Sunday, November 28, 2010

nenek kebayan menyanyi




Malam sunyi sepi. Jam di dinding menunjukkan dengan jitunya pukul 1 pagi.Maka tidak hairanlah semua blok asrama sudah gelap gelita. Semua yang pernah menginap di asrama tidak kira SBP mahupun MRSM dan kat Matrikulasi pun tahu akan peraturan wajib dan tidak lapuk di telan zaman iaitu wajib light-off! Yang kedengaran hanyalah sayup-sayup bunyi cengkerik serta bunyi-bunyi daun dan dahan yang berlanggar ditiup angin malam. Kalau pada awal tadi agak riuh bunyi suara-suara pelajar yang masih betah bergosip walaupun dalam gelap gelita. Walaupun mata tidak lagi melihat, tapi mulut-mulut tetap aktif terkumat kamit mengumpat dan bergosip. Tapi sekarang suasana sangat sunyi. Sunyi. Sunyi sangat.

Tiba-tiba suasana sunyi tadi seakan-akan hilang. "Tolong!! Tolong!". Suara Nita memecah keheningan malam. Leya yang tidur dikatil bersebalah terkejut dan terjaga. Ditariknya selimut untuk menutup matanya sedikit seakan-akan sedang menonton cerita Niyang Rapik. Dan disebalik selimut itu cuba diintai keadaan Nita. "Lor, mengigau rupanya minah ni. Tiap kali malam jumaat mesti mengigau.Panas betul." Leya membebel sambil ditariknya selimut dan matanya dilelapkan semula.

"Tidur ya kamu semua. Tak tegur nenek pun." Tiba-tiba suara garau makcik tua kedengaran. "Bangunlah.Main dengan nenek ye." Suara sayup-sayup terus kedengaran. Leya yang sangat peka terus terjaga. Kali ini terus bangun tanpa cuba menutup pandangan ala-ala sedang menonton filem seram. "Eh mak kau!!" Leya berpeluh-peluh. Jantungnya berdegup kuat. Dalam sayup-sayup malam dilihat satu jasad putih. Tanpa cuba melihat dengan lebih jelas, terus ditutup matanya dengan bantal. Matanya dipaksa untuk lelap.

"Nenek dah tahu. Seorang sudah bangkit. Mari main dengan nenek." Nenek itu menyanyi dengan riang. Nita pula terjaga. Matanya terbeliak apabila melihat seorang nenek tua sedang berdiri di depan pintu mereka. Terus cepat cepat ditutup rapat matanya berpura-pura tidur.Jantungnya berdegup seakan-akan ventricular fibrillation. "Nenek sudah tahu. Dua sudah bangun. Tapi pura-pura tidur." Nenek terus menyanyi dengan riangnya. Nita dan Leya berpeluh-peluh disebalik selimut mereka. Meremang bulu roma mendengar nyanyian nenek tersebut.

Tiba-tiba Zahidah pula yang terjaga. Zahidah bangkit. Matanya dibuka perlahan-lahan. "Astaghfirullahalazim!"bisik Zahidah perlahan. "Nenek sudah tahu. Tiga sudah bangkit.Mari main dengan nenek." Nenek yang tidak tahu malu itu terus menyanyi dengan riangnya.

"Auzubillahiminassyaitonirrojim. Bismillahirrahmanirahim. Allah Hulaaa Ilaa Hailaa Huwal Hayyul Qayyuumm. Ayat qursi dibaca dengan penuh merdu oleh Zahidah. Terketar-ketar suaranya.

"Alaaaa, salah masuk bilik naqibah. Aaaaahhh pedih telinga.Nenek nak ajak main je pun.Aaaaahhhh panasnya badan."Jerit nenek itu. Tidak sampai 3 saat terus hilang jasad putih didepan pintu bilik K20 asrama Kenanga.

Wednesday, November 24, 2010

Kau doktor jiwaku 2




Dua bulan kemudian.

Kehidupan mereka berdua berjalan seperti biasa. Amin sibuk dengan kerjanya manakala Azura sibuk dengan urusan pelajarannya. Maklumlah sudah pelajar tahun akhir. Azura begitu sibuk di hospital. Setiap pesakit cuba didekati dan diselami sebaik mungkin.

"Sebagai seorang pelajar perubatan, ilmu kamu bukan dari kami dan bukan juga dari buku-buku teks. Tapi sumber terbaik adalah para pesakit. Belajarlah dari mereka dan hormatilah mereka."

Kata-kata Doktor Harlina begitu segar dalam ingatannya dan menjadi pegangannya kini. Setiap pesakit yang diberikan padanya oleh doktor akan cuba dipelajari sebaik mungkin. Patient history diambil dengan tekun dan teliti. Fail pesakit juga dijadikan sumber Azura.

.....................................................................................

"Saya akan ke Brunei selama seminggu atas urusan kerja. Jaga diri." Tiba-tiba SMS diterima dari Amin. Walaupun hubungan istimewa mereka sudah terputus namun Amin masih tetap menghubungi Azura.
"Ya Allah perlukah lagi dia menghubungi aku?.Aku tidak mahu menyimpan harapan lagi.Kuatkan hati aku!" Bisik hati kecil Azura. Azura seakan-akan ingin cuba melupakan Amin. Dia tidak sanggup kecewa lagi. Hatinya pedih. Setiap kali SMS Amin diterima, perasaannya terus menjadi sebak.Cinta hatinya tidak kesampaian tanpa diketahui sebabnya. Amin tidak pernah memberitahu hal yang sebenar. Setiap kali ditanya dulu jawapan Amin ringkas, "Tidak mendapat restu ibu." "Apalah salah aku? Apa kurangnya aku?"keluh Azura setiap kali mengenangkan perkara ini. Tapi dia hanya mampu berserah pada yang lebih berkuasa.

Bukan tiada yang cuba menghampirinya.Cuma hatinya yang menghalang. Hatinya seakan-akan tertutup rapat. Ibunya pernah menelefon bertanyakan status dirinya. Katanya anak kawan baiknya, Imran ada bertanyakan perihalnya. Ingin merisik dan masuk meminang.

"Kalau Azu masih tiada siapa-siapa bolehlah mak bagitahu Mak cik Lina suruh masuk meminang. Mak berkenan je dengan si Imran tu."
"Janganlah diam macam ni. Habis belajar bulan 6 ni kalau Azu masih solo emak akan terima je peminangan Makcik Lina tau."

Tapi Azura hanya berdiam diri. Sepatah jawapan tidak diberikan pada ibunya setiap kali perihal perkahwinan dibangkitkan. Azura tidak mampu memberi jawapan. Biarlah ia masih menjadi tanda tanya. Seperti dia menjadi tanda tanya akan cintanya pada Amin.


....................................................................................

Dua hari setelah Amin ke Brunei, ibunya jatuh sakit. Stroke. Ibunya dihantar ke hospital. Ibunya mengalami hemiparesis. Lumpuh separa badan. Terkejut Amin mendengar berita ini dari kakaknya. Hendak balik tapi kerja belum selesai di Brunei. Lega sedikit bila mendengarkan keadaan ibunya stabil. Setiap hari dia pasti menghubungi ibunya itu untuk bertanya khabar.

"Ibu okay dah sikit. Doktor kat sini bagus-bagus. Muda-muda lagi tapi pandai layan orang tua. Ada seorang doktor ni baik sangat.Dia banyak tolong ibu. Dia banyak menjaga ibu sepanjang ibu kat sini. Diajarnya ibu cara-cara sembahyang dengan keadaan ibu yang macam ni.Ibu berasa senang berbual dengannya."

Panjang cerita ibunya. Setiap kali dihubungi pasti cerita doktornya itulah yang paling banyak diceritakan. Sudah 4 hari ibunya di hospital. Dan macam-macamlah perihal doktornya itu diceritakan.

"Kirim salam Min kat doktor tu ek.Min tak sabar nak balik nak jumpa mak."

....................................................................................

Setelah 7 hari di Brunei, Amin tiba di KLIA. Cepat-cepat dia terus ke Hospital Bangi untuk menemui ibunya. Perasaan rindu dan risau bercampur-baur. Tibanya di kawasan hospital, langkahannya semakin laju menuju ke arah wad ibunya.

"Terima kasih doktor. Doktor ni sangat baik.Muda-muda tapi dah jadi doktor."
"Eh makcik ni. Saya sebenarnya bukan doktor pun lagi. Saya masih belajar. Ni tahun akhir saya."
"Ohh begitu. Tapi awak ni rajin.Pastu pandai layan orang tua."
"Hmm makcik ni puji saya lebih-lebih ni."

Tiba-tiba.
"Assalamualaikum mak!!"
Amin terus meluru ke arah maknya dan terus memeluk maknya.
"Waalakummussalam. Amin dah sampai?Ni mari mak kenalkan dengan doktor mak ni."
"Kenalkan doktor, anak saya Amin.

Amin berpaling ke arah doktor yang diceritakan maknya. Amin terkejut.
"Azu!"
"Amin? Ni emak awak?"
"Aah". Amin tersenyum. Amin menyambung lagi, "Emak, ni lah Azura yang Amin ceritakan dulu. Yang menjadi cinta hati Amin."

Emaknya mengalirkan air mata. Tidak sangka pilihan hati anak lelaki tunggalnya adalah pilihan yang terbaik.Ya,dia seorang doktor.Tapi bukan doktor biasa. Beliau tidak sedar selama ini. Tidak cuba mengenali permaisuri hati anaknya. Hanya karier Azura yang dijadikan ukuran. Hanya kerana sebuah stetoskop emaknya menghakimi hati Azura. Emaknya terus menarik tangan Azura dan memeluk Azura. Azura juga menitiskan air mata. Emaknya sedar akan kesilapan dirinya.

"Mungkin kesibukan Azura dan Amin nanti akan menjadikan cinta dan rindu kami lebih kuat dan teguh mak. Insyaallah." Bisik Amin pada ibunya. Ibunya hanya tersenyum gembira.

"Alhamdulillah ya Allah kerna kau permudahkan jalan bagi ku." Bisik hati kecil Azura tanda syukur.

"Kan saya dah kata awak doktor jiwa saya!" Bisik Amin lembut ke telinga Azura. Azura tersipu-sipu malu dihadapan bakal ibu mertuanya.

TAMMAT.

Sunday, November 21, 2010

Kau doktor jiwaku...



"Mak tak berapa berkenan laa ngan pilihan ko ni Min. Dia doktor. Dah laa perempuan. Nanti sebok. Oncall sane oncall sini.Sape nak jaga makan minum ko nanti?Sape nak jaga anak-anak ko nanti?Mak tak nak jadi macam pak usu ko tu. Dah bercerai-berai sebab dua-dua busy."

"Orang laki kalau jadi doktor saham tinggi. Tapi kalau orang perempuan jadi doktor ni saham jatuh sikit. Dia kena kahwin sama-sama doktor je. Baru sama-sama faham."

"Ko sekarang keje balik petang.Kadang-kadang sampai malam. Dia pulak kadang-kadang kene oncall keje malam. Camne laa keluarga ko nanti? Dua hari tak jumpa tu macam boleh jadi je.Mak risau tau!"

Tiba-tiba berdengung telinga Amin teringatkan leteran maknya bila saja nama Azura, pilihan hatinya sejak dari sekolah disebut di hadapan maknya.Pantang nama Azura, pantang pasal kahwin mesti benda sama yang dibebelkan maknya. Silapnya hanya satu. Azura pelajar perubatan. Bakal doktor.Itulah yang diungkitkan maknya.Silapnya lagi satu adalah pak usunya baru sahaja bercerai. Pak usu dan mak usunya dua-dua doktor. Sudah 4 tahun berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata. Aku pun tidak tahu mana silapnya. Mungkin tiada jodoh. Sudah ketentuan Illahi. Kenapa karier doktor yang dipersalahkan? Entah apa salahnya kalau orang perempuan jadi doktor. Situasi Pak Usunya dijadikan ukuran tentang kehidupan masa depannya. Kehidupan rumah tangganya. Amin bingung. Terasa pedih hatinya. Oleh sebab itulah niat hatinya untuk menyunting Azura sebagai permaisuri hati belum kesampaian. Restu ibu masih terbuai-buai di awanan. "Ahhh aku bingung! Jodoh pertemuan kan ketentuan tuhan. Napa sukarnya untuk mak aku mengerti?" bisik hati kecil Amin.

.....................................................................................

Amin baru sahaja graduate dari Universiti Teknologi Petronas jurusan Kejuruteraan Mekanikal. Alhamdullilah dia telah pun diterima bekerja di salah sebuah syarikat swasta di ibu negara. Manakala Azura pula adalah pelajar perubatan tahun akhir di Universiti Kebangsaan Malaysia. Sekarang Azura sedang menjalani latihan perubatan di Hospital UKM Bangi. Amin dan Azura adalah teman sejak dari sekolah menengah. Mereka sama-sama ke MRSM. Bibit-bibit percintaan bermula ketika masing-masing melangkah ke menara gading.

..................................................................................

"Awak saya tak mampu berbuat apa-apa.Hubungan kita yang kita bina terpaksa kita henti buat seketika.Kita tak mendapat restu ibu saya. Saya harap awak sudi maafkan saya."
"Hmm pedih hati saya mendengarkan ini.Kalau awak jodoh saya, akan saya terus berdoa agar awak kekal milik saya. Kalau awak bukan jodoh saya, doakan saya tabah dan redha dengan ketentuan ini."
"Marilah kita berserah. Doakan semoga dilembutkan hati ibu saya."
"Insyaallah."

Dari jauh kulihat air mata Azura gugur satu persatu menyentuh pipinya yang putih. Sesekali cuba diselindung kesedihan hati dengan secebis senyuman menampakkan lesung pipit. Amin hanya memandang. Dia tidak mampu berbuat apa-apa. Dia sayangkan Azura. Tapi dia lebih sayangkan ibunya. Hanya yang termampu adalah sekalung doa agar dilembutkan hati ibunya. "Ya Allah bantulah aku. Kalaulah Azura itu terbaik bagiku maka kau tunjukkanlah jalan bagiku." Doaku sayu.Tanpa kusedar, air mata lelaki ku gugur jua.

.....................................................................................

Bersambung...

Sunday, November 14, 2010

bomoh oh bomoh...

ingat bomoh-bomoh ni zaman nenek moyang je ke?
ingat bomoh-bomoh ni ade kat siam je ke?
ingat bomoh-bomoh ni sebab dengki orang tu cantik je ke?

ish3..silap2..korang sume silap kalau korang rase bomoh-bomoh ni ade zaman nenek moyang kite je..korang lagi silap kalau korang rase bomoh-bomoh ni berlaku kat siam je..korang juga silap kalau korang rase bomoh-bomoh ni orang buat sebab jeles orang tu lagi cun dari die..

bomoh-bomoh ni macam-macam versi ade.tok bomoh pun dh moden dah sekarang.tak pakai asap-asap kemenyan dah.tak pakai limau nipis dah.tok bomoh dah tak pakai rantai besar-besar dah. tok bomoh bukan lagi atuk-atuk yang suara tua yang menakutkan tu. bomoh-bomoh jugak bukan lagi ade kat siam ataupun kat niyang rapik je.

bomoh sekarang dah sampai bangalore.amacam cuak tak?..betul wa cakap lu..

gini cerite die nye.semalam pegi main boling ngn kawan-kawan gua. kalau dulu-dulu gua main mmg strike je laa wa cakap lu. longkang-longkang ni pantang weh, spare pun jarang2. mmg keturunan gua ni keturunan strike aje. tapi nak dijadikan cerita..nak cakap yang bomoh-bomoh ni dah sampai bangalore, smlm wa main asyik longkang sajeeeee..adeihhh...konfom laa ade org dengki ngn gua ni..konfom beb!!...kalau tak takkan laa dari awal game smpai game ke 10 pun gua longkang aje? mne logik beb!!..panas-panas!!..

sebab gua asyik longkang smlm laa gua syak ade org bomoh gua ni..myb org tu bomoh kasut gua, takpun kat bola yg wa gune..takpun kat tangan gua, sbb tu jd baling senget semacam je...mmmm..

betul tak?..lu caya tak cite gua ni? tolonglaa percaya!!!
jin pn dah bole naik flight...konfom laa naik airasia kan sbb mas mahal beb..kalau yg mampun naik mas pun maybe toyol je kot..sbb toyol byk duit hasil kerja mulia die yg suke mencurik tu.hantu lain mmg stok naik airasia je...

aaaahhhhhhh..stress!!!..tolong aaa percaya cite ni weiiiii..tarak tipu punye!!!