwin dengan ustaz. "Jangan impikan lelaki semulia Saidina Ali jikalau akhlak tidak sehebat Saidatina Fatimah." Kata-kata agung ini terpampang besar kat meja study Dila. Sampai aku pun dah hafal. Akhirnya doa Dila makbul. Tapi mengikut cerita Dila, lelaki yang merisiknya bukanlah seorang ustaz. Tapi jurutera sepertinya. Tapi alim katanya. Anak imam. Kawan baik ayahnya. Lagi untung. Ustaz profesional. Ustaz berhelmet putih!

"Habis ko setuju dah ke ni? Bila diorang nak masuk meminang?" Macam-macam soalan aku tanya kat Dila. "Eh tak bagi jawapan lagi. Kena sembahyang istikharah dulu. Mintak petunjuk betul ke dia jodoh aku. Nikah kahwin ni menda penting. Abah aku suh buat istikharah dulu."

.....................................................................................

Perihal aku dengan Fahri cuba aku lupakan. Nasib baik kesibukan dengan final exam membantu aku untuk cuba melupakan segala kekusutan kisah cinta kami. Tapi tipulah kalau aku katakan ia tidak mengganngu aku. Aku gagal untuk fokus dalam 2-3 hari yang pertama. Buka saja buku untuk belajar, tak pasal-pasal air mata ini jatuh tanpa dipinta. Segala kiraan dan formula dalam buku seakan kabur tapi hanya kisah cinta bahagia kami yang terpampang jelas di setiap helaian buku teks. Siapa yang tak merana kan? Semuanya akan berakhir. Stress kalau fikir. Mungkin kalau 'break' lagi baik? Mungkin dia bukan jodoh aku? Dia bukan yang terbaik untuk aku?

Tiba-tiba.
Panggggg!!
Gelas di meja jatuh ke lantai. Habis pecah. Air kopi tumpah menyaluti kaca-kaca yang berderai. Dek kerana tinggi ke langit lamunan aku, lengan aku terlanggar cawan kaca lalu jatuh. Tersentak aku.

"Salam awak. Sihat? Awak ada fikir tak pasal kita?" Fahri memulakan bicara. "Saya rasa yang terbaik buat masa kini adalah kita tutup dulu kisah kita. Kita fokus apa yang sedang kita lakukan. Tak bermakna saya tidak sayangkan awak. Awak tetap dalam hati saya hingga kini. We just need a break, I guess." Fahri meneruskan kata-katanya. Panggg!! Bagaikan sekali lagi gelas kaca jatuh ke lantai. Tersentak aku. Tapi aku dapat rasakan sukar juga bagi Fahri memulakan bicara. Ada getar pada suaranya. Mungkin ini yang terbaik untuk kami buat masa ini.

Hampir setengah jam juga. Habis saja perbualan kami, terus aku meluru ke arah Dila dan memeluknya. Aku menangis.

BERSAMBUNG...

Sunday, January 22, 2012

Tahajjud cinta 2

"Awak, ibu kena heart attack hari tu. Risau sangat. Sekarang dah sedar dah. Tapi still kat hospital. Hari ini nak keluar hospital dah. Doakan tau semua selamat. Awak kat sana jaga diri. Duk jauh kat oversea tu lagi la. Take care tau!" Aku mematikan perbualan telefon aku dengan Fahri. Kekadang risau jugak dengan dia kat sana. Yelah long distance relationship ni banyak dugaan. Sorang kat Malaysia. Sorang kat India. Kang dia jumpa dengan Kareena Kapoor habislaa aku. Tapi Dila selalu pesan, "Kita kalau in relationship kena trust each other. But the most important, you can love him to the fullest but don't forget to keep an empty space in our heart. Sebab jodoh semua ditangan tuhan." Memang aku ingat sangat kata-kata Dila sampai sekarang.

Alhamdulillah ibu pun dah beransur pulih. Aku masih di kampung. Terpaksa ponteng kelas 3 hari. Tapi malam ni dah nak naik bas balik UKM. Sedih sangat nak tinggalkan ibu. "Ibu jaga diri tau. Jaga makan tu. Jangan buat kerja lebih-lebih sangat. Jantung ibu tu dah tak sihat sangat tau." Panjang lebar aku bagi nasihat kat ibu. "Alaa takpa. Bakal menantu ibu kan doktor. Nanti Fahri boleh rawat ibu. Konfirm ibu sembuh." Balas ibu. Terus merah pipi aku. Malu. Memang pantang kalau ibu aku sentuh pasal relationship aku dengan Fahri. Malu sangat! "Bilanya Fahri nak abis belajar kat India tu? Cepat-cepat masuk meminang Angah. Tak sabar nak bermenantukan doktor nih. Ke dia dah ada Kajol kat sana?" Ibu tak habis-habis mengusik aku. Aku terus nak tergelak. Banyak betul awek Fahri kat sana. Kejap Kareena Kapoor, kejap Kajol, esok-esok Aishwarya Rai. Stress aku!

.....................................................................................

Tiga bulan dah berlalu. Kerja makin bertambah. Susah betul jadi budak final year. Macam-macam assignment ada. Hidup aku dah tak terurus. Pagi stress. Siang stress. Malam pun stress. Tapi makin stress hidup aku sejak dua menjak ni. Encik boyfriend dah lama senyap dan menyepi.

"Mus, are you okay with Fahri? Hari tu aku terdengar ko on the phone dengan dia macam ada gaduh-gaduh. And this is not the first time okay ko gaduh-gaduh. Sounds serious. Something happen ke?" tanya Dila. Aku memang selalu bercerita je anything about aku dengan Fahri. Kalau gaduh-gaduh manja pun aku cerita je. Gaduh yang sampai nak clash pun aku cerita je. Dila is a good listener. Aku suka nasihat-nasihat dia. Dulu-dulu aku pernah cerita kat Dila yang aku takut nak kahwin dengan Fahri. Sebab dia doctor-to-be. Aku rasa nak clash. Aku takut bila fikir pasal future aku dengan dia. Macam mana kalau dah kahwin nanti tetiba cerai sebab busy and masing-masing tak faham antara satu sama lain. Takut kot! Pernah gak aku cerita kat Dila yang aku pernah rasa tawar hati kat Fahri. Aku rasakan cinta aku padanya sudah berkurang. Tidak seperti dulu. Terkejut beruk Dila. Dia kata sayang kalau 4 tahun relationship habis macam tu saja. Dia pujuk aku. Dia suruh aku buat istikharah dan mintak doa banyak-banyak supaya aku ditetapkan hati dan dipanjangkan jodoh dengan encik boyfriend.

Tapi kali ini lain. Aku dapat rasakan encik boyfriend pula yang tawar hati dengan aku? Atau dia ada yang lain? Berkerut muka aku memikirkan perkara ini. "Awak yakin ke dengan relationship kita ni?" tanya Fahri memulakan bicara. Aku terkedu. Mahu saja air mata wanita aku ini gugur tapi aku cuba tabah. Cuba mengawal perasaan agar suara aku tidak berubah. "Awak ada orang lain?" tanya aku ringkas. Lama Fahri diam. "Ini antara kita. Antara saya dengan awak. Perasaan kita berdua." balas Fahri. Aku tak mampu berkata-kata. Terus aku mematikan panggilan telefon.

"Kesetiaan cinta hanya akan teruji apabila kita mempunyai pilihan." Teringat kata-kata Dila pada aku. Mungkin cinta Fahri pada aku goyah kerana dia mempunyai pilihan lain? Sakit hati bila aku cuba merungkai persoalan yang aku sendiri tiada jawapan. Atau percintaan kami yang lama menyebabkan perasaan semakin pudar? Bolehkah macam tu? Makin berkerut aku berfikir. Masih juga tanpa jawapan. Dari baring mengiring, kini aku berpusing ke tengah, mata tegak memandang siling.

"Aku nak jadi doktor. Aku anak sulung. Aku harapan keluarga." Tersengih aku kerana hari ini dapat membaca buku diari jejaka idaman. Sapa suruh dia letak merata. Leka aku menyelidiki buku diari itu. Hampir sepuluh minit aku menyelidiki setiap helaian buku diari jejaka pujaan aku. Beginilah aktiviti tetap aku. Balik saja kuliah, pantang kalau melepasi kelas Fahri, pasti aku singgah untuk memeriksa mejanya. Setiap bukunya pasti aku tengok sambil tersengih-sengih. Tapi hari ini lain pula jadinya. "Eh awak buat apa tengok-tengok kat buku saya ni. Dahlaa ni diari saya. Tak baik tau!" Tinggi suara Fahri sambil mengambil buku diarinya dari tangan aku. Terkejut beruk saya. Terus merah padam. Tak tahu nak jawab apa. Kantoi! Terus minta maaf dan berlari pergi. Itulah kali pertama aku bercakap dengannya. Dan begitulah bermulanya persahabatan kami ketika di MRSM.

Tersenyum bila terkenangkan kenangan lama. Indahnya perjalanan kisah cinta kami. Dan kini sudahpun 4 tahun. 2 tahun Fahri sebagai sahabat baik dan 4 tahun sebagai Encik boyfriend. "Masih samakah perasaan aku padanya sekarang? Atau aku juga ragu-ragu?" Aku bingung. Terus saja air mata aku gugur.

BERSAMBUNG...