Sunday, November 28, 2010
nenek kebayan menyanyi
Malam sunyi sepi. Jam di dinding menunjukkan dengan jitunya pukul 1 pagi.Maka tidak hairanlah semua blok asrama sudah gelap gelita. Semua yang pernah menginap di asrama tidak kira SBP mahupun MRSM dan kat Matrikulasi pun tahu akan peraturan wajib dan tidak lapuk di telan zaman iaitu wajib light-off! Yang kedengaran hanyalah sayup-sayup bunyi cengkerik serta bunyi-bunyi daun dan dahan yang berlanggar ditiup angin malam. Kalau pada awal tadi agak riuh bunyi suara-suara pelajar yang masih betah bergosip walaupun dalam gelap gelita. Walaupun mata tidak lagi melihat, tapi mulut-mulut tetap aktif terkumat kamit mengumpat dan bergosip. Tapi sekarang suasana sangat sunyi. Sunyi. Sunyi sangat.
Tiba-tiba suasana sunyi tadi seakan-akan hilang. "Tolong!! Tolong!". Suara Nita memecah keheningan malam. Leya yang tidur dikatil bersebalah terkejut dan terjaga. Ditariknya selimut untuk menutup matanya sedikit seakan-akan sedang menonton cerita Niyang Rapik. Dan disebalik selimut itu cuba diintai keadaan Nita. "Lor, mengigau rupanya minah ni. Tiap kali malam jumaat mesti mengigau.Panas betul." Leya membebel sambil ditariknya selimut dan matanya dilelapkan semula.
"Tidur ya kamu semua. Tak tegur nenek pun." Tiba-tiba suara garau makcik tua kedengaran. "Bangunlah.Main dengan nenek ye." Suara sayup-sayup terus kedengaran. Leya yang sangat peka terus terjaga. Kali ini terus bangun tanpa cuba menutup pandangan ala-ala sedang menonton filem seram. "Eh mak kau!!" Leya berpeluh-peluh. Jantungnya berdegup kuat. Dalam sayup-sayup malam dilihat satu jasad putih. Tanpa cuba melihat dengan lebih jelas, terus ditutup matanya dengan bantal. Matanya dipaksa untuk lelap.
"Nenek dah tahu. Seorang sudah bangkit. Mari main dengan nenek." Nenek itu menyanyi dengan riang. Nita pula terjaga. Matanya terbeliak apabila melihat seorang nenek tua sedang berdiri di depan pintu mereka. Terus cepat cepat ditutup rapat matanya berpura-pura tidur.Jantungnya berdegup seakan-akan ventricular fibrillation. "Nenek sudah tahu. Dua sudah bangun. Tapi pura-pura tidur." Nenek terus menyanyi dengan riangnya. Nita dan Leya berpeluh-peluh disebalik selimut mereka. Meremang bulu roma mendengar nyanyian nenek tersebut.
Tiba-tiba Zahidah pula yang terjaga. Zahidah bangkit. Matanya dibuka perlahan-lahan. "Astaghfirullahalazim!"bisik Zahidah perlahan. "Nenek sudah tahu. Tiga sudah bangkit.Mari main dengan nenek." Nenek yang tidak tahu malu itu terus menyanyi dengan riangnya.
"Auzubillahiminassyaitonirrojim. Bismillahirrahmanirahim. Allah Hulaaa Ilaa Hailaa Huwal Hayyul Qayyuumm. Ayat qursi dibaca dengan penuh merdu oleh Zahidah. Terketar-ketar suaranya.
"Alaaaa, salah masuk bilik naqibah. Aaaaahhh pedih telinga.Nenek nak ajak main je pun.Aaaaahhhh panasnya badan."Jerit nenek itu. Tidak sampai 3 saat terus hilang jasad putih didepan pintu bilik K20 asrama Kenanga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hahahhh!!
ReplyDeleteapsal die terbang g bilik knanga lak?
bukan mlm ni die jnji nk g bilik ko ke denin??!
kikikiki..~~~
wah..... buat crita seram plak skrg...;p
ReplyDeletehahahaha..ttibe rse kelakar plk cite ni..ahahaha
ReplyDeleteem biasa je..xde moral value..hee :)
ReplyDelete